Halaman

Rabu, 2 Julai 2014

Soalan 123: Imam Mahdi (as) penebus Al-Hussein (as):

Soalan 123: Mengapa Al-Hussein (as) keluarkan anaknya Abdullah yang masih bayi (as) kepada tentera Yazid (laknahu Allah) untuk meminta air? Pada hal dia (as) tahu mereka akan membunuhnya?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Al-Hussein (as) mengeluarkan bayi perempuannya untuk meminta air, dan dia tahu anaknya itu akan dibunuh.

Dan ketahuilah bahawa pada kebatilan ada pusingan, pada kebenaran ada gilirannya [30], dan untuk melengkapkan pusingan kebatilan maka mestilah tentera syaitan (laknahu Allah) itu akan beserta dalam setiap jurang yang gelap, dan mestilah bagi mereka akan mengosongkan apa yang dalam bekas anak-anak panah mereka, ketika mereka menentang dalam peperangan dengan tentera Allah.

Dan ketahuilah bahawa tindakan Al-Hussein (as) Telah meringankan atas kamu sebanyak-banyak keringanan, yang kamu tidak ada kuasa untuk kamu tanggung dari kezaliman orang-orang yang zalim, untuk mencapai keredhaan Allah Yang Maha Suci, dan akan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir sungai-sungai.

Bahawa Al-Hussein (as) telah menebus darah kamu dengan darahnya sendiri yang mulia dan suci, dan menebus isteri-isterimu dan anak-anak kamu dengan sebaik-baik perempuan seluruh alam dari dahulu hingga ke akhirnya selepas ibunya Fatimah (as), dan dia adalah Zainab (as), dan juga menebus bayi-bayi kamu.

Dan Imam Mahdi (as) dan saya hamba yang fakir lagi miskin, kebanyakan ciptaan Allah, dibebankan ke leher kita dengan keutamaan Al-Hussein (as), dan agama Al-Hussein (as) adalah lebih berat di belakangku, tidak sanggup bagiku memenuhinya melainkan yang dikehendaki Allah padaku.

Dan ketahuilah bahawa Imam Mahdi (as) mengenai apa yang dikatakan Al-Hussein (as): (untuk kamu tangisi sebagai ganti air mata darah) [31], perkataannya pada hakikatnya tidak berlebihan, dan ini kerana Al-Hussein (as) adalah perkara tebusan Imam Mahdi (as) pada darahnya yang mulia dan dirinya yang suci, maka dijadikan dirinya sebagai perkara tebusan untuk Imam Mahdi (as). Beliau adalah penyembelih bagi Allah. Iaitu seperti apabila kamu membina sebuah rumah dan ditebus baginya dengan seekor kibas, dan begitulah juga Allah SWT ketika membina ‘Arasy-Nya dan langit-langit dan bumiNya dengan menjadikan Al-Hussein (as) sebagai tebusanNya.

Dan Perkara Imam Mahdi (as) adalah Perkara Allah dan Penutup peringatan Ilahi, ia adalah Perkara ‘Arasy Allah Yang Maha Suci dan kerajaanNya dan HakmiyahNya di bumiNya, FirnanNya Yang Maha Tinggi

﴿وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ﴾

Dan Kami tebus anak itu dengan satu sembelihan yang besar. [32] iaitu dengan Al-Hussein (as),

Dan penebusnya adalah Imam Mahdi (as) Maka Salam ke atas penyembelih dengan Salam kebenaran dan keadilan.
.
Dan ketahuilah bahawa Ali Al-Akbar (as) penyembelih bagi Islam, dan Al-Hussein (as) penyembelih bagi Allah,

والحمد لله وحده.
dan pujian bagi Allah dan KeesaanNya.



✡✡✡✡✡



--------------------------
[30] – Berkata Amirul Mukminin (as): (pada kebatilan itu ada pusingan), dan berkata (pada kebenaran ada giliran) 3ain Al-Hukm wa Al-Mawa3idz: halaman 403.
[31] – Mikyal Al-Mukarram: Jilid1 halaman 153, Al-Mizar oleh Al-Musyhahadani: halaman 501, dari kata-kata Imam Mahdi (as).
[32] – Al-Shaaffaat 37:107.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan