Halaman

Rabu, 14 Januari 2015

Soalan 68: Kalimat-Kalimat Allah Tidak Berubah, Tidak Boleh Diubah Dan Tidak Habis-Hbais

Soalan 68: kalimat-kalimat Allah tidak berubah, tidak boleh diubah dan tidak habis-hais

بسم الله الرحمن الرحيم،
وصل اللهم على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً،
           
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Dan Ya Allah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Di dalam ayat ini:
      
﴿َلهُمُ الْبُشْرَى فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ لا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ﴾

{Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar. } [76],

dan ayat:

﴿وَلَقَدْ كُذِّبَتْ رُسُلٌ مِنْ قَبْلِكَ فَصَبَرُوا عَلَى مَا كُذِّبُوا وَأُوذُوا حَتَّى أَتَاهُمْ نَصْرُنَا وَلا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ وَلَقَدْ جَاءَكَ مِنْ نَبَأِ الْمُرْسَلِينَ﴾

{Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang pertolongan Allah kepada mereka. Tak ada seorangpun yang dapat merubah kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Dan sesungguhnya telah datang kepadamu sebahagian dari berita rasul-rasul itu. } [77].

Apakah perbezaan atau hubungan antara kalimah Rabbiy (Tuhanku) di dalam kedua-dua ayat-ayat di atas dan kalimah Rabbiy dalam FirmanNya SWT:

﴿قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَاداً لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَداً﴾

{Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".} [78]?

Apakah maksud sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku? Adakah penglihatan atau ramalan-ramalan (khabar) dan Hujjah Allah atas penciptaan, atau adakah ia sesuatu yang lain?

Penyoal: Haidar al-Ansari

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.


Kalimat Allah adalah Wahi Allah, sama dengan Rukya (mimpi) dalam tidur, atau kasyaf dalam jaga.
                                        
Di dalam ayat-ayat ini:
      
﴿َلهُمُ الْبُشْرَى فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ لا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ﴾

{Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.} [79] [80].,

dan firmanNya SWT:

﴿وَلَقَدْ كُذِّبَتْ رُسُلٌ مِنْ قَبْلِكَ فَصَبَرُوا عَلَى مَا كُذِّبُوا وَأُوذُوا حَتَّى أَتَاهُمْ نَصْرُنَا وَلا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ وَلَقَدْ جَاءَكَ مِنْ نَبَأِ الْمُرْسَلِينَ﴾

{Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang pertolongan Allah kepada mereka. Tak ada seorangpun yang dapat merubah kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Dan sesungguhnya telah datang kepadamu sebahagian dari berita rasul-rasul itu.} [81].

Kenyataan bahawa kalimat-kalimat Ilahiyah ini, ia adalah khabar gembira bagi seorang mukmin atau janji kepada para rasul dan orang-orang yang beriman bersama mereka dengan pertolongan dan akibat yang baik dan ia adalah janji Tuhan yang akan tercapai dan tidak berubah,
﴿لا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ﴾
Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah
dan juga tidak ada satupun yang mempunyai keupayaan untuk menukar janji Allah dan mengubahnya)
﴿وَلا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ﴾      
dan tak ada seorangpun yang dapat merubah kalimat-kalimat (janji-janji) Allah.
kerana kalimat-kalimat (janji-janji) Allah adalah tetap dan wujud di sepanjang masa dan zaman. Maka Allah berkata kepada manusia: janganlah kamu ditipu oleh ulamak yang tidak beramal  ditipu oleh kata-kata mereka, apabila mereka berkata: Bahawa rukya dan kasyaf (penglihatan dan pendedahan) adalah dari syaitan; kerana ini adalah kalimat-kalimat Allah, tidak ada perubahan dan tak ada seorangpun yang dapat merubah kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Tetapi para ulamak yang tidak beramal  menamakan kalimat-kalimat Allah dengan perkataan perkataan syaitan, kerana diri mereka sendiri adalah syaitan dan mereka tidak menyedarinya, melainkan syaitan dan dan hanya kata-katanya. maka kalimat-kalimat Ilahiyah ini tidak akan habis, ia wujud pada setiap masa dan tidak terbatas bilangannya; kerana ia terbit dari ilmu Allah, dan ilmu Allah tiada hadnya, maka tidak mungkin sama sekali yang terbit dariNya untuk menghadkan bilangannya, iaitu yang tidak akan habis; kerana apa pun boleh datang dari Allah SWT, dan apa pun boleh keluar dari Tuhan dan ia adalah tidak terhingga (tiada hadnya – infiniti).



✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[76] – Yunus 10:64.
[77] – Al-An3aam 6:34.
[78] – Al-Kahf 16:109.
[79] - Yunus 10:64.
[80] – Dari Abi Ja'far (as) dalam satu hadits: (... sampai pada, kemudian mereka mendapat balasan, beliau menyebut firmanNya SWT:
(لَهُمُ الْبُشْرَى فِي الْحَياةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ)
(Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.)
dan seorang Imam memberi khabar gembira mengenai akan bangkitnya Al-Qaim, dan zuhurnya dan untuk memerangi musuh-musuh mereka dan kepada keselamatan akhirat dan bertemu Muhammad  (S) – orang-orang yang benar – di Al-Haudh). Al-Kafi: Jil 1 hal 429.
Persoalannya di sini ialah bagaimana Imam memberi khabar gembira kepada manusia pada zaman ini, yang ghaib dan yang ditunggu-tungu?? Tidak ada jawapannya selain rukya (mimpi) di dalam tidur, rukya sebegini diterangkan oleh Rasulullah (S) sebagai wahyu (wahi) dan sebahagian dari nubuwah, dan menyatakan (menashkan) bahawa syaitan tidak boleh menyerupai baginda dalam sesuatu rukya, dan begitu juga tidak boleh menyerupai salah seorang Aushiak baginda hingga hari kiamat.
Dari Abi Ja'far (as), dia berkata: (seorang lelaki berkata kepada Rasulullah (S): Mengenai firman Allah SWT:
(لَهُمُ الْبُشْرَى فِي الْحَياةِ الدُّنْيَا)
(Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia.)
Baginda bersabda, rukya yang baik yang dilihat oleh seorang mukmin yang mengembirakannya di dunia): Al-Kafi: Jil 8 hal 90.
Dan: Telah datang kepada Rasulullah (S) seorang lelaki dari Keluarga Al-Badiah yang mempunyai kawanan unta, dia berkata: Wahai Rasulullah, khabarkan padaku mengenai firman Allah SWT:
(الَّذِينَ آمَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ * لَهُمُ الْبُشْرَى فِي الْحَياةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ)،
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.* Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat),
Baginda bersabda, Ia adalah rukya yang baik yang dilihat oleh seorang mukmin yang mengembirakannya di dunianya dan ada pun firman Allah SWT:
(وَفِي الآخِرَةِ)
(dan pada hari akhirat),
Ia adalah berita gembira pada seorang mukmin ketika kematian yang mengembirakannya pada kematiannya bahawa Allah telah mengampuni kamu dan orang-orang yang membawa kamu ke kuburanmu) Min La Yahdhuruh Al-Faqih:J 1 hal 133.
Ini adalah kalimat-kalimat Allah Taala yang tidak berubah padanya, ini adalah kalimat-kalimat Allah yang diperolok-olokkan oleh ulamak akhir zaman yang tidak beramal, yang jauh dari Malakut Al-Samawaat (Kerajaan Langit), dan seperti kata pepatah: kejahilan pada sesuatu akan menjadi musuhnya, kerana mereka tidak menerima berita gembira untuk mereka daripada Allah, Ya, Allah mengembirakan mereka apabila mereka meninggal dunia dengan neraka (jahannam) dan menyertai syaitan-syaitan sebagai musuh-musuh para nabi dan Rasul dan Imam-Imam (as). (Pengulas).

[81] - Al-An3aam 6:34

Tiada ulasan:

Catat Ulasan