Halaman

Sabtu, 20 Disember 2014

Soalan 420: Musa (as) adalah Qaim Kaumnya

Soalan 420: Musa (as) adalah Qaim Kaumnya
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

السلام عليكم يا آل محمد ورحمة الله وبركاته،
Salam atas kamu wahai keluarga Muhammad dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.

السلام على يماني آل محمد (ع) وذريته الطيبين الطاهرين ورحمة الله وبركاته، السلام على أنصارك ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu Ya Yamani Aali Muhammad (as) dan keturunan mulia dari suci dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya. Salam atas ansar tuan dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.

Tuan, telah dinyatakan dalam Al-Quran Al-Karim ayat-ayat yang penuh keberkatan ini:

﴿وَلَقَدْ فَتَنَّا قَبْلَهُمْ قَوْمَ فِرْعَوْنَ وَجَاءهُمْ رَسُولٌ كَرِيمٌ * أَنْ أَدُّوا إِلَيَّ عِبَادَ اللَّهِ إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ﴾

{Sesungguhnya sebelum mereka telah Kami uji kaum Fir'aun dan telah datang kepada mereka seorang rasul yang mulia, * (dengan berkata): "Serahkanlah kepadaku hamba-hamba Allah. Sesungguhnya aku adalah utusan (Allah) yang dipercaya kepadamu,} [24].
                              
Siapakah Rasul ini, dan apakah had-had kemaksuman beliau sehingga Dia SWT berfirman:
{"Serahkanlah kepadaku hamba-hamba Allah. Sesungguhnya aku adalah utusan (Allah) yang dipercaya kepadamu,"}, dan apakah amanah yang yang telah dikaitkan dengan dirinya, dan adakah wujud sebelum kamu seorang Rasul dari Imam (as), dan apakah had-had Risalahnya, dan adakah terdapat Hauzah khusus atau untuk semus manusia? Dan Segala puji bagi Allah, semata-mata.

Penghantar: Syeikh Iyad - Iran

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.

Dia SWT berfirman:

﴿وَلَقَدْ فَتَنَّا قَبْلَهُمْ قَوْمَ فِرْعَوْنَ وَجَاءهُمْ رَسُولٌ كَرِيمٌ * أَنْ أَدُّوا إِلَيَّ عِبَادَ اللَّهِ إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ * وَأَنْ لَّا تَعْلُوا عَلَى اللَّهِ إِنِّي آتِيكُم بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ * وَإِنِّي عُذْتُ بِرَبِّي وَرَبِّكُمْ أَن تَرْجُمُونِ * وَإِنْ لَّمْ تُؤْمِنُوا لِي فَاعْتَزِلُونِ * فَدَعَا رَبَّهُ أَنَّ هَؤُلَاء قَوْمٌ مُّجْرِمُونَ  *فَأَسْرِ بِعِبَادِي لَيْلاً إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ * وَاتْرُكْ الْبَحْرَ رَهْواً إِنَّهُمْ جُندٌ مُّغْرَقُونَ﴾

{Sesungguhnya sebelum mereka telah Kami uji kaum Fir'aun dan telah datang kepada mereka seorang rasul yang mulia, * (dengan berkata): "Serahkanlah kepadaku hamba-hamba Allah. Sesungguhnya aku adalah utusan (Allah) yang dipercaya kepadamu" * dan janganlah kamu menyombongkan diri terhadap Allah. Sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa kuasa yang nyata.* Dan sesungguhnya aku berlindung kepada Tuhanku dan Tuhanmu, dari keinginanmu merejamku,* dan jika kamu tidak beriman kepadaku maka biarkanlah aku." * Kemudian dia berdoa kepada Tuhannya: "Bahawa mereka ini adalah kaum yang berdosa." * (Allah berfirman): "Maka berjalanlah kamu dengan membawa hamba-hamba-Ku pada malam hari, sesungguhnya kamu akan dikejar, *."dan biarkanlah laut itu tetap terbelah. Sesungguhnya mereka adalah tentera yang akan ditenggelamkan""} [25].
                                  
Ayat ini memperkatakan tentang Musa (as) dan ini adalah jelas dari pengenalan {Kaum Firaun} dan dari hujung {Sesungguhnya mereka adalah tentrra yang akan ditenggelamkan.}.

Dan ia telah ditetapkan sebagai contoh untuk umat manusia pada zaman Rasul Allah Muhammad (S) dan dalam zaman yang Al-Qa'im mengambil pengajaran dari mereka, kerana Musa (as) juga adalah Qa'im yang mereka tunggu-tunggu kedatangannya, seperti Qa'im Aali Muhammad.

Dia SWT berfirman:

﴿وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ * وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَنُرِي فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا مِنْهُم مَّا كَانُوا يَحْذَرُونَ﴾

{Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka imam-imam (pemimpin-pemimpin) dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi, * dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman beserta tenteranya apa yang selalu mereka khawatirkan dari mereka itu.} [26].

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Dan Salam ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.

Ahmad Al-Hassan
Rabi3 Al-Awaal, 1431 Hijrah



✡✡✡✡✡

______________________________
[2] Al-Quran Surah Ad-Dukhan  44:17-18.
[1] Al-Quran Surah Ad- Dukhan 44:17-24
[2] Al-Quran Surah Al-Qashash 28:5-6.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan