Halaman

Jumaat, 4 Julai 2014

Soalan 128: Ibrahim dan Martabat Imamah

Soalan 128: Apakah maksud kata-kata Ibrahim (as)
﴿وَمِنْ ذُرِّيَّتِي﴾

Pada Firman Allah SWT:

﴿وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَاماً قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قَالَ لا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ﴾

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim". [50]?

Adakah benar bahawa Ibrahim (as) yang diucapkannya kerana ia membawa atas kepentingan zuriatnya, sebagaimana sebahagian ulamak telah mengatakannya?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                  
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Ketika mana Ibrahim (AS) membawa, sebuah kapak untuk merosakkan dan memecahkan berhala, Namrud dan ulamak yang sesat menghumbankannya ke dalam api. Dia (as) mendapat ganjaran dari Allah SWT tanpa memintanya, yang menjadikan para nabi dan generasi-generasi setelah mereka dari keturunannya. Kemudian Ibrahim (as) meneruskan dakwah Al-Ilahiyah, dan apabila dia diuji oleh Allah SWT dengan beberapa kalimat dan Ibrahim (as) berjaya dengan ujian-ujian dan percubaan itu. Dan Dia Yang Maha Tinggi berkata-kata dengannya, firmanNya:

﴿إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَاماً﴾

"Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". 

Martabat Al-Imamah Al-Ilahiyah adalah martabat yang tinggi, tidak diberikan kepada mana-mana Nabi-nabi dan Rasul-rasul (as) lain, dan di sini Ibrahim (as) meminta kepada Allah SWT permintaan ini :

﴿وَمِنْ ذُرِّيَّتِي﴾
"(Dan juga) dari keturunanku". 

iaitu, adakah nabi-nabi yang diberikan khabar gembira kepada mereka juga pada masa lalu pada mereka (Imam-imam)? Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿لا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ﴾
"Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim"

Iaitu dari Nabi-nabi (as) yang tidak adil. Ketidakadilan Nabi-nabi tidaklah sama seperti ketidakadilan (kezaliman) orang lain tetapi ia adalah sejenis (amalan yang baik yang lemah bagi Al-Muqarabin) [51], iaitu mengikut amal bukan kerana pembezaan pengetahuan (makrifah), di antara mereka (as). Semua mereka (as) menyembah (beribadah) kepada Yang Maha Suci mengikut pengetahuannya (makrifah) dan oleh itu berbezalah ibadah mereka, maka sujud Muhammad (sawas) adalah lebih baik daripada ibadah tsaqalain (jin dan manusia), dan pukulan Ali (as) dengan (ibadah tsaqalain) [52].

Perbezaan yang diterangkan antara mereka (as) ini, telah disebut dalam firmanNya:

﴿تلْكَ الرُّسُلُ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ مِنْهُمْ مَنْ كَلَّمَ اللَّهُ وَرَفَعَ بَعْضَهُمْ دَرَجَاتٍ وَآتَيْنَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ الْبَيِّنَاتِ وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا اقْتَتَلَ الَّذِينَ مِنْ بَعْدِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَلَكِنِ اخْتَلَفُوا فَمِنْهُمْ مَنْ آمَنَ وَمِنْهُمْ مَنْ كَفَرَ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا اقْتَتَلُوا وَلَكِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ﴾

Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebagian (dari) mereka atas sebagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengannya) dan sebagiannya Allah meninggikannya beberapa derajat. Dan Kami berikan kepada Isa putera Maryam beberapa mukjizat serta Kami perkuat dia dengan Ruhul Qudus. Dan kalau Allah menghendaki, niscaya tidaklah berbunuh-bunuhan orang-orang (yang datang) sesudah rasul-rasul itu, sesudah datang kepada mereka beberapa macam keterangan, akan tetapi mereka berselisih, maka ada di antara mereka yang beriman dan ada (pula) di antara mereka yang kafir. Seandainya Allah menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan. Akan tetapi Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya. [53].

Sesuatu amalan jika diberikan kepada Nabi Yunus (as) dan diberikan kepada Muhammad (sawas) tidak akan sama amalan Yunus pada tahap yang sama dengan amalan Muhammad (sawas), kekurangan pada Yunus (as) ini dalam membawa amalan berbanding dengan apa yang diamalkan Muhammad (sawas) adalah ketidakadilan (kezaliman) dari Yunus (as); kerana kekurangan ini menghalangnya daripada mendapat martabat yang besar yang manusia boleh mencapainya, dan dengan itu terdapat martabat seperti (jenis) ini tentang ketidakadilan yang dibolehkan kepada nabi-nabi dan Rasul-rasul dari zuriat Ibrahim (as) untuk mencapai martabat Imamah, dan untuk ini Dia berfirman:
﴿لا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ﴾
Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim

iaitu, tidak mencapai Al-Imamah semua nabi-nabi keturunan mu wahai Ibrahim.
sesungguhnya pencapaian nabi-nabi dan Rasul-rasul dari zuriat mu yang tidak melampaui kezaliman ini, maka mereka akan naik ke martabat ini:

﴿وَأَلْقِ عَصَاكَ فَلَمَّا رَآهَا تَهْتَزُّ كَأَنَّهَا جَانٌّ وَلَّى مُدْبِراً وَلَمْ يُعَقِّبْ يَا مُوسَى لا تَخَفْ إِنِّي لا يَخَافُ لَدَيَّ الْمُرْسَلُونََ * إِلَّا مَنْ ظَلَمَ ثُمَّ بَدَّلَ حُسْناً بَعْدَ سُوءٍ فَإِنِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ﴾

dan lemparkanlah tongkatmu". Maka tatkala (tongkat itu menjadi ular dan) Musa melihatnya bergerak-gerak seperti dia seekor ular yang gesit, larilah ia berbalik ke belakang tanpa menoleh. "Hai Musa, janganlah kamu takut. Sesungguhnya orang yang dijadikan rasul, tidak takut di hadapan-Ku. * tetapi orang yang berlaku zalim, kemudian ditukarnya kezalimannya dengan kebaikan (Allah akan mengampuninya); maka seaungguhnya Aku Maha Pangampun lagi Maha Penyayang. [54].

Allah telah menunjukkan di dalam Al-Quran untuk sebahagian Imam-imam dari zuriat Ibrahim (as):
Termasuk: Musa (as), Dia SWT berfirman:

﴿وَاضْمُمْ يَدَكَ إِلَى جَنَاحِكَ تَخْرُجْ بَيْضَاءَ مِنْ غَيْرِ سُوءٍ آيَةً أُخْرَى﴾

dan kepitkanlah tanganmu ke ketiakmu, niscaya ia ke luar menjadi putih cemerlang tanpa cacat, sebagai mukjizat yang lain (pula), [55],
iaitu, bebas daripada ketidakadilan, maka manusia mengambil dan memberikan dengan tangan, dan tangan putih merujuk kepada keadilan manusia yang penuh dengan orang ramai dan dengan Allah SWT, maka Musa (as) yang menebus dirinya dari ketidakadilan dengan martabat yang tinggi, seperti dalam ayat,

﴿إِلَّا مَنْ ظَلَمَ ثُمَّ بَدَّلَ حُسْناً بَعْدَ سُوءٍ فَإِنِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ﴾.

tetapi orang yang berlaku zalim, kemudian ditukarnya kezalimannya dengan kebaikan (Allah akan mengampuninya); maka seaungguhnya Aku Maha Pangampun lagi Maha Penyayang
Termasuk: Isa (as), Dia SWT berfirman memberi khabar mengenai Isa (as))

﴿وَالسَّلامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيّاً﴾

Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". [56],
iaitu, bahawa Isa (as) telah menerima martabat Imamah, dan dia memberi keselamatan untuk dirinya sendiri dan manusia.
Allah telah menunjukkan kepada orang-orang yang tidak memperoleh martabat Imamah termasuk Yahya (as), Dia SWT berfirman:

﴿وَسَلامٌ عَلَيْهِ يَوْمَ وُلِدَ وَيَوْمَ يَمُوتُ وَيَوْمَ يُبْعَثُ حَيّاً﴾

Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali. [57],
iaitu ia tidak diberikan martabat Imamah untuk memberi manusia dan keselamatan dirinya, tetapi ia menyediakan jalan kepada Isa (as) menarik perhatian manusia untuknya (as).

Adapun sebahagian daripada mereka mengatakan bahawa Ibrahim (as) telah membawa atas kepentingan keturunannya, jika mereka maksudkan bahawa ia (as) berkehendakkan mereka sebagai Imamah (as), maka ini tidak betul; kerana Ibrahim (as) tidak cenderung dengan dunia mahupun akhirat, tetapi ia mengharapkan keredhaan Allah SWT. Dan doa para nabi dan Ibrahim (as) untuk anak-anak mereka adalah kerana keikhlasan mereka selepas menerima ilmu Nabi-nabi (as) untuk kesalihan mereka, dan sebelum Ibrahim (as) Nuh (as) telah mengutuk anaknya selepas dilaknat oleh Allah Yang Maha Suci, dan selepas ilmunya tersesat dari jalan yang lurus dan menjadi ahli neraka.

Oleh itu tidaklah Ibrahim (as), atau para nabi membawa atas kepentingan keturunan mereka kerana mereka itu adalah anak-anak mereka, jika mereka berbuat demikian tentulah mereka akan ke darjat yang besar dari kasihkan keakuan (Al-Ana) dan menyimpang daripada jalan yang lurus, (mereka dihindari dari perkara itu) mereka orang terbaik Allah dari penciptaanNya. Sesungguhnya Ibrahim dan Nabi-nabi (as) membawa atas kepentingan orang-orang yang soleh dari keturunan mereka; kerana mereka mengetahui dengan kesolehan mereka, dan mereka mengetahui bahawa anak-anak mereka yang soleh itu akan menjadi pengganti kepada seruan Allah SWT, dan menanggung penderitaan, kesusahan dan bahaya dari manusia demi menyebarkan jalan Tauhid dan Kalimah Allah SWT di muka bumiNya.

Oleh itu tidaklah Ibrahim (as), atau para nabi membawa atas kepentingan orang-orang yang soleh dari keturunan mereka; kerana mereka adalah Auliak Allah Yang Maha Suci, bukan kerana mereka itu adalah anak-anak mereka. Perbezaan besar antara kedua-duanya, seperti perbezaan di antara kasih kepada Allah Yang Maha Suci, dengan hati yang baik dan buruk yang cinta dunia.


✡✡✡✡✡

-----------------------------
[50] - Al-Baqrah 2:124.
[51] – Al-Jawahir Al-Sunniyah Lil-Harr Al-3alami: halaman  83.
[52] – Bersabda baginda (sawas): (pukulan, Ali kepada 3amr pada Perang Al-Khandaq adalah menyamai ibadah Al-Tsaqalain) 3awali Al-Li’ala oleh Ibn Abi Jumhur: Jilid. 4, halaman  86.
[53] – Al-Baqrah 2:253.
[54] – Al-Naml 27:10-11.
[55] – Thaha 20:22.
[56] – Maryam 19:33.
[57] – Maryam : 15.       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan