Halaman

Selasa, 15 Julai 2014

Soalan 168: Umpan Neraka Jahanam

Soalan 168: Maulana tercinta Al-Syed Ahmad Al-Hassan (semoga Allah melindunginya):

Saya salah seorang Ansar telah diminta oleh seorang Muslim tentang maksud ayat :

﴿إِنَّكُمْ وَمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ حَصَبُ جَهَنَّمَ أَنْتُمْ لَهَا وَارِدُونَ﴾

Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah, adalah umpan Jahannam, kamu pasti masuk ke dalamnya. [321],

kalau orang-orang Kristian dan Al-Masihi menyembah Isa bin Mariam (as), adakah ini bermakna bahawa Isa (as) dimasukkan ke dalam neraka, dia dan ibunya Al-3uzharaa’ (Mariam yang dara) (as), atau adakah penjelasan (tafsir) lain?!

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                            
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

﴿إِنْ هِيَ إِلَّا أَسْمَاءٌ سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَمَا تَهْوَى الْأَنْفُسُ وَلَقَدْ جَاءَهُمْ مِنْ رَبِّهِمُ الْهُدَى﴾

Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapak-bapak kamu mengadakannya; Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun untuk (menyembah)nya. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka. [322].

Sesungguhnya hakikat perhambaan mereka yang menyembah Al-Ana (Keakuan) dan hawa nafsu diri sendiri, seperti maksud ayat: Bahawa mereka mengumpulkan kayu api (bahan bakar) neraka, maka sesungguhnya kerakusan Al-Ana (Keakuan) dan hawa nafsu akan membawa mereka ke neraka (jahanam), merekalah bahan bakarnya, dan merekalah yang menjulangkan api neraka mereka dan sebagai bahan bakarnya. Seperti mana ditunjukkan di sepanjang perjalanan manusia memerangi agama demi agama, iaitu mereka yang memerangi agama adalah ulamak yang tidak beramal, pengikut dan orang yang bertaklid dengan mereka – iaitu orang-orang yang menyembah mereka - memerangi Anbiak, Aushiak dan orang-orang yang beriman dengan mereka, Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَاباً مِنْ دُونِ اللَّهِ﴾

Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka tuhan-tuhan selain Allah. [323],

Iaitu yang mengikuti ulamak mereka yang memerangi Anbiak dan Aushiak (as), sampai ke peringkat di mana pengikut menyembah ulamak yang tidak beramal selain Allah.

Diriwayatkan dari Abi Abdillah (as) pada firmanNya Yang Maha Tinggi:
﴿اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَاباً مِنْ دُونِ اللَّهِ﴾
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka tuhan-tuhan selain Allah.
Dia berkata:
(Adapun, demi Allah apa yang mereka seru untuk menyembah diri mereka walaupun seruan mereka tidak di jawab. Mereka menghalalkan apa yang diharamkan dan mengharamkan apa yang dihalalkan atas mereka. Maka (sebenarnya) mereka menyembah (diri mereka) tetapi mereka tidak menyedarinya) [324].


✡✡✡✡✡

-------------------------
[321] – Al-Anbiak 21:98.
[322] – Al-Najm 53:23.
[323] – Al-Taubah 9:31.
[324] - Sesungguhnya Allah telah menetapkan di dalam Al-Quran untuk faedah manusia dan mengambilnya sebagai satu pengajaran dan ia juga diberitakan (diberi amaran) oleh Al-Rasul (sawas) bahawa apa yang telah dilakukan umat-umat sebelum ini akan berlaku pada umat ini selangkah demi selangkah, dan selepas ayat Al-Karim dan hadis Al-Syarif ini, marilah kita tanya kepada diri kita sendiri, kepada siapakah ayat ini dan hadis ini bercakap (tujukan)? Adakah ia mengikut ulamaknya dengan dalil? Apakah dalil untuk mengikut mereka? Kemudian adakah mereka orang-orang sah diikuti? Atau dari bait Hadits Rasulullah (sawas) yang membenarkan mereka: (Fuqahak (ulama) pada akhir zaman adalah sejahat-jahat fuqahak di bawah bayangan langit, daripada mereka keluarnya fitnah kepada mereka ia (fitnah) itu dikembalikan). Bukankah mereka itulah orang-orang yang disifatkan Ahl al-Bayt (as) kerana merekalah yang pertama memerangi Imam al-Mahdi (as) dan berkata kepadanya: (pulanglah dari mana kamu datang anak-anak Fatimah, Agama dalam keadaan baik). Maka mengapa kita zalim menyetuh hak-hak (harta-hata Imam) yang tidak perlu untuk kamu mendekatinya, atau dari ayat membenarkan firmanNya Yang Maha Tinggi:
(وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُوراً)
Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan".[Al-Furqaan 25:30],
Merekalah orang-orang yang berkata bahawa Al-Quran dan dalil-dalilnya bukanlah hujjah, atau dari orang-orang yang mencabar hadits Ahli Bait (as) dan berkata bahawa Hadits mereka tidak boleh dijadikan hujjah dan banyak yang lain lagi, dan terlalu banyak yang akan mendedahkan hakikat kehidupan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan