Halaman

Ahad, 21 Disember 2014

Soalan 421: Satu sumber hasil yang berbeza

Soalan 421:
السلام عليكم آل محمد ورحمة الله وبركاته، السلام على يماني آل محمد وعلى ذريتك الطيبين الطاهرين.

Salam ke atas kamu wahai keluarga Muhammad, dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya. Salam ke atas Yamani dari keluarga Muhammad dan atas zuriatnya yang Mulia dan Suci.

Telah dinyatakan dalam Al-Quran ayat yang berkah ini, ya tuan,:

﴿وَهُوَ الَّذِيَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِراً نُّخْرِجُ مِنْهُ حَبّاً مُّتَرَاكِباً وَمِنَ النَّخْلِ مِن طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنَّاتٍ مِّنْ أَعْنَابٍ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهاً وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ انظُرُواْ إِلِى ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ إِنَّ فِي ذَلِكُمْ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ﴾

{Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda bagi orang-orang yang beriman.} [27].
                            
Apakah maksud atau tafsir perkataan-perkataan daripada Ayat:
﴿مُشْتَبِهاً وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ﴾
{yang serupa dan yang tidak serupa},
dan bahawa Allah SWT berfirman tentang pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan dan mengatakan yang serupa dan yang tidak serupa, dengan itu, apakah yang Allah maksudkan dengannya, adakah ia dimaksudkan perkara yang sama *tersebut), atau yang pada Aali Muhammad (as). Segala puji tertentu bagi Allah semata-mata.

Penghantar: Syeikh Iyad - Iran

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.


Jika anda perhatikan daun dan ranting pokok zaitun dan pokok delima, anda akan dapati persamaan antara keduanya, bagaimanapun, buah-buah bagi kedua-duanya berbeza (tidak serupa).

Demikianlah Allah menzahirkan, ilmu-ilmu Auliak-Nya, pengetahuan yang boleh memberi manfaat pada hamba-hambaNya. Maka pada Auliak Allah mempunyai persamaan antara mereka, tetapi, ilmu-ilmu mereka dan hasil (buah-buah ranum) yang Allah zahirkan dari mereka tidak sama. Sebagai contoh, anda dapati bahawa Allah menzahirkan doa atas lisan Zain Al-Abidin Ali bin Al-Hussein (as), dan menzahirkan Fiqh-Nya atas lisan Al-Shadiq Ja'far bin Muhammad (as).

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.

Ahmad Al Hassan
Rabi3 Al-Awaal, 1431 Hijrah


✡✡✡✡✡

______________________________
[3] Al-Quran Surah Al-'An3ām  6:99.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan