Halaman

Khamis, 15 Januari 2015

Soalan 69: Apakah Mengabdi Kepada Allah



Soalan 69: Apakah Mengabdi Kepada Allah

Dia SWT berfirman:
﴿وَاعْبُدُواْ اللّهَ وَلاَ تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالاً فَخُورًا﴾
                                                  
{Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,} [82].

Apa yang dimaksudkan dengan ayat yang mulia di atas ?

Penyoal: Ibrahim Raghil.

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

﴿وَاعْبُدُواْ اللّهَ وَلاَ تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئاً﴾
{Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun.}
apa yang dimaksudkan di sini adalah ikhlas dalam beribadah kepada Allah SWT, dengan taat kepada KhalifahNya yang menjadi khalifah atas ciptaan-Nya, dan untuk menjauhi jalan Iblis (la3nahu Allah) yang enggan sujud kepada Khalifah Allah, Allah disembah mengikut kehendak Dia Yang Maha Suci dan bukan mengikut kehendak hamba itu, jika tidak ia adalah syirik dan menjadi pengikut Iblis (la3nahu Allah) [83].

﴿وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا﴾
{Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa.}:
iaitu Al-Rasul Muhammad (S) dan Imam Ali (as) kedua-duanya adalah ibu bapa (bapa-bapa).
Rasul Allah Muhammad (S) bersabda kepada Ali (as): (Wahai Ali ... Aku dan kamu bapa-bapa umat ini, maka laknat Allah kepada sesiapa yang tidak mensyukuri kita...) [84] [85].

﴿وَبِذِي الْقُرْبَى﴾
{Dan dengan karib-kerabat:}
mereka adalah Aali Muhammad dan terutamanya Al-Hassan dan Al-Hussein.
Dia SWTberfirman:

﴿قُلْ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى وَمَنْ يَقْتَرِفْ حَسَنَةً نَزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْناً إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ شَكُورٌ﴾

{Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam Al-Qurba (keluargaku)". Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.} [86].

﴿وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ﴾
{anak-anak yatim, orang-orang miskin,}:
Anak-Anak Yatim tersebut adalah peribadi kaumnya, yang tiada tandingan pada mereka [87].

Orang yang miskin yang terdorong kepada Allah, dan Aali Muhammad dan mereka anak-anak yatim adalah tidak sepadan dengan mereka, mereka orang-orang miskin Allah, yang terdorong kepada-Nya Yang Maha Suci pada setiap masa dan keadaan. [88].

Dia SWT berfirman:

﴿وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَ بَنِي إِسْرائيلَ لا تَعْبُدُونَ إِلَّا اللَّهَ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً وَذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْناً﴾

{Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israel (iaitu): Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia,} [89].

Perjanjian yang diambil dari Bani Israel, dan hamba selain mereka,untuk taat setia kepada Waliy Allah dan hujjahNya dan KhalifahNya Yang Maha Suci. Di dalam ayat ini juga menyebut kerabat, kedua ibu bapa, anak-anak yatim dan orang-orang miskin. Mereka adalah Muhammad (S) dan Ali (as), para Imam (as) dan Mahdi-mahdi dari Aali Muhammad (as).

Dia SWT berfirman:

﴿أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَى مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُمْ مُلْكاً عَظِيماً﴾

{ataukah mereka dengki kepada manusia lantaran karunia yang Allah telah berikan kepadanya? Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar. } [90],

dan manusia di dalam ayat ini adalah Muhammad dan Aali Muhammad.
﴿وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْناً﴾
{serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, }
iaitu: yang terbaik daripada apa yang diperkatakan.

﴿وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ﴾

{tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu }
Iaitu ucapkanlah kepada manusia dan kepada mereka apa dengan kata-kata yang kamu suka diucapkan kepada kamu. Dan lakukanlah perbuatan apa yang kamu suka mereka lakukan kepada kamu.
﴿وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْناً﴾
{serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, }

﴿إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالاً فَخُورًا﴾
{Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,}
Maknanya, bahawa Allah tidak suka orang yang mengikut Iblis (laknahu Allah) yang takbur kepada Adam (as) dan Allah menyukai jiwa-jiwa yang baik dan yang mendapat barkah dari sujud, kasih, taat dan baik kepada khalifahNya SWT

﴿قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ﴾

{ Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. } [91].


✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[82] – Al-Nisaa’ 4:36.
[83] – Dari Abi Basir, katanya: Aku telah mendengar Aba Abdillah (as) berkata: "(tidak mengambil dua tuhan kerana sesungguhnnya Dia  Tuhan yang Satu " bermakna ia tidak mengambil dua Imam, kerana dia adalah satu imam) Bihar Al-Anwar Jilid 32 halaman 357.. (Pengulas).
[84] - Bihar Al-Anwar Jilid 36 halaman 6..
[85] - Dari Jaafar bin Muhammad bin Said, Diriwayatkan dari Al-Shadiq (as), mengenai firmanNya SWT:
وَاعْبُدُواْ اللّهَ وَلاَ تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا﴾
{Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa,}
katanya: (Rasulullah (S) dan Ali ibn Abi Talib (as) keduanya adalah bapa-bapa ,
(وَبِذِي الْقُرْبَى)
(dan kaum kerabat)
katanya: Al-Hassan dan Al-Hussein (as)). Bihar Al-Anwar Jilid 32 halaman 269.. (Pengulas).
[86] – Al-Syuraa 42:23.
[87] - Dari Abaya bin Rab3iy, dari Ibnu Abbas, dia berkata, beliau telah ditanya mengenai firman Allah:
(أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيماً فَآوَى)
(Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu?)
Baginda bersabda: (Bahawa aku dipanggil anak yatim; kerana baginda tidak mempunyai tandingan di atas muka bumi dari awal hingga akhir, Maka firmanNya AWJ bagi menghargainya nikmat ke atasNya::
(أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيماً)
(Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim)
Iaitu tiada suatu pun sepadan dengan kamu ...). Bihar Al-Anwar Jilid 61 halaman 141..

Telahberkata Ali bin Ibrahim apikal (rahimahu Allah) kemudian membaca:
(أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيماً فَآوَى)
(Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu?)
katanya: anak yatim yang tiada seumpamanya, oleh itu, yang dikenali sebagai Al-Durah (Permata): keyatiman; kerana tiada yang seumpamanya) Bihar Al-Anwar Jilid 61 halaman 142..

Dan dari Abu Ja'far (as) dalam satu hadits:
(... فَلَا اقْتَحَمَ الْعَقَبَةَ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْعَقَبَةُ)
(...Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar.* Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu?)
katanya: (apa yang membiarkan kamu tahu, dan segala-galanya dalam Al-Quran (Tahukah kamu) ia adalah apa yang memberitahu kamu
(يَتِيماً ذَا مَقْرَبَةٍ)
((kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat,)
iaitu Rasulullah (S) dan ada hubungan kerabat:
(أَوْ مِسْكِيناً ذَا مَتْرَبَةٍ)
(atau kepada orang miskin yang sangat fakir.) iaitu Amirul Mukminin (as) berdebu (tanah) dengan ilmu). Bihar Al-Anwar Jilid 42 halaman 282.. (Pengulas).
[88] – Dari 3amru ibn Abi Al-Muqdam, dari bapanya, ia berkata: Aku bertanya kepada Aba Ja'far (as) mengenai firman Allah SWT:
(مَّا أَفَاء اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ)
(Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan,)
Maka Abu Ja'far (as) berkata (ayat ini diturunkan khusus kepada kami, maka apa yang dipunyai Allah dan Rasul adalah untuk kami dan kamilah kerabat terdekat dan kamilah Al-Masakin, tidak akan hilang Masakin kami dari Rasulullah (S selamanya), kamilah Abnaa’ Al-Sabil (orang-orang yang dalam perjalanan) tidak dikenal Al-Sabil melainkan dengan kami,) Bihar Al-Anwar Jilid 32 halaman 258.. (Pengulas).
[89] – Al-Baqarah 2:83.
[90] – Al-Nisaa’ 4:54.
[91] – Aali 3imraan 3:31.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan