Halaman

Sabtu, 17 Januari 2015

Soalan 71: Rahsia Ulangan 31 Kali - فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ dalam Surah Al-Rahman


Soalan 71: Rahsia Ulangan 31 Kali - فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ dalam Surah Al-Rahman
Kepada Imam Al-Haq Ahmad Al-Hasan,
Salam atas kamu tuan dan Maula dan rahmat Allah serta keberkatanNya     

Soalan saya: Apakah maksud ayat yang mulia ini:


بسم الله الرحمن الرحيم

﴿مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ *بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ * فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴾

Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, * antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. * Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? .

Ayat-ayat Surah Al-Rahman (19- 20-21)?
Saya berharap tolong tafsirkan ayat-ayat (19-20), dan mengapa ayat (21) ini diulang-ulang berkali-kali? Dan mengapa berbentuk Ulangan? Dan mengapakah surah dalam kitab ini dipanggil Pengantin Al-Quran?

Salam atas kamu dengan kesabaranmu, semoga memperoleh kesudahan yang baik di dunia ini.

Penyoal: 3imad Ali

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين،

وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
.

Dia SWT berfirman:

﴿الرَّحْمَنُ ....... مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ * بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لا يَبْغِيَانِ﴾

{Al-Rahman ....... Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. } [100].

Iaitu bahawa Al-Rahman adalah {Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.}

Telah diterangkan sebelum ini di banyak tempat: bahawa Al-Rahman adalah Bab Al-Zat Al-Ilahiyah (Pintu Zat Ketuhanan). Ia mengesahkan bahawa pintu ini adalah pintu tajalli (perwujudan - manifestasi) pada penciptaan dengan Pintu Kota Ilmu. Kota Ilmu atau Shurah Al-Lahut (Imej Ketuhanan) atau wajah Allah (Allah dalam penciptaan) adalah Muhammad, dan pintunya Ali dan Fathimah (Al-Rahman Al-Rahim dalam penciptaan).

Dan Maraja (biarkan -bebaskan): iaitu keluasan kepentingan, maka membiarkan lapangan hijau yang luas.

Dari apa yang diterangkan terdahulu menunjukkan bahawa dua lautan, iaitu: Al-Rahman Al-Rahim dalam penciptaan, iaitu Ali dan Fathimah (as), dan dari pertemuan mereka keluar Mutiara dan marjan, iaitu: Al-Hassan dan Al-Hussein (as) [101].

Telah ditunjukkan sebelum ini: bahawa nama Al-Rahman tidak khususkan dengan perkara-perkara duniawi, tetapi ia yang utama. nama Al-Rahim pula, tidak khususkan dengan perkara-perkara akhirat tetapi ia yang utama. Al-Maiz atau Al-Barzakh (penghubung) ini ada dalam Al-Wilayah dijadikan Dia SWT di antara batin pintu Zat Al-Ilahiyah (Al-Rahim) dan zahir pintu Zat Al-Ilahiyah (Al-Rahman), dan di dalam penciptaan dijadikannya Muhammad (Kota Ilmu) dengan perintah Allah di antara batin pintunya (Fathimah) dan pintu zahir (Ali) tidak melampaui batas keduanya, iaitu semua keutamaan dari keduanya ditetapkan baginya. Ini diterangkan bagi setiap satu daripada yang diketahui. Seperti yang dinyatakan dalam riwayat: Bahawa Ali (as) yang pertama yang menolong para nabi dan orang yang beriman di dunia ini, dengan izin-Allah, daya dan kekuatanNya [102], dan Fathimah (as) yang pertama memilih Syi’ahnya dan dimasukkan ke syurga, Insya-Allah, di akhirat [103].

Dia SWT berfirman:

﴿وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ﴾

{sedang "ArasyNya, berada di atas air} [104],

Al-3arsy Al-A3dzam adalah Muhammad (S) seperti yang ditunjukkan dalam Kitab Mutasyabihaat [105]. Air adalah dua lautan (Ali dan Fathimah (as)), Maka Muhammad adalah pemegang Al-3arsy Al-A3dzam (Al-Quran), dan kemudian selepas daripada itu adalah Al-3arsy Al-A3dzam (Al-Quran).

Dari Daud Al-Raqiy,katanya: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) mengenai firman Allah AWJ:)
﴿وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ﴾

{sedang "ArasyNya, berada di atas air}

Beliau berkata: apa yang mereka katakan? Aku berkata: Mereka mengatakan bahawa ‘arasy itu di atas air, dan Tuhan di atasnya. Beliau berkata: Dusta, siapakah yang mendakwa perkara ini, bahawa Allah bahagian yang bergerak dan menyifatkanNya dengan sifat makhluk dan Dia terlibat dengan sesuatu, yang memegang kepada yang lebih kuat daripadaNya? Aku berkata: Semoga aku menjedi tebusanmu, terangkanlah padaku..

Dia berkata bahawa Allah memegang agama dan IlmuNya, air dijadikan sebelum tanah atau langit atau jin atau Insan atau matahari atau bulan, dan apabila Allah mahu mencipta penciptaan ianya tersebar di antara tanganNya, Maka Dia berkata kepada mereka, Siapakah Tuhan kamu? Yang pertama menjawab adalah Rasulullah (S) dan Amirul Mukminin (as) dan Imam-imam (Shalwatu Allah 3alaihim) lalu berkata: Engkaulah Tuhan kami, maka diberikan kepada mereka, Ilmu dan agama, dan kemudian dikatakan kepada para malaikat: Merekalah yang membawa Agama dan IlmuKu dan AmanahKu kepada penciptaanKu dan mereka akan dipertanggungjawabkan.

Dan kemudian Dia berkata kepada anak-anak Adam: Berikrarlah kepada Allah dengan RububiyahNya dan kepada mereka berkorbanlah dengan Al-Waliyah dan ketaatan, lalu mereka berkata: Ya Tuhan kami berikrar. Allah berfirman kepada para malaikat: Saksikanlah. maka berkata para malaikat: kami menyaksikan atas mereka supaya esok (nanti) mereka tidak mengatakannya: Sesungguhnya kami lupa pada semua ini. Atau mengatakan bahawa bapa-bapa sebelum kami syirik dan kami hanyalah keturunan selepas mereka. Apakah kami akan dibinasakan atas perbuatan batil mereka itu.

Wahai Daud, mereka telah mengesahkan Wilayah kami dalam Al-Mitsaq (persetiaan atau perjanjian)) [106].

Adapun firman Allah Taala:

﴿فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴾

{Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?} [107]:

(آلاؤ) – Aalaa’ -Nya Yang Maha Suci, adalah nikmat besar (agung) yang zahir yang diterangkan, dan tidak ada nikmat yang lebih agung daripada tajalli-Nya pada penciptaan dengan Al-Zhat Al-Ilahiyah (Zat Ketuhanan) Allah untuk mengenal-Nya, dan kemudiannya nikmat yang besar dengan dijadikan pintu Al-Zhat Al-Ilahiyah (Al-Rahman Al-Rahim), Jika tidak demikian, apa yang mereka kenal,, mereka tidak layak bermakrifah (mengenal) melainkan dengan rahmat

﴿وَلَوْلا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَى مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَداً وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾

{Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui } [108],

dan kemudian nikmat yang besar dalam penciptaan dengan Muhammad dan Aali Mohammed (as), melalui mereka Allah dikenal, mereka empat belas (hari) bulan-bulan sabit: mereka adalah: Muhammad, Ali, Fathimah, dan para Imam (as) dan empat belas (hari) bulan-bulan sabit bagi Mahdi-Mahdi, Maka (آلاؤ) – Aalaa’ -Nya Yang Maha Suci, dalam Tauhid dan MakrifatNya Yang Maha Suci adalah Tiga puluh satu dan yang demikian pada ayat ini:

﴿فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴾

{Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?}

(diulangi tiga puluh satu kali, dan meraka yang bertanggungjawab adalah manusia dan jin, mereka diberati (ditugaskan) untuk membenarkan Khalifah-khalifah Allah Yang Maha Suci dan tidak mendustakan mereka [109].




✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[100] – Al-Rahman 55:19-20.
[101] – Dari Yahya bin Sa3id Al-Qathan, katanya: Aku telah mendengar Aba Abdillah (as) berkata mengenai firmanNya AWJ:
(مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ * بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لا يَبْغِيَانِ)
(Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.)
katanya: (Ali dan Fathimah (as) Dua Lautan Ilmu, pengetahuan yang mendalam, tidak mendahului yang satu atas pemiliknya yang satu lagi
(يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ)
(keluar dari keduanya mutiara dan marjan), Al-Hassan dan Al-Hussein (as)) Al-Khashaal oleh Al-Syeikh Al-Saduq: halaman 65. (Pengulas).
[102] – Dari baginda (S) bersabda kepada Ali (as): (Wahai Ali bahawa Allah jadikan kamu menyokong Nabi-nabi secara diam-diam (sembunyi), Dan kamu menyokong ku secara terang -terangan) Haliyah Al-Abrar – Oleh Al-Syed Hashim Al-Bahrani: Jilid 2 halaman 17. (Pengulas).
[103] – Dari Al-Rasul Muhammad (S) dalam satu hadits: (...Allah AWJ berfirman kepada malaikat-malaikat-Nya: Wahai malaikat, Lihatlah kepada Fathimah Penghulu hamba-hambaku, pendiri kedua tangannya bergetar pemangsanya yang mengugut, dan telah berpaling hatinya pada berbadah padaKu, kamu saksikan bahawa aku amankan syi’ahnya  daripada api neraka ...). Al-Amali oleh Al-Syeikh Al-Saduq: halaman 175..
Dan dari Al-Rasul Muhammad (S) dalam suatu hadits yang panjang: (... aku berkata, Kekasihku Jibrail, Tidakkah dinamakan di langit [Al-Mansurah (Penolong)] dan di bumi [Fatimah]. Dia berkata: dinamakan di bumi (Fatimah) itu; kerana dia pisahkan syi’ahnya dari api neraka dan beransur-ansur menghentikan musuhnya dari mengasihinya?, dan dia di langit (Al-Mansurah) itulah kata-kata Allah SWT:
(َيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ* بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَن يَشَاءُ)
(Pada hari kemenangan itu bergembiralah orang-orang yang beriman, * Karena pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendaki-Nya.)
bermakna Fatimah menolong yang mengasihinya) Ma3ani Al-Akhbar: halaman 396.
Dan dari Jafar Shadiq (as), dari bapa-bapanya (S), dari Al-Rasul (S) dalam hadits yang panjang: (... Kemudian suara memanggil: Hai Ahli yang berkumpul kamu menyusahkan pengelihatan dan tundukkan kepala kamu untuk bertolak ansur Fatimah binti Muhammad. Maka mereka pun berbuat demikian, dan Fatimah dibenarkan pada masa itu seratus ribu malaikat dan dari tangan kanannya sejumlah itu, dan di sebelah kiri sejumlah itu, dan di belakangnya sejumlah itu pula, dan satu ratus ribu malaikat itu mereka membawanya atas sayap-sayap mereka, sehingga mereka sampai ke pintu syurga menemui Allah AWJ di dalam hatinya menoleh. dikatakan padanya:. Apa yang kamu melihat-lihat? Dia berkata: 'Wahai Tuhan, aku suka Engkau memperlihatkan kepada hamba nasib ku pada hari ini. Maka Allah berfirman:. Kembalilah, Ya Fatimah, Lihatlah siapa yang mengasihi mu dan aku kasih akan keturunanmu, maka ambillah tangannya dan masukkanlah dia ke syurga. kata Ja'far bin Muhammad (as): ia adalah untuk mengambil Syi’ahnya dan yang mengasihinya seperti menangkap antara burung yang sangat disayangi dan yang kurang disukai, sehingga apabila dia dan Syi’ahnya dan yang mengasihinya telah sampai di pintu syurga menemui Allah AWJ dalam hati-hati para Syi’ahnya dan dan yang mengasihinya melihat-lihat. Maka dikatakan kepada mereka:. Apa yang kamu melihat-lihat? telah diperintahkan kamu ke syurga. Mereka berkata: Ya Tuhan kami, kami suka melihat nasib kami pada hari ini. Maka dikatakan kepada mereka:. Kembalilah, dan lihatlah dari cintailah yang kamu cinta, Fatimah atau salam ke atas kamu pada mencintanya atau berjabat tangan dengan kamu, atau kamu kembali dengan [ketiadaan]-nya, atau menyiram sukatan air, maka pimpinlah tangannya, dan masuklah ke syurga. berkata Ja'far ibn Muhammad (shalawatu All 3alaihi): Maka demi Allah pasti apa yang tinggal pada hari itu hanya orang-orang kafir atau munafik pada Wilayah kami, maka katakanlah:
(فَمَا لَنَا مِن شَافِعِينَ * وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٍ * فَلَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ).
(Maka kami tidak mempunyai pemberi syafa'at seorangpun, * dan tidak pula mempunyai teman yang akrab, * maka sekiranya kita dapat kembali sekali lagi (ke dunia) niscaya kami menjadi orang-orang yang beriman".).
Kemudian dia Ja'far bin Muhammad (shalawatu Allah 3alaihi) berkata: dusta (walaupun menyahut kembali apa yang di haramkan kepadanya [dan sesungguhnya mereka adalah berdusta] seperti firman Allah Taala, Kemudian seruan yang menyeru bagi orang-orang yang mulia hari ini. Dikatakan:.. Kepunyaan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Maha Tunggal lagi Berkuasa) dan bagi Muhammad, Ali, Fatima, Al-Hasan dan Al-Husayn) Syarah Al-Akhbar – oleh Al-Qadhiy Al-Nu'man Al-Maghribi: Jilid 3 :halaman 63. (Pengulas).
[104] – Hud 11:7.
[105] - Kitab Mutasyabihaat: Jilid 3 :halaman 110.Soalan 93
[106] – Al-Kafi: Jilid 1 :halaman 132.
[107] - Al-Rahman 55: 13-16-18-21-23-25-28-30-32-34-36-38-40-42-45-47-49-51-53-55-57-59- 61-63-65-67-69-71-73-75- 77.(31 kali ulangan ayat)
[108] – Al-Nuur 24:21.
[109] – Dari Daud Al-Raqi, dari Abi Abdillah (as), dia berkata: pada firman Allah Taala:
(فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ)
(Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?)
yang bermaksud: nikmat Ku yang manakah yang kamu dustakan? Pada Muhammad atau Ali? Dikurniakan pada keduanya nikmat atas hamba-hamba.) Bihar AL-Anwar:Jilid 42 halaman 59..
Dan dari Manaqib bin Syahrasyub: dalam satu hadits, (Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan! Wahai masyarakat Jin dan manusia dengan Wilayah Amir Al-Mukminin (as) atau Hubb Fatimah (as)? (atau mengasihi Fatimah (as)) Mustadrak Safinah Al-Bihar oleh Syeikh Ali Al-Namaziy:? Jilid 1 halaman 172.
Dan dari Abu Yusuf Al-Bazzaz, beliau berkata, diikuti oleh Abu Abdullah (as) ayat ini:
(فَاذْكُرُواْ آلاء اللّهِ)
(maka ingatlah nikmat-nikmat Allah )
Beliau berkata: (Adakah kamu sedar (tahu) apa itu nikmat-nikmat Allah ? Aku berkata: Tidak, Beliau berkata, Ia adalah nikmat Allah terbesar atas ciptaan-Nya, da ia adalah Wilayah kami) Bihar Al-Anwar, Jilid 42 halaman. 59.
Maka mereka adalah nikmat-nikmat Allah Taala iaitu Muhammad, Ali, Fatima, dan anak-anak mereka dari para imam dan Mahdi-mahdi (as) dan semua mereka adalah orang-orang yang Allah Taala telah perintahkan untuk membenarkan mereka dan mentaati mereka, tidak mendustakan dan berdosa kepada mereka. Dan pada pengertian ini telah ditunjuk oleh Imam Ak-Shadiq (as) dalam hadits berikut:
Dari Hammad bin Utsman, berkata: Aku telah mendengar Aba Abdillah (as) berkata: (mustahab untuk membaca pada setiap pagi hari Jumaat (Surah) Al-Rahman keseluruhannya dan selepas semua ucapannya, aku berkata
(فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ)
(Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?): aku berkata, tidak suatu pun dari nikmat-nikmat Tuhan itu dusta) Bihar Al-Anwar, Jilid 98 halaman 306.
Maka sesiapa yang melakukannya telah mengakui Al-Tauhid, Al-Nubuwah dan Al-Wilayah Imam-imam dan Mahdi-mahdi (as), (iaitu) tiga dalam Al-Tauhid, empat belas dalam Al-Nubuwah dan Imamah dan empat belas lagi dalam Al-Hidayah selepas Imam Mahdi (as), sehingga bilangannya berjumlah tiga puluh satu kali, iaitu jumlah mengulangi ayat:
(فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ)
(Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?) dalam Surah Al-Rahman.
اللهم اجعلنا من الذين لا يكذبون بشيء منها ومن المسلمين لها برحمتك يا أرحم الراحمين.

Ya Allah, jadikanlah kami orang yang tidak mendustakan sesuatu pun darinya dan dari orang-orang Islam (yang menyerah) padanya, Dengan rahmatMu, Wahai Yang Sebaik-baik Penyayang  dari yang menyayangi. (Pengulas).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan