Halaman

Selasa, 23 Disember 2014

Soalan 55: Cara beriman Al-Sufahaak (orang-orang yang bodoh)

Soalan 55: Tolong jelaskan ayat berikut:

﴿وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ أَلا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لا يَعْلَمُونَ﴾

{Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman". Mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu.} [9].

Penghantar: Ibrahim Raghil

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.

Mereka ini adalah ahli-ahli ilmu (ulamak) yang tidak beramal (yang pasif) dan mengajak mereka yang jahil dan orang-orang bodoh [10].

                              
                        ✡✡✡✡✡
                                                 
______________________________
[9] – Al-Baqarah 2:13.
[10] - Telah diketahui bahawa ia juga berulang kembali seperti permulaan Islam, sebagaimana yang dikatakan Rasulullah (S), dan ayat ini ditafsirkan oleh para Imam (as) kepada mereka yang membantah Washiy (Pemegang Wasiat) Al-Rasul Muhammad (S), dan menggambarkan orang-orang bodoh yang percaya padanya. Pada hari ini ia berulang kepada orang-orang yang membantah Washiy Imam Mahdi (as) dan menggambarkan orang-orang yang percaya dengannya adalah orang-orang bodoh dan naif yang tidak menikmati (menilai) sesuatu dari ilmu pengetahuan, dan mereka mendustakan Washiy Imam Mahdi (as) dan menganggap diri mereka bapa kebijaksanaan, orang-orang seperti ini sama seperti orang-orang dahulu, kerana Al-Quran hidup tidak mati terpakai (digunakan) kepada Aushiak selepasnya, seperti yang digunakan mereka (as) yang terdahulu, seperti yang dinyatakan di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan