Halaman

Khamis, 4 Disember 2014

Soalan 548: Dosa-dosa Besar Dan Dosa-dosa Kecil

Soalan 548: Dosa-dosa Besar Dan Dosa-dosa Kecil

السلام عليكم
Ya tuan dan Ya Maulai dan Ya Imam di dunia dan akhirat, Insya Allah saya meminta tuan mendoakan saya supaya ditetapkan dan diberi pertolongan kepada saya.

Selepas semua itu... Saya dengan rahmat Allah beriman dalam tuan Ya tuan dan Ya Maulai, saya memohon kepada Allah untuk tetap teguh dengan haq Al-Zahrah yang dizalimi.

Masalah saya adalah bahawa saya lemah terhadap jantina yang berlawanan, adakah mungkin untuk mendoakan dan menasihatkan saya Ya tuan dan Ya Maulai untuk mengikhlaskan saya dalam hal ini, dan apakah sebab di sebalik melarang untuk melihat gambar-gambar dalam televisyen dan internet wanita-wanita bertelanjang?

Terima kasih banyak untuk kebaikan jawapan tuan, dan penyoal adalah sangat bersedia untuk menerima jawapan dari Imam (as).

Penyoal: A D – Kuwait

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi amat Pengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam penuh pengiktirasan.

Semoga Allah memberikan anda kejayaan kepada semua apa yang baik, terdapat dosa-dosa besar (Kabaair), dan ada dosa-dosa kecil (Saghair) yang biasanya boleh menjadi sebab untuk melakukan dosa-dosa besar, jadi jauhi dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar, dan apabila anda selalu (berterusan) sentiasa membaca Al-Quran, Sholat Al-Lail, dan berpuasa dan jangan terlepas peluang anda dari mencapai redha Allah SWT, dan saya memohon kepada Allah untuk berbelas kasihan kepada anda dengan rahmat-Nya dan membersihkan anda dari dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar dan menjadikan anda di antara tenteranya pasukan (Hizb) AuliakNya dan Dialah Waliy dan Dialah tempat berpaling orang-orang yang sholeh..

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.


Ahmad Al-Hassan
Rejab Al-Ashab / 1431 A.H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan