Halaman

Khamis, 3 Julai 2014

Solat nafilah 1000 rakaat anjuran Imam Ahmad Al Hassan AS pada malam bulan Ramadhan

Kiriman Muhammad Eshraq

Assalamualaikum wbt…

Berikut adalah perincian solat nafilah 1000 rakaat yang dianjurkan oleh Imam Ahmad Al Hassan AS pada malam hari di bulan ramadhan. Semoga dapat sama-sama kita amalkan dan masih belum terlambat lagi, insya Allah.

Soalan: apakah dia solat nafilah di bulan Ramadhan?

Jawapan: Ia adalah solat 1000 rakaat di bulan ramadhan sebagai tambahan kepada solat nawafil yang sedia ada (setiap hari). Bersolat nafilah 20 rakaat pada setiap malam: 8 rakaat selepas solat maghrib dan 12 rakaat selepas solat isyak, oleh itu, jumlah keseluruhan rakaat solat sepanjang 20 hari pertama adalah 400 rakaat. Pada sepuluh malam terakhir hendaklah bersolat nafilah 30 rakaat sebagaimana tertib berikut iaitu 12 rakaat selepas maghrib dan 18 rakaat selepas isyak, jumlah keseluruhan rakaat solat sepanjang 10 hari terakhir adalah 300 rakaat. Dan pada tiga malam yang ganjil iaitu 19, 21 dan 23 ramadhan, hendaklah bersolat nafilah 100 rakaat pada setiap malam, oleh itu, jumlah keseluruhan rakaat solat nafilah menjadi 1000 rakaat. Perhatikan juga bahawa keseluruhan rakaat solat nafilah pada malam ke 19 menjadi 120 rakaat (100 rakaat + 20 rakaat yang ditunaikan pada setiap malam di sepanjang 20 hari pertama). Dan jumlah keseluruhan rakaat solat nafilah pada malam 21 dan 23 ramadhan adalah 130 rakaat (100 rakaat + 30 rakaat yang ditunaikan pada 10 malam yang terakhir).

Jika terkurang dan hanya menunaikan 100 rakaat solat nafilah sahaja pada malam ganjil iaitu dia tidak menunaikan 20 rakaat lagi solat nafilah pada malam ke 19 dan 30 rakaat lagi solat nafilah pada malam ke 21 dan ke 23, bermakna ada 80 rakaat (20 + 30 + 30) lagi berbaki yang perlu ditunaikan, maka hendaklah melunaskan solat tersebut pada setiap kali jumaat dengan melaksanakan 10 rakaat solat Ali, Fatimah dan Ja’far (jumlah keseluruhan 40 rakaat mengambilkira wujud 4 kali jumaat dalam bulan Ramadhan). Dan pada jumaat terakhir di bulan Ramadhan menunaikan solat Ali AS sebanyak 20 rakaat dan menunaikan solat Fatimah pada malam harinya sebanyak 20 rakaat lagi.

Solat Amirul Mukminin Ali AS: solat 4 rakaat dengan dua kali tasyahud dan dua kali salam, di bacakan pada setiap rakaat: 1 kali surah “Al Hamd” dan 50 kali surah At-Tauhid/ Al-Ikhlas.
Solat Fatimah AS: solat 2 rakaat, dibacakan pada rakaat pertama 1 kali surah “Al Hamd” dan 10 kali surah “Al-Qadr”. Pada rakaat kedua dibacakan 1 kali surah “Al-Hamd” dan 10 kali surah At-Tauhid/ Al-Ikhlas.

Solat Ja’far AS: solat 4 rakaat dengan 2 kali salam, dibacakan pada rakaat yang pertama 1 kali surah “Al Hamd” dan 1 kali surah “Al-Zalzalah”, kemudian membaca sebanyak 15 kali “Subhanallah wal Hamdulillah wala Ilaha illalLah walLahu Akbar”, dan membacakannya sebanyak 10 kali juga di dalam ruku’, selepas bangun dari ruju’, sujud pertama, duduk antara dua sujud, sujud kedua dan selepas bangun dari sujud kedua, maka itu, jumlah kesemuanya adalah 75 kali pada setiap rakaat. Dan dibacakan pada rakaat kedua surah “Al Hamd” dan 1 kali surah “wal’adiyat”: rakaat ketiga surah “Al Hamd” dan surah “iza jaa’a nashrulLah”: dan pada rakaat keempat surah “Al Hamd” dan surah “At-Tauhid”. Disunatkan membaca doa yang dikhususkan pada sujud yang terakhir.

Rujukan: Kitab Ahkam As-Syariah baina As-Saili wal mujib, jilid 2 (bab solat), ms 106 dan 107.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan