Halaman

Khamis, 18 Disember 2014

Soalan 408: Isra' - Mi'raj roh sahaja atau jasad dan roh?


Soalan 408:
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Ya Allah berilah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
Salam ke atas kamu dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya.

Dia SWT berfirman:

﴿سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ﴾

{Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjid Al-Haram ke Al-Masjid Al-Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.} [13].

1 - Bagaimana Isra' berlaku? Adakah dengan roh  sahaja atau jasad dan roh?
2 - Isra', adakah ia sebelum Mi'raj atau selepasnya?
3 - Apakah yang dimaksudkan dengan Al-Masjid Al-Haram dan Al-Masjid Al-Aqsha?
4 - Barkah diandaikan pada Al-Masjid Al-Aqsha dan apa yang dimaksudkan dengan yang di sekelilingnya??

Ini adalah sejumlah soalan yang ditanya oleh saudara-saudara dari kalangan Ansar, dan orang yang menyoal itu meminta jawapan dari washiy dan utusan Imam Al-Mahdi (as), adalah diketahui bahawa penyoal adalah dari penganut gerakan Ahmadiyah. Kami memohon kepada Allah agar Dia menyelamatkan kita dan redha-Nya, dan redha waliy-Nya,
dan Salam ke atas kamu dan rahmat dan berkat dari Nya.

Pengirim: Hassan Al Jaabiri

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi.

Jawapan 1: Perjalanan Malam (Isra ') adalah dengan roh dan jasad pada masa yang sama, manakala Al-Mi'raj (kenaikan) dengan roh dan jasad yang sesuai (Al-Jasad Al-Mitsali), yang sepadan dengan setiap Langit, Firman Allah SWT:

﴿فِي أَيِّ صُورَةٍ مَّا شَاء رَكَّبَكَ﴾

{dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.} [14].

Jawapan 2: Mi'raj (kenaikan) berlaku lebih daripada satu kali, Mir'aj telah berlaku sebelum Al-Isra' (Perjalanan Malam) dan juga berlaku selepasnya.

Jawapan 3: Al-Masjid Al-Haram adalah Ka'bah, dan Al-Masjid Al-Aqsha adalah Bait Al-Rabb (Rumah Tuhan) atau Bait Al-Taqarrab (Rumah keakraban) atau Al-Qurbaan atau Haikal Sulaiman (as). dan dinamakan Haikal Sulaiman, kerana Nabi Allah Sulaiman-lah yang membinanya.

Jawapan 4: Keberkatan adalah limpah kurnia Ilahi yang diturunkan kepada penduduk Bumi.

Semoga Allah memberikan anda kejayaan dalam semua perkara yang baik,

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam atas kamu dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya.

Ahmad Al-Hassan
Zhul-Hijjah, 1430 Hijrah


✡✡✡✡✡

______________________________
[13] Al-Quran Surah Al-Isrā' 17:1.
[14] Al-Quran Surah Al-'Infiţhār 82:8.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan