Halaman

Jumaat, 5 Disember 2014

Soalan 579, Mengapa kita menguap ketika berzikir?

Soalan 579, Mengapa kita menguap ketika berzikir?

بسم الله الرحمن الرحيم، اللهم صلِّ على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi amat Pengasihani. Ya Allah kami berselawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam penuh pengiktirasan.

السلام عليكم يا قائم آل محمد،
(Salam atas Tuan Wahai Qaim Aali Muhammad)

Soalan saya ialah: mengapa seseorang apabila dia melakukan Tasbih atau berzikir atau beristighfar, terutama beristighfar, dia mula menguap dan matanya berair, dan juga apabila kami mendengar zikir (peringatan) tuan mata kami berair, atau apabila kami sedang khusyuk?

Penghantar: Ahlam-Australia.



Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi amat Pengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam penuh pengiktirasan.


Semoga Allah memberi kamu kejayaan, mengenai menguap, ia adalah dari kegelapan yang ada pada manusia, atau syaitan dan kejahatan yang ada di halaman kewujudannya. Apabila kegelapan sedang mengepung cahaya, syaitan-syaitan manusia dan jin memaksa melalui kegelapan yang wujud di halaman manusia, untuk mengecewakan manusia daripada menyebut serta mengingati Allah, dan ini adalah dengan mempengaruhinya ke atas tubuh badannya dengan menguap dan bermalas-malasan dan sifat-sifat manusia yang lain yang menjadikan manusia terpaksa berehat dan meninggalkan berzikir (mengingati) Allah. Untuk membebaskan diri (mengikhlaskan diri) darinya anda perlu tekun (tetap) mengingati Allah (zikir) dan tidak meninggalkan cahaya dan zikir pada Allah sehingga syaitan berputus asa, semoga Allah menghinakan mereka, dan memberikan kepada anda dalam perkara ini pahala, kerana berjuang melawan syaitan dan tentera iblis dan semoga Allah menghinakan mereka. Dan salam ke atas kamu Rahmat Allah dan BarkahNya.
                   
(والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته)
                  
Ahmad Al-Hassan
Pertengahan Sya3ban / 1431 H.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan