Halaman

Jumaat, 5 Disember 2014

Soalan 151: Penciptaan Jin Berbanding Manusia

Soalan 151: Penciptaan Jin Berbanding Manusia
Soalan 151: Bilakah jin yang pertama dicipta? Dan adakah mereka dari alam sebelum ini atau adakah mereka diciptakan bersama penciptaan Nabi Adam (as)? Dan bagaimanakah kehidupan mereka? Adakah mereka mempunyai Nabi dan Rasul? Dan adakah mereka melalui apa yang manusia lalui dari ujian-ujian dan kesusahan? Dan adakah mereka ikut serta dalam pergerakan dan peperangan dengan manusia, iaitu mereka melawan nabi-nabi dan Auliak atau adakah ia menyokong mereka?

Mukhtar Yusuf – Basrah

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi amat Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Allah Ta'ala berfirman,

﴿وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإنسان مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَأٍ مَسْنُونٍ * وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِنْ قَبْلُ مِنْ نَارِ السَّمُومِ﴾

{Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk. * Dan Kami telah menciptakan jin sebelumnya dari api yang sangat panas..} [293]
                                                           
Oleh itu, jin diciptakan sebelum penciptaan Adam (as), dan jin dikenakan dan diperintahkan supaya taat kepada nabi-nabi dari keturunan Adam, supaya beriman kepada mereka dan, membenarkan mereka, dan menyokong mereka. Tidak terdapat seorang nabi atau Rasul pun dari golongan jin, bahkan hujjah ke atas mereka adalah hujjah dari anak-anak Adam. Oleh itu dia adalah Imam bagi manusia dan jin.

Dan sebahagian dari jin mereka yang menyokong para nabi dan washiy, dan sebahagiannya menentang nabi-nabi dan washiy-washiy. Allah Ta'ala berfirman,

﴿وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَراً مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنْصِتُوا فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَى قَوْمِهِمْ مُنْذِرِينَ * قَالُوا يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَاباً أُنْزِلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى مُصَدِّقاً لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى طَرِيقٍ مُسْتَقِيمٍ﴾

{Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan(nya) lalu mereka berkata: "Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)". Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan. *  Mereka berkata: "Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus.} [294]

Maka itulah jin-jin beriman kepada Muhammad (S) setelah beriman kepada Musa (as) sebelumnya.

Dan dalam Surah Al-Jinn Allah Ta'ala, menyebut kata-kata sebahagian dari golongan jin,

﴿وَأَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُونَ وَمِنَّا الْقَاسِطُونَ﴾

{Dan sesungguhnya di antara kami ada yang Islam dan ada (pula) yang menyimpang dari kebenaran. } [295]

Dan sebahagian jin hidup di atas bumi yang kita hidup di atasnya, dan di antara mereka ada yang hidup di bumi yang lebih rendah.

Ahmad Al-Hassan
Washiy dan utusan Imam Mahdi (as)



✡✡✡✡✡

-----------------------------------
[293] - Al-Hijr 15:26 & 27
[294] - Al-Ahqaaf 46:29 & 30
[295] - 72:14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan