Halaman

Selasa, 15 Julai 2014

Soalan 167: Kunci Pintu neraka dan Kunci pintu Syurga

Soalan 167:
: بسم الله الرحمن الرحيم
والصلاة والسلام على محمد وآل محمد
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam kepada Muhammad dan Aali Muhammad
Tuan, Al-Yamani
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya harap dijawab soalan-soalan saya ia amat bermakna bagi saya, Tuan Aali Muhammad pemimpin yang mulia, jika benar penyoal maka tertunailah tanggungjawab:
Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَسِيقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى جَهَنَّمَ زُمَراً حَتَّى إِذَا جَاءُوهَا فُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِ رَبِّكُمْ وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا بَلَى وَلَكِنْ حَقَّتْ كَلِمَةُ الْعَذَابِ عَلَى الْكَافِرِينَ﴾

71 - Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahannam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul di antaramu yang membacakan kepadamu ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kepadamu akan pertemuan dengan hari ini?" Mereka menjawab: "Benar (telah datang)". Tetapi telah pasti berlaku ketetapan azab terhadap orang-orang yang kafir. [316].

Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَراً حَتَّى إِذَا جَاءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ﴾

73 - Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya". [317].

Persoalannya di sini tentang perbezaan antara ayat [فتحت أبوابها - dibukakanlah pintu-pintunya] pada sebutan keadaan kemasukan orang-orang kafir ke neraka dalam ayat (71), dan pada ayat berikutnya: [وفتحت أبوابها - dan pintu-pintunya telah terbuka] pada sebutan keadaan kemasukan orang bertaqwa ke dalam syurga dalam ayat (73). Tidak ada huruf Wau pada yang pertama, tetapi ada dalam yang kedua?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                            
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Hukuman api (neraka), ia adalah hukuman yang tidak tertanggung di dalamnya, ia adalah penghinaan, Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿قَالَ ادْخُلُوا فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ مِنَ الْجِنِّ وَالْأِنْسِ فِي النَّارِ كُلَّمَا دَخَلَتْ أُمَّةٌ لَعَنَتْ أُخْتَهَا حَتَّى إِذَا ادَّارَكُوا فِيهَا جَمِيعاً قَالَتْ أُخْرَاهُمْ لِأُولاهُمْ رَبَّنَا هَؤُلاءِ أَضَلُّونَا فَآتِهِمْ عَذَاباً ضِعْفاً مِنَ النَّارِ قَالَ لِكُلٍّ ضِعْفٌ وَلَكِنْ لا تَعْلَمُونَ﴾

Allah berfirman: "Masuklah kamu sekalian ke dalam neraka bersama umat-umat yang terdahulu sebelum kamu daripada jin dan manusia. Setiap suatu umat masuk, dia mengutuk kawannya; sehingga apabila mereka masuk semuanya berkatalah orang-orang yang masuk kemudian di antara mereka kepada orang-orang yang masuk terdahulu: "Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami, sebab itu datangkanlah kepada mereka siksaan yang berlipat ganda dari neraka". Allah berfirman: "Masing-masing mendapat (siksaan) yang berlipat ganda, akan tetapi kamu tidak mengetahui". [318].

Sebaik saja datang dan hadir penghuni neraka yang telah ditentukan sebagai hukuman bagi mereka yang buruk amalannya, lalu dibuka pintunya kepada mereka semuanya. Tidak ada kumpulan yang diutamakan dari mereka, misalnya, diserahkan kunci pembuka pintu neraka. Walaupun salah seorang dari mereka diberikan (kunci), tidak akan memuliakannya kerana hasilnya sama sahaja.

Adapun Syurga ia adalah ganjaran pahala, yang ditawarkan pada hari kiamat sebagai balasan kepada golongan Bani Adam - kumpulan (yang ditetapkan), seperti dalam Surah - yang diserahkan kunci syurga dan jadilah golongan (atau kumpulan) ini yang pertama masuk syurga. Merekalah yang membuka pintu syurga, dan dengan merekalah terbukanya syurga. Penghuni syurga yang bertanggungjawab pada hari kiamat itu pada kenyataannya lebih mengutamakan yang utama dari mereka. Oleh itu huruf Wau dipergunakan (secara longgar dan untuk masa yang dijanjikan), sehinggalah diserahkan kepada golongan (atau kumpulan) ini kunci syurga. Mereka adalah sahabat-sahabat Al-Qaim (as).

Penghuni neraka pula tidak ada sebab untuk dilonggarkan dan diberi masa janji kepada mereka, mereka masuk ke dalam neraka tanpa hisab; kerana nama-nama mereka tidak ditulis dalam catatan kehidupan (Sijl Al-Hayah), bahkan mereka mati, Allah tidak berkata-kata dengan mereka, dan tidak menghakimi (menghisab) mereka, maka cukuplah api neraka berkata-kata dengan mereka.

﴿إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُولَئِكَ لا خَلاقَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ وَلا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ وَلا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾

Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih. [319].

dan Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿قَالَ اخْسَؤُوا فِيهَا وَلا تُكَلِّمُونِ﴾

Allah berfirman: "Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Ku. [320].



✡✡✡✡✡

-------------------------
[316] – Al-Zumar 39: 71.
[317] - Al-Zumar 39: 73.
[318] – Al-A3raaf 7:38.
[319] – Aali 3imran: 77.

[320] – Al-Mukminun 23:108.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan