Halaman

Selasa, 30 Disember 2014

Soalan 57: Apakah tafsiran surah Al-Nashr:

Soalan 57: Apakah tafsiran surah Al-Nashr:

﴿إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ * وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجاً * فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّاباً﴾

{Apabila datang pertolongan Allah dan pembukaan, * dan kamu lihat manusia masuk agama Allah berbondong-bondong, * maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.} [16]?

Penghantar: Ibrahim Raghil

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.
   
Pembukaan yang nyata diterangkan di beberapa tempat dalam Al-Fatihah (Tafsir) dan di dalam Al-Mutasyabihaat (Kitab) [17], dan juga bertaubat dan meminta kemaafan dan ampunan dari dosa-dosa yang mengiringi di halaman kewujudan makhluk. Jika berada pada martabat
﴿قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَى﴾
 (maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi). [Al-Najm 53:9] 
Ia adalah Al-Ana (ego-keakuan, dan kegelapan yang mesti terkandung dalam halaman makhluk tidak kira apa sahaja maqamnya. Maka Surah itu:

(Apabila datang pertolongan Allah dan pembukaan, * dan kamu lihat manusia masuk agama Allah berbondong-bondong, * maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat)

Adapun pada firmanNya SWT:
﴿وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجاً﴾
(dan kamu lihat manusia masuk agama Allah berbondong-bondong)
Ia adalah di dalam Alam Al-Jasmani ini yang membimbangkan manusia, maka mereka bertaubat, mereka memohon ampun dari dosa keingkaran terhadap Waliy Allah dan hujjahNya atas hambaNya. Juga Waliy Allah dipuji Allah dan memohon ampun kepada Allah untuk mereka dan tanpa istighfarnya mereka tidak diberi ampunan)

﴿وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللَّهِ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّاباً رَحِيماً﴾

{Dan Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan untuk ditaati dengan seizin Allah. Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulpun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.} [18]

Dan kalaulah tidak kerana pertolongan Allah dan sokonganNya tidak akan tercapai pembukaan yang nyata kepada AL-Rasul, dan dengan pembukaan yang nyata mesti dicapai dengan pembukaan alam ini, dan manusia akan memasuki agama Allah berbondong-bondong.


✡✡✡✡✡
                            
______________________________
[16] – Al-Nashr 110:1-3.
[17] – Al-Syed Ahmad Al-Hassan menyebut dalam Al-Mutasyabihaat:Jilid 1 c  2: halaman 3, dan halaman 17 dan 21. Dalam bahagian Al-Mutasyabihaat:Jilid  2: halaman 47, dan 48. Dalam Al-Mutasyabihaat:Jilid  III: C 2: halaman 103. Dan sumber-sumber lain. (Pengulas).
[18] – Al-Nisaa’ 4:64.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan