Halaman

Khamis, 3 Julai 2014

Soalan 124: Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda,

Soalan 124: Apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata Yang Maha Tinggi:

﴿وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ وَالنَّهارَ آيَتَيْنِ فَمَحَوْنا آيَةَ اللَّيْلِ وَجَعَلْنا آيَةَ النَّهارِ مُبْصِرَةً لِتَبْتَغُوا فَضْلاً مِنْ رَبِّكُمْ وَلِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسابَ وَكُلَّ شَيْ‏ءٍ فَصَّلْناهُ تَفْصِيلاً﴾

Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan terperinci. [33]

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Dari Abi Bashir darinya (as),
﴿فَمَحَوْنا آيَةَ اللَّيْلِ﴾
[lalu Kami hapuskan tanda malam], katanya: "ia adalah kehitaman pada bulan." [34]


Dan juga dari Amir Al-Mukminin (as), apabila ditanya mengenai kehitaman bulan, berkata (as): Dia berfirman:
﴿فَمَحَوْنا آيَةَ اللَّيْلِ﴾
 [lalu Kami hapuskan tanda malam], [35]
Sesungguhnya, tanda malam adalah bulan manakala tanda siang hari adalah matahari.

Bulan adalah planet yang gelap yang mengambil cahayanya dari matahari dan matahari adalah bintang bercahaya. Pada kewujudan tanda pada Matahari dan Bulan, malam dan siang hari berpunca daripada ketiadaan salah satu dan kemunculan yang satu lagi menjadi bukti-bukti yang jelas dan susunan yang tepat terperinci.
﴿وَكُلَّ شَيْ‏ءٍ فَصَّلْناهُ تَفْصِيلاً﴾.
[Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan terperinci]

Maksud batin (mendalam) ayat ini: Bahawa Matahari, adalah Hujjah atas penciptaan, manakala Bulan adalah Penggantinya (washiynya). Maka, Rasulullah (sawas(,adalah Matahari dan Ali (as) adalah Bulan. Oleh itu, dalam setiap zaman Matahari adalah Hujjah atas penciptaan manakala Bulan adalah Penggantinya (washiynya)yang mengambil dari Hujjah atas penciptaan. Bahawa, malam, ia adalah kegelapan dan ketidakadilan dan pemerintah yang zalim, manakala siang hari adalah cahaya dan keadilan serta pemerintah Kebenaran. [36]

﴿فَمَحَوْنا آيَةَ اللَّيْلِ﴾
 [lalu Kami hapuskan tanda malam]:
Tanda Malam adalah Bulan, dan ia adalah Pengganti dan juga merupakan Hujjah atas penciptaan. Dihapuskannya kegelapan dan ketidakadilan yang meliputi kebenaran dan menghalang dari haknya. Tidak bergerak sesuatu kecuali dengan perintah Allah SWT. Oleh itu ini adalah disebabkan perintah ini dari Yang Maha Suci lagi Tinggi. dan jika Yang Maha Suci berkehandak menunjukkan tanda malam ia adalah Bulan dan Pengganti. Seperti halnya pada zaman Imam Mahdi (as),

﴿وَجَعَلْنا آيَةَ النَّهارِ مُبْصِرَةً﴾
[dan Kami jadikan tanda siang itu terang,]: Ia adalah matahari dan Hujjah atas penciptaan, apabila perintahNya menjadi jelas pada siang hari atas ketua-ketua yang menyaksikan dan ketua-ketua yang tunduk di hadapan-Nya dan orang-orang yang mematuhi Kebenaran-Nya.

﴿لِتَبْتَغُوا فَضْلاً مِنْ رَبِّكُمْ ﴾
[agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu]: Limpah kurnia Allah SWT adalah limpah kurnia dari akhirat dan itu adalah limpah kurnia sebenar. Oleh itu, mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu adalah dengan amalan soleh bersama Imam Hujjah, berjihad bersamanya. Dan dari limpah kurnia ilmu dan makrifah dengan Allah SWT, dengan Nabi-nabiNya, dengan Rasul-Nya dan dengan Kitab-Nya dan cerita-cerita umat sebelum kamu dan hisab pada hari kiamat, dan mempelajari segala sesuatu mengenai Allah dengan Kitab-kitabNya secara terperinci.



✡✡✡✡✡

------------------------------
[33] - Al-Isra: 12.
[34] - Tafsir Al-3iyasyi: Jilid. 2, halaman  283.
[35] - Tafsir Al-3iyasyi: Jilid. 2, halaman  83.
[36] - Dari Abi Bashir dari Abu Abdullah (as)
berkata: Aku bertanya kepadanya tentang firman Allah:
(والشمس وضحاها)
(Demi matahari dan cahayanya di pagi hari,) katanya: matahari Rasulullah (sawas) Allah menjelaskan melalui baginda kepada manusia agama mereka, aku berkata
(والقمر إذا تلاها)
(dan bulan apabila mengiringinya,)
katanya itu Amir Al-Mukminin (as), aku berkata
(والنهار إذا جلاها)
(dan siang apabila menampakkannya,) katanya itu Imam Mahdi dari zuriat Fatimah (as), ditanya kepada Rasulullah (sawas) ditunjukkan mereka yang bertanya, diceritakan Allah Yang Maha Suci mengenainya, dengan firmanNya:
(والنهار إذا جلاهـا)
(dan siang apabila menampakkannya). aku berkata
(والليل إذا يغشاها)
(dan malam apabila menutupinya,)
katanya itu imam-imam yang tidak adil yang zalim dengan urusan (perintah) selain dari Aali Rasul Allah (sawas) dan menduduki kedudukan kepunyaan Aali Rasul Allah (sawas) yang utama dari mereka, diselewengkan agama Rasul Allah (sawas) dengan ketidakadilan dan kezaliman, itulah firmanNya
(والليل إذا يغشاها)

 (dan dan malam apabila menutupinya), katanya: yang meliputi kegelapan malam dengan cahaya siang hari ...) Bihar Al-Anwar: Jilid. 24, halaman 70.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan