Halaman

Khamis, 18 Disember 2014

Soalan 407: Apakah doa, wiriid dan zikir cadangan Tuan?

Soalan 407: Ditujukan kepada Al-Syed Ahmad ibn Al-Hassan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،
اللهم صل على محمد وآل محمد الطيبين الطاهرين الأشراف وعجل فرجهم.

Salam ke atas kamu dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya, Ya Allah! Berilah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad yang Baik, Suci dan Mulia. percepatkanlan kelapangan mereka.

Saya salah seorang ansar Al-Syed Al-Yamani, dengan izin Allah, dan saya memerlukan nasihat pengetahuan dan tunjuk ajar cadangan daripada Tuan, dan saya ingin [tahu] jika terdapat satu Doa-doa atau wirid-wirid dan zikir-zikir tertentu yang disarankan oleh Tuan (Semoga Allah memelihara dan melindunginya).

Saya mengalami masalah sukar dan saya ingin mengatasinya dengan berkat Al-Syed Al-Yamani.

Pengirim ini: Hany

Jawapan:


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.

Semoga Allah memberikan kamu kebaikan, terdapat doa dan al-Quran Ayat-ayat dan ibadah yang saya telah mengarahkan Ansar untuk supaya mereka boleh membacanya dan beramal dengannya dan untuk mendekat diri kepada Allah dengannya.

Anda mungkin boleh mendapatkan dari mereka, dan mereka, Insya Allah, tidak akan menghalang anda dalam menyampaikannya. Dan ketahuilah bahawa, amalan adalah asas (titik permulaan / teras) untuk mendekatkan diri kepada Allah, kerana tidak ada kebaikan bagi ilmu tanpa amal. Oleh itu, apabila anda mulakan dengan diri anda sendiri dan memperbaiki melalui amalan dengan apa yang telah diperintahkan Allah. Sebaik-baik amalan kini adalah menyampaikan kebenaran kepada manusia untuk menyelamatkan mereka dari jaringan (perangkap) iblis (laknahu Allah), kerana sesungguhnya jika Allah memberi petunjuk (hidayah) kepada manusia melalui anda adalah lebih baik untuk anda daripada semua harta di dunia ini.

Dan Semoga Allah memberi anda kejayaan dan membimbing anda dan memudahkan urusan anda untuk perkara-perkara yang diredhai-Nya SWT.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Dan Salam ke atas kamu dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya.

Ahmad Al Hassan
Zhul-Hijjah, 1430 Hijrah


✡✡✡✡✡

                                                       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan