Halaman

Khamis, 18 Disember 2014

Soalan 409: Antara Al-Hussein atau seumpama Al-Hussein (as)

Soalan 409:

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Selepas saya berserah diri kepada Allah SWT, dan mengikuti kebenaran serta menjadi penyokong mu, Ya Tuan, Ya Maulai, saya melihat diri saya mendengar Al-Quran Al-Karim dengan cara pendengaran yang berbeza. Sebagai contoh, selepas saya mendengar hari ini dari bacaan Al-Quran Al-Karim Surah Yaa Siin Saya dapati diri saya memikirkan ayat di bawah:

﴿وَضَرَبَ لَنَا مَثَلاً وَنَسِيَ خَلْقَهُ قَالَ مَنْ يُحْيِي الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ﴾

{Dan ia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?"} [15]. 

﴿أَوَلَيْسَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يَخْلُقَ مِثْلَهُم بَلَى وَهُوَ الْخَلَّاقُ الْعَلِيمُ * إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئاً أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ﴾

{Dan tidakkah yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Bahkan, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. * Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.} [16].

Dan saya berkata kepada diri saya sendiri bahawa Allah SWT, akan mengembalikan semula Al-Hussein (as) pada zaman Imam Al-Mahdi (as), yang akan mendedahkan penindasan, dan pada masa ini orang akan berkata: Bagaimana Imam Al-Hussein (as) wujud padahal dia telah mati? Ini adalah pengetahuan yang saya telah dengar sebelum saya menjadi penyokong tuan, Ya Tuan, Ya Maulai, bahawa Imam al-Mahdi (as) pada zaman kemunculannya akan mendedahkan penindasan ke atas Ahl Al-Bayt (as) dengan beberapa cara, Maka saya, dan saya berlindung dari kalimah keakuan [Al-Ana], atas kebenaran kata-kata ini, atau atas kepalsuan?? Sila menasihati saya, semoga Allah memberi tuan pertolongan.

Pengirim: Um Mushthafa

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi.

Mempelajari Al-Quran dan merenungkan ayat-ayat Allah dan berpaling kepada Allah dan AuliakNya untuk memahami al-Quran dan Kerajaan Langit dan perkara-perkara yang ghaib adalah menjadi seruan (gesaan) Al-Rasul Muhammad (S) dan para Imam (as).

Maka anda telah mempelajari Al-Quran dan merenungkan ayat-ayat Allah dan berpaling kepada Allah dan AuliakNya untuk memahami hakikat-hakikat; walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa setiap pemahaman anda adalah benar, kerana sesungguhnya, diri, keinginan, dunia, dan syaitan boleh menjadikan kamu melakukan kesilapan dalam memahami kebenaran. Oleh itu, makrifah memerlukan keikhlasan kepada Allah Yang Maha Suci, yang memelihara [melindungi] manusia dari didatangi kebatilan kepadanya.

Bagi FirmanNya SWT:

﴿أَوَلَيْسَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يَخْلُقَ مِثْلَهُم بَلَى وَهُوَ الْخَلَّاقُ الْعَلِيمُ﴾

{Dan tidakkah yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Bahkan, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.}


Sesungguhnya, ia juga terpakai kepada Al-Hussein (as), tetapi juga dengan mengambil iktibar FirmanNya SWT,
﴿يَخْلُقَ مِثْلَهُم﴾
{menciptakan yang serupa dengan itu} yang bermaksud, seumpama Al-Hussein (as) dan bukan dia sendiri (as), dan semoga Allah memberikan anda kejayaan dalam semua perkara yang baik.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dan Salam ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.

Ahmad Al Hassan
Zhul-Hijjah, 1430 Hijrah



✡✡✡✡✡

______________________________
[15] Al-Quran Surah Yaa Siin 36:78.

[16] Al-Quran Surah Yaa Siin 36:81 & 82.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan