Halaman

Khamis, 3 Julai 2014

Soalan 126: Manusia yang paling banyak membantah

Soalan 126: Apakah maksud ayat ini :

﴿وَكَانَ الإِنْسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلاً﴾

 Dan adalah manusia yang paling banyak membantah. [38]?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                   
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Manusia makhluk yang paling banyak kekuatan untuk mengenal (makrifah) nama-nama Allah SWT, dan fitrah manusia adalah fitrah yang lebih luas dan lebih besar, dan seperti yang dinyatakan dalam hadits: (Sesungguhnya Allah menciptakan Adam atas shurahNya (imej-bentuk rupa)) [39], iaitu, bahawa manusia secara fitrahnya menunjukkan nama-nama Allah Yang Maha Suci, maka itulah wajah Allah Yang Maha Suci di dalam penciptaanNya, dan nama-namaNya yang baik (Asmaa Al-Husna) dalam penciptaan. Maka perbahasan di dalam ayat itu yang bermaksud: Perkataan dan penghujahan yang benar (haq) ke atas ahli batil, dan manusia itu adalah: (Ali ibn Abi Talib (as)) [40].

Ada pun manusia itu akan menjadi lebih teruk jika dia berhujah dengan kebatilan, kerana perdebatan ahli batil yang bodoh dan lemah jika dipertimbangkan kepada akal yang sihat, yang menimbang perkara-perkara yang jauh dari keinginan hawa nafsu, ketaksuban dan fanatik.



✡✡✡✡✡

-----------------------------
[38] – Al-Kahfi 18:54.
[39] – Al-Kafi: Jilid. 1, halaman  134 hadits 4.
[40] – di salin oleh Ib Syahrasyub dari Rasulullah (sawas): (... dan adalah manusia itu: iaitu, Ali ibn Abi Talib, yang paling banyak mendebat: ertinya orang yang berkata dengan kebenaran dan kejujuran) Manaqib Aali Abi Talib: Jilid. 1, halaman  324.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan