Halaman

Sabtu, 20 Disember 2014

Soalan 419: Al-Maghfirah - Pengampunan

Soalan 419:


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Ya Allah berilah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
.
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴿مَثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ فِيهَا أَنْهَارٌ مِّن مَّاءٍ غَيْرِ آسِنٍ وَأَنْهَارٌ مِن لَّبَنٍ لَّمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُ وَأَنْهَارٌ مِّنْ خَمْرٍ لَّذَّةٍ لِّلشَّارِبِينَ وَأَنْهَارٌ مِّنْ عَسَلٍ مُّصَفًّى وَلَهُمْ فِيهَا مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ وَمَغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ كَمَنْ هُوَ خَالِدٌ فِي النَّارِ وَسُقُوا مَاءً حَمِيمًا فَقَطَّعَ أَمْعَاءَهُمْ﴾

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, {Apakah) perumpamaan (penghuni) syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?} [22].

Ayat Al-Quran ini memperkatakan tentang syurga dan janji Allah untuk orang yang bertakwa, yang disebutkan di dalamnya
﴿وَمَغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ﴾
{dan ampunan dari Tuhan mereka}, apa yang dimaksudkan dengan pengampunan ini jika mereka telah berada di dalam syurga, Pada asalnya ucapan kepada mereka supaya menjadi orang-orang bertakwa supaya mereka masuk syurga. Adakah keampunan sebelum mereka masuk syurga atau selepasnya? Dengan ini saya meminta kepada tuan mendoakan saya.

Pengirim: Ibn Al-Thaf - Iraq

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.

Dia SWT berfirman:

{Apakah) perumpamaan (penghuni) syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?}.

Orang-orang yang bertakwa mereka adalah Muhammad dan dan Aali Muhammad dan Shi3ah (pengikut) mereka, dan mereka adalah ahli-ahli Syurga dan keampunan.
               
Pada martabat pengampunan, semua orang daripada mereka menurut keadaannya. Sebahagian dari mereka ada yang diampunkan oleh Allah dengan menutup dosa-dosa dan kesalahan mereka, maka Allah melupakannya sehinggakan dilupakan pada malaikat Al-Katibain [Dua Penulis] dan oleh semua orang yang kenal atau yang melalui atas dosa-dosa mereka dari hamba-hamba-Nya, bahkan mereka sendiri lupa dosa-dosa mereka. Oleh itu, dosa dan kesalahan mereka tidak menjadi sebab untuk menghalang nikmat Syurga yang telah dikurniakan Allah kepada mereka.

Dan di antara mereka ada orang-orang yang mempunyai Maqam yang lebih tinggi dan pengampunan mereka adalah pembukaan yang nyata dan pengampunan dosa diampunkan bagi Muhammad (S), iaitu pengampunan dosa  Al-Ana (keakuan), bagaimanapun, pada darjat di bawah Muhammad (S), saya telah banyak menjelaskan perkara ini di pelbagai tempat dan kesempatan, dan ia membolehkan  anda, dan Semoga Allah memberi anda kejayaan, untuk merujuknya dalam Al-Mutasyabihat.

Dia SWT berfirman, memperkatakan Muhammad (S):

﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحاً مُّبِيناً * لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطاً مُّسْتَقِيماً﴾

{Sesungguhnya Kami telah bukakan kepadamu pembukaan (kemenangan) yang nyata: * supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus.} [23].

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Dan Salam ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.

Ahmad Al Hassan
Rabi Al-Awaal, 1431 Hijrah



✡✡✡✡✡
______________________________
[22] Al-Quran Surah Muhammad 47:15.
[23] Al-Quran Surah Al-Fath 48:1-2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan