Halaman

Isnin, 29 Disember 2014

Soalan 537 Mengangkat Istana Balqis

Soalan 537
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

والصلاة والسلام على خير الخلق محمد وعلى آل يس والأئمة المهديين وسلم تسليماً.
إلى الإمام أحمد الحسن والأنصار،
الله يشهد والملائكة وأنتم أعلم بما هو عليه الآن من اليقين من قراءة كتبكم وبياناتكم وحججكم، ولكن أسرد موضع لي لكي يطمئن قلبي:

Salam atas kamu rahmat Allah dan berkatNya.. Selawat dan salam dan atas sebaik-baik penciptaan Muhammad dan Aali Yasin (Muhammad) dan Imam-imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan.

Kepada Imam Ahmad Al-Hassan dan ansar sekelian. Allah dan malaikat-malaikat menyaksikan, tuan mengajarkan apa yang ia kini merupakan keyakinan serelah membaca kitab dan keterangan dan hujjjah-hujjjah tuan yang kukuh, tetapi saya akan menyenaraikan pertanyaan saya untuk meyakinkan hati saya:

Pertamanya Kisah menteri (wazir) Nabi Sulaiman (as), Ashif bin Barkhia, kami berharap Imam dapat menerangkan hujjah-hujjah yang ada kepada kami; kerana alam Aali Bait dan Baqiah Allah sahaja yang dapat menenteramkannya.

S1: Apakah Kisah menteri (wazir) Nabi Sulaiman (as), Ashif bin Barkhia apabila dia membawa takhta Balqis?

S2: Apakah nama yang betul yang tuan tahu bagi menteri (wazir) Nabi Sulaiman (as)?

S3: Apakah nama kitab tempat dia mengambil ilmu darinya seperti yang disebutkan dalam Al-Quran?

S4: Apakah ilmu yang diambil dari kitab itu?

S5: Adakah Ashif membawa takhta dengan berdoa, atau apa? Dengan zikir-zikir? Jika ia merupakan satu doa atau sesuatu yang lain saya berharap tuan boleh menyatakannya?

Q6: Terangkan bagaimana takhta diangkat dari satu tempat ke tempat lain?

Semoga Allah menambah ilmu Al-Laduni dan melimpah cahaya atas tuan  dan cahaya-cahaya atas ansar-ansar tuan  yang tidak padam-padam walaupun dibenci oleh orang-orang musyrik.

Saya berharap agar ansar dapat menghantar soalan-soalan saya kepada Imam yang ma'sum dan merayu kepadanya agar mendoakan saya menyedarkan hati saya dan semoga berjaya dan tetap mengikut Khalifah Allah dengan bia’ah dan dan menyaksikan berketerampilan yang sungguh indah.

Penghantar: Abu Al-Redha - Oman

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.
.
﴿قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرّاً عِندَهُ قَالَ هَذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ﴾

(Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab: "Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip". Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia"). Al-Naml 27:40.

Semoga Allah memberikan kejayaan kepada anda semua dengan yang baik, dia adalah Washiy Nabi Sulaiman iaitu Ashif (as). Ada pun cara dia membawa takhta itu adalah dengan mengangkat dan saya telah menerangkan dan menjelaskannya, dan ia diterbitkan dalam kitab-kitab dan anda boleh membacanya.

Oleh kerana di sana tidak ada masa dan ruang untuk menjejaskan kerja pengangkutan, kerana semua urusan itu hanyalah pada menentukan pengangkatan pada dua tempat dan kemudian mengangkat takhta itu dari tempat pertama ke tempat kedua pada masa yang sama, dan dalam kerja mengangkat, tidak ada masa dan ruang, oleh itu tidak ada gerakan yang menyebabkan terlewat dalam mengangkutnya.

Apakah ilmu dari Al-Kitab, ia bukan hanya lafaz atau bantuan tetapi sebaliknya ia adalah hakikat yang kelihatan dan nyata (zahir dan tajalli) dalam halaman kewujudan manusia apabila dia ikhlas kepada Allah SWT dan setiap manusia mengikut tingkatannya. Seperti yang anda boleh lihat bahawa apa yang ditunjukkan (ditajallikan) oleh Ashif (as) adalah sebahagian daripada Al-Kitab:
﴿قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ﴾
(Berkata seorang yang mempunyai ilmu dari Al-Kitab), kerana apa yang ditunjukkan (ditajallikan) oleh Muhammad dan Aali Muhammad (as) ia adalah Al-Kitab seluruhnya sehingga mereka sendiri menjadi Kitab Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

﴿وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُواْ لَسْتَ مُرْسَلاً قُلْ كَفَى بِاللّهِ شَهِيداً بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ وَمَنْ عِندَهُ عِلْمُ الْكِتَابِ﴾

(Berkatalah orang-orang kafir: "Kamu bukan seorang yang dijadikan Rasul". Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu, dan antara orang yang mempunyai ilmu Al-Kitab."), [Al-Ra3d 13:43]          

Ini adalah kesaksian Ali (as), dan Allah SWT telah jelas menjelaskan bahawa Ali (as) adalah Kitab Allah dan semuanya disenaraikan di dalamnya, Dia SWT berfirman:

﴿إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ أحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ﴾

(Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam (Kitab) Induk yang nyata.). [Yaa Sin 36:12]           

Maka ketahuilah Allah menyesuaikan kepada kamu bahawa Kitab ini dari satu sisi adalah satu Tajalli Allah dalam penciptaan dan ia adalah Shurah Allah dan ia adalah Insan Kamil dan ia adalah Muhammad dan Aali Muhammad (as). Dan jika anda membaca apa yang saya tulis dalam buku, insyaallah anda akan diberi kejayaan untuk mengetahui bagaimana untuk menjawab soalan-soalan ini dan banyak lagi. Semoga Allah memberikan kejayaan anda dan menetapkan langkah-langkah anda untuk mengenal kebenaran.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Dan salam atas kamu, dan rahmat Allah serta keberkatannNya.

Ini adalah sebahagian daripada apa yang terdapat dalam Kitab [Ma3aa 3abdu Al-Sholeh] ini mengenai mengangkat dan ia disiarkan dalam laman web Ansar Al-Imam Mahdi (as) dan anda boleh membacanya:

(Maksud mengangkat) ...

Kenyataan mengenai cara mengangkat, dan ia adalah perkara kedua yang tinggal dari soalan sebelum ini di mana saya bertanya 3abdu Sholeh (as) mengenainya, dan saya berkata, "Sesungguhnya kami tidak berjaya menjelaskan cara mengangkat, atau saya tidak mengatakannya dengan jelas dan baik.

Jadi dia (3abdu Sholeh (as)) menjawab, (Berhubung dengan cara mengangkat saya akan berikan contoh, namun adakah anda tahu kalkulus dan penyatuan dalam matematik? Kerana contoh ini bergantung kepadanya.)

Jadi, saya berkata, "Saya tidak tahu."

Jadi dia (3abdu Sholeh (as)) berkata, (Alhamdu Lillah, adakah anda tahu garis lurus? Adakah anda tahu “infiniti” (tiada had/tak terhingg) yang dimaksudkan dalam matematik?

Walau apa pun, saya akan cuba untuk meletakkannya dalam cara (bentuk) yang semudah mungkin,

Andaikan anda mempunyai sebatang  kayu (tongkat/turus) dan anda meletakkannya secara menegak, kedudukan teratas bagi diri orang itu, atau tinggi orang itu, dan yang paling rendah bagi jasad orang itu, namun saya meminta anda mengambil perhatian bahawa ia adalah satu contoh dan bukan keadaan yang sebenarnya.

Sekarang, bahagikan kayu ini ke dalam keratan-keratan dalam fikiran anda, walau bagaimanapun, untuk hasil yang terbaik, keratan-keratan ini hendaklah yang sekecil (nipis) mungkin. Sekarang, lihat keratan-keratan ini, berapa banyak bilangannya?

Untuk mengetahuinya, anda perlu membahagikan panjang batang kayu dengan panjang keratan-keratan, jadi sebagai contoh jika panjang batang adalah 1, dan panjang keratan-keratan adalah sekecil mungkin, Adakah anda tahu berapa banyak jumlah yang lebih kecil yang sama panjang? Jumlah terkecil bentuk kewujudan, ia bukan sifar, tetapi hampir kepada sifar. Dan kerana nombor-nombor itu tidak terbatas, Ia tidak boleh dihadkan, tetapi mustahil untuk membayangkannya. Jadi ia bukan satu persepuluh, kerana seperseratus adalah lebih kecil, begitu juga satu per seribu lebih kecil, dan seterusnya, Jadi anda boleh menambah sifar hingga ke akhirnya, Oleh kerana jumlahnya adalah tak terhingga, jadi tanggapan kita hasilnya dengan hasil daripada pembahagian kepada sifar..

1/10 = 0.1
1/100 = 0.01
1/1000 = 0.001
1/1 000 000 = 0.000001

Jadi hasil daripada membahagikan panjang batang (kayu) kepada sifar yang sama panjang infiniti (tak terhingga). Dan kerana bilangannya bukan sifar sebaliknya ia adalah dekat dengannya, hasilnya akan menjadi seperti firman Allah,

﴿وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا﴾

{Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya.}, [Al-Nahl 16:18] 

Bermakna ia adalah mungkin untuk dikira; dari segi kemungkinan ia boleh dikira, tetapi pada hakikatnya adakah ia boleh dikira? Tidak, {Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya.}.

Sekarang, ayat ini juga menjelaskan kepada anda maknanya, mungkin sebelum ini anda telah bertanya diri anda: bagaimana nikmat Allah tidak boleh dikira dan bagaimana saya tidak boleh menghitungnya, walaupun pada zahirnya ia boleh dikira, bukankah begitu? Berapa banyakkah nikmat itu. Biarlah ia menjadi sebarang bilangan, ia masih boleh dikira. Walau bagaimanapun ia telah dijelaskan kepada anda mengapa ia tidak dapat dihitung, atau bahawa ia mustahil untuk dihitung pada kenyataannya, kerana pada hakikatnya ia melimpah ke atas semua kewujudan manusia, pada semua perwujudannya (Tajalliat). Jika anda mahu mengira semua perwujudan (Tajalliat) manusia, adakah mungkin anda dapat menghitungnya? Saya telah menjelaskannya dalam bentuk contoh bahawa ini adalah mustahil, adakah ia jelas sekarang?)

Jadi, saya berkata, "Ya."

Maka dia (3abdu Sholeh (as)) berkata, (Jangan berkata "Ya" jika ada sesuatu yang tidak jelas)

Dan sesungguhnya terdapat suatu perkara yang samar-samar dan tidak jelas, saya menyatakan dengan jelas dalam soalan saya, jadi saya berkata, "Adakah perwujudan (Tajalliat) manusia bermakna keadaan-keadaan yang berbeza yang dilalui seperti berdiri, duduk dan ... dan ..."

Jadi dia (as) berkata, (Tidak, saya akan berikan satu lagi contoh: marilah kita menganggap bahawa manusia adalah cahaya yang saya mahu ia sampai (pindah) ke suatu tempat tertentu, dan anda membuka sumber cahaya di suatu tempat, jadi bagaimana cahaya dihantar dari sumber dan dari tempat ke tempat yang lain? Ia berlaku oleh perwujudan (Tajalliat) pancaran demi pancaran ke arah sasaran pancaran-pancaran ini -. pergerakan pancaran-pancaran – ia adalah perwujudan (Tajalliat) manusia. yang pada hakikatnya, malah ianya kekal sebagai. pancaran-pancaran yang berterusan dan sentiasa diperbaharui, kerana sumbernya sentiasa menghantarnya. Jika penghantaran terputus, manusia akan binasa (mati) dan kembali kepada tiada.

Sekarang, jika saya membuat anda melangkah beberapa langkah ke belakang, ia tidak akan mengubah sesuatu pada anda. Anda hanya akan dapat dilihat dalam Alam Jasmani (dunia fizikal), dan anda akan mempunyai sebuah badan (jasad) yang lebih bersifat nur (banyak cahaya) dan tidak dibebani dengan kegelapan; inilah yang mengangkatnya dan ia adalah martabat. Jika saya mahu anda kembali beberapa langkah, anda akan dapat dilihat dan apa yang diperlukan (hajatkan) oleh penghuni di Alam Jasmani (dunia fizikal) untuk tinggal di dalamnya, demikian juga orang yang diangkat di antara manusia dan dia tiada padanya.

Oleh kerana manusia sebenarnya diibaratkan wujud perwujudannya (Tajalliat) yang bilangannya adalah dekat dengan yang tidak terhingga, Maka nikmat Ilahiyah kepadanya begitu banyak (tidak terkira). Sebagai manusia (fitrah manusia) terletak berhampiran dengan yang tidak terhingga, Dia adalah Allah SWT. Dia adalah Shurah Al-Lahut (Imej Ketuhanan). Itulah sebabnya Ali (as) berkata dalam menggambarkan keadaan manusia, "Anggaplah diri kamu menunjukkan yang kecil, sedangkan kamu berada dalam alam yang lebih besar." maka mungkin kamu akan dipayahkan, atau menganggu mu, maka maafkan aku.)

Ahmad Al-Hasan

Muharram / 1432


✡✡✡✡✡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan