Halaman

Khamis, 2 Oktober 2014

Ansar meriwayatkan cerita yang luar biasa mengenai Ahmad (as)

Kiriman: ossama

Tue 4 Feb 2014 17:24

Ansar meriwayatkan cerita yang luar biasa mengenai Ahmad (as).

Syeikh Badr dari Ansar Imam Al-Mahdi (as) menceritakan kepada kami beberapa cerita mengenai Al-Yamani Ahmad (as) itu. Beliau adalah salah seorang Ansar yang bertemu Imam (as) banyak kali.

Dia berkata:


''Saya ceritakan kepada saudara kesaksian salah seorang daripada wakil-wakil ulamak mengenai Ahmad Al Hassan (as).

Al-Syed (as) menghantar saya pada suatu hari kepada salah seorang wakil yang tinggal di Najaf, untuk tujuan berdakwah kepadanya. Namanya ialah Syeikh Mohammad Amin Suoody. Wakil ini adalah salah seorang yang kenal Al-Syed (as). Jadi Al-Syed (as) menghantar saya kepadanya. Selepas memberinya dakwah, Syeikh itu menolak dakwaan Ahmad Al Hassan (as) dan tidak beriman kepadanya.

Selepas saya selesai memberi dakwah kepadanya, saya bertanya kepadanya mengenai akhlak Al-Syed (as). Beliau berkata pelajar-pelajar hauzah selalu memanggil Ahmad “Al-Basriy'', yang benar dan yang amanah. Beliau juga berkata bahawa apabila Al-Syed (as) berkata-kata, dia hanya akan berbuat demikian dengan merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran dan riwayat dari Aali Muhammad (as). Sesungguhnya orang-orang tidak akan faham bagaimana Syeikh ini tidak percaya pada Imam (as). Syeikh ini menjawab dengan bertanya soalan kepada saya, ''Mengapa bukan saya yang dihantar (diutus) oleh Imam Al-Mahdi (as) mengapa pula dia Ahmad Al-Basriy??!!!.

Dari peristiwa-peristiwa yang aneh dan luar biasa yang berlaku dalam dakwah ini adalah cerita-cerita berikut

Satu hari, saya pergi untuk memberikan dakwah kepada Syeikh yang tinggal di dalam Makam Amir Al-Mukminin (as). Saya memberikan dakwah kepada salah seorang dari mereka, dan saya memberitahunya bahawa Imam Al-Mahdi (as) telah menghantar utusannya '' Ahmad Al-Hassan (as)'. apabila saya selesai berbuat demikian, seorang lelaki yang duduk di sebelah kepala makam Abu Turab (as) berkata kepada saya, “Apa yang kamu cakapkan ni?” Jadi saya beritahu kepadanya. Lalu dia berkata kepada saya “Adakah kamu beriman kepadanya?” Saya berkata kepadanya, ''Ya! Jika Allah SWT menerima saya,'' Jadi dia terdiam.

Saya meninggalkan makam Haydari menghala ke Jalan Al-Thusi apabila saya melihat orang yang sama yang bercakap dengan saya sebelum ini. Saya terkejut kerana saya meninggalkan dia semasa dia sedang membaca Doa. Kemudian dia memanggil saya dari jauh dan di tangan beliau ada kain Kafan. Dan dia berkata kepada saya, “Apabila kamu memberikan dakwah kepada sesiapa mengenai perkara ini, jangan keluarkan semua bukti-bukti, tetapi bawakan satu bukti dan kembangkannya dan kemudian berikan persoalan lanjut.” Maka, saya berkata kepadanya, Adakah kamu mempunyai pengetahuan tentang perkara ini?” Maka dia berkata kepada saya, “Saya tahu segala-galanya,” lalu saya berkata kepadanya, “Apakah nama Tuan? dia berkata kepada saya, “Nama saya Faidullah.” Saya berkata kepadanya, ''Siapakah sebenarnya Tuan? Jadi dia berkata, “Kami adalah orang-orang yang membawa selimut di bahu.” Lali dia pergi dan saya tidak melihat beliau lagi.

Pada hari yang sama, saya kembali ke rumah, dan Allah SWT memberikan saya kejayaan dengan membaca Kitab Al-3ijl (Anak Lembu). Apabila saya mulakan dengan “Ditujukan khas” yang merupakan halaman permulaan dari kitab itu, '' Ia mengatakan, ''Untuk orang-orang yang membuka selimut mereka dan berjuang ke jalan Allah.” Jadi, saya teringat kata-kata manusia suci tersebut. Selepas satu tempoh masa, saya diberi penghormatan bertemu Al-Syed (as) dan memberitahunya segala-gala yang berlaku kepada saya. Dia hanya berkata kepada saya, ''insyaallah Khair.”

Dan daripada kisah-kisah pelik adalah Imam Al-Mahdi (as) memberitahu seseorang dakwah suci Al-Syed (as) berdekad-dekad sebelumnya. Pada suatu hari, beberapa orang ansar pergi menziarahi Imam Al Hussein (as) dengan berjalan kaki. Mereka tidak akan berehat kecuali oleh suatu Istikharah. Dan Istikharahnya baik pada salah sebuah rumah dalam perjalanan. Pemilik rumah itu mengalu-alukan ansar-ansar tersebut. Beliau adalah seorang lelaki tua. Selepas dia menunjukkan layanan baik kepada ansar, mereka menyampaikan khabar utusan kepada Imam (as). Lalu orang tua itu menjawab, ''Namanya ialah Ahmad Al-Hassan dan dia dari Basrah? Maka mereka berkata kepadanya ''Ya.” Beliau berkata kepada mereka, ''Saya tahu sejak 40 tahun lalu. Jadi mereka ansar-ansar sangat ingin tahu dan berusaha untuk mengetahui selanjutnya dengan mereka melawat orang ini sekali lagi kemudiannya.

Saya bersama Syeikh-Syeikh dan Syed-Syed dari ansar termasuk Syed Hassan Al Hamami, Syeikh Hazim Al Haqani, Syed Talib Al Safi, Syeikh Muhammad Al Hereshawi, dan Syeikh Hamud Al Kinani dan Syeikh Hasan Al Kinani.

Orang tua itu menyambut kami sekali lagi. Kami memberitahu beliau untuk memberitahu kami mengenai cerita yang menakjubkan itu. Beliau menangguhkannya sehingga saudara-saudaranya datang dan mereka sendiri menyaksikan perkara ini. Kemudian dia berkata

''Ketika saya masih muda, saya telah berkhidmat kepada para pengunjung Imam Al-Hussein (as). Terdapat seorang lelaki yang membantu saya dan dia menjadi kawan saya. Pada suatu hari, lelaki itu memanggil saya dengan nama ibu saya tetapi bukan nama yang sama yang saya tahu mengenai ibu saya. Kemudian saya bertanyakan ibu saya mengenai nama itu dan dia berkata kepada saya, ''Ya, itu adalah nama sebenar ibu, tetapi ibu bapa ibu menukarnya beberapa tahun kemudian. Dan hanya beberapa orang yang mengetahui perkara ini.”
Selepas itu, saya bertemu dengan orang tersebut, dan saya bertanya kepadanya tentang namanya. Dia memberitahu saya, ''Nama saya seperti nama kamu. Saya dipanggil Mahdi, dan mereka memanggil saya Abu Shalih, jadi panggillah saya seperti mereka memanggil kamu.” Kemudian dia mula menceritakan kepada saya beberapa cerita yang penuh dengan keajaiban. Satu hari, beliau menjemput saya untuk pergi menziarahi Imam Al Hussein (as) dengan berjalan kaki. Saya minta kebenaran daripada bapa saya, dan dia mengizinkannya saya. Saya dan lelaki itu bergerak sebelum Azan Maghrib dan tiba tepat pada waktu Azan. Saya tidak sedar perjalanan itu, tetapi saya melihat seolah=olah bumi dilipat untuk kami.

Saya sangat ingin tahu, kemahuan untuk tahu siapa lelaki ini. Saya bertanya dia lagi, ''Siapakah kamu wahai Tuan?” Dia berkata kepada saya, ''Saya akan beritahu kamu, tetapi jika kamu beritahu sesiapa mengenainya, maka kamu tidak akan melihat saya lagi kecuali di dalam kerajaan langit (malakut). Saya bersetuju. Dia berkata kepada saya, ''Saya Imam Al-Mahdi anak Al-Hassan Al-Askary (as). Lalu saya menangis dan terus mencium tangannya dan bertanya kepadanya tentang Masa Kemunculan. Dia menjawab dengan berkata, “Allah SWT akan menghantar seorang rasul (utusan) dari saya. Namanya Ahmad dan dia adalah dari Basrah.

Saya berkata kepadanya “Wahai tuan terdapat ramai orang di Basrah dengan nama itu,” dia berkata '"Dia dipanggil Ahmad Al-Hassan (as) dan dia berkata kepada saya, “Jangan berpaling daripada memberikan dia kemenangan. Dia akan mempunyai penghijrahan, jadi ikutilah dia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas tanah.” Dan dari rasa yang sangat bahagia, saya berjumpa kepada keluarga saya dan memberitahu mereka berita tersebut kerana saya tidak dapat menanggung betapa beratnya apa yang dia beritahu kepada saya. Saya juga memberitahu saudara-mara saya, jadi mereka mengoyakkan pakaian saya untuk mengambil berkat daripada saya dan mencium mata saya. Dan selepas lelaki itu selesai dari bercakap, dia memberi tahu saudara-maranya yang hadir dalam perhimpunan tersebut untuk menjadi saksi (berbai’ah) dan mereka melakukannya.

Jadi lelaki itu serta-merta beriman dengan Imam (as). Anak-anaknya menyumbang kepada perubahan jalan yang membawa ke makam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan