Halaman

Selasa, 23 Disember 2014

Soalan 52: Tafsiran Ayat dari Surah Al-Fath 48:27

Soalan 52:
Apakah tafsiran tuan pada ayat yang mulia ini:

﴿لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيا بِالْحَقِّ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُؤُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لا تَخَافُونَ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِنْ دُونِ ذَلِكَ فَتْحاً قَرِيباً﴾

{Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya, tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat.} [Al-Fath 48:27]  [4].

Penghantar: Ibrahim Raghil

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.

Ayat ini menerangkan bahawa Rukya dari Allah
SWT, dan ia akan terjadi, Insya-Allah, walaupun selepas beberapa ketika, dan tidak mengingkarinya kecuali orang-orang zalim. Ini telah ditunaikan (berlaku) apa yang dijanjikan Allah atas rukya RasulNya dengan Fathu Makkah (Pembukaan Mekah) walaupun selepas beberapa lama, dan Pembukaan Khaibar adalah penaklukan yang hampir. Al-Quran masih hidup dan menjadi peredaran matahari dan bulan [5], Zaman ini ayat ini juga menjadi kenyataan sekali lagi, InsyaAllah.

Ada pun tafsiran tersirat, Pembukaan yang hampir Pembukaan yang nyata berlaku kepada Rasulullah (S). Telah diterangkan pada banyak tempat dalam Al-Fatehah dan Al-Mutasyabihaat, sila rujuk.

Dan jalan Pembukaan Yang Nyata bagi setiap manusia berkehendakkan usaha kepada Allah dengan Waliy Allah dan HujjahNya pada penciptaannya. Masjid Al-Haram ini adalah Waliy Allah dan orang-orang mukmin akan memasukinya, Insya-Allah, dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala, iaitu mereka tidak berfikir atau berpendapat sendiri, tetapi menyerah sepenuhnya. Yang memendekkan (rambut) tidak dalam martabat ini. Rambut adalah pemikiran dan pendapat manusia, maka mencukur atau memendekkannya bermakna menyerah bagi mereka yang bercukur atau memendekkannya dari sifat mulia.


✡✡✡✡✡
                                                 
______________________________
[4] - Al-Fath 48:27.
[5] - Dari Abdul Rahim Al-Qashir berkata : Pada suatu hari aku berada di sisi Abi Ja'far (as) berkata: Wahai Abdul Rahim, aku berkata: Ya Tuan, beliau berkata,
إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ
(Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.) [Al-Ra3d 13:7] 
ketika Rasulullah (sawas) bersabda: aku adalah pemberi peringatan dan Ali pemberi petunjuk (al-Hadi), dari siapakah pemberi petunjuk hari ini? Beliau berkata: Lama aku membisu dan kemudian aku angkat kepalaku, aku berkata, Semoga aku menjadi tebusan tuan, pada kamu para pewaris seorang demi seorang sehingga berakhir dari tuan, Semoga aku menjadi tebusan tuan - tuan adalah pemberi petunjuk (al-Hadi), beliau berkata: Benar kamu wahai Abdul Rahim, Bahawa Al-Quran hidup tidak mati, dan ayat-ayatnya hidup tidak mati, kalau ayat apabila diturunkan pada sesuatu kaum yang mati dan ayat yang mati maka matilah Al-Quran ) Bihar Al-Anwar: Jilid 53 halaman 403. (pengulas).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan