Halaman

Selasa, 15 Julai 2014

Soalan 166:Apakah makna membazir itu adalah saudara-saudara syaitan

Soalan 166: Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَآتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلا تُبَذِّرْ تَبْذِيراً * إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُوراً﴾
                          
Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu membazir secara berlebihan.* Sesungguhnya membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. [310].

Apakah maksud ayat ini? Bagaimana ia boleh membazir? Adakah mungkin dari dosa-dosa kecil dengannya mengakibatkan seseorang menjadi saudara syaitan yang berdosa besar dengan tidak menyatakan mengenai istilah tersebut:
﴿كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ﴾
Sesungguhnya itu adalah saudara-saudara syaitan?!

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                            
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Di dalam ayat sebelumnya Dia Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿وَآتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلا تُبَذِّرْ تَبْذِيراً﴾
Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan dan janganlah kamu membazir secara berlebih-lebihan.
Keluarga-keluarga yang dekat adalah Aali Muhammad (as) [311], Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿قُلْ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى﴾

Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam keluargaku". [312], mereka orang miskin (lemah) di sisi Allah, tidak ada manusia yang bersifat merendahkan diri dan miskin di sisi Allah seperti mereka, merekalah yang miskin pada Allah.

Dan juga orang yang dalam perjalanan ia adalah pada Aali Muhammad (as). Orang yang dalam perjalanan iaitu perjalanan Allah dan jalan Allah, mereka adalah Aali Muhammad Abna’ (anak-anak) jalan Allah, dan hak mereka kepada semua manusia adalah semua yang dimiliki dari harta dan kekuatan tubuh badan, dan semua yang Allah berikan kepadanya adalah hak mereka (as), iaitu yang berusaha bersama mereka, setelah ia beriman kepada mereka, kerana berusaha bersama mereka dengan harta dan tubuhnya, dan ... dan ... dan kesemuanya adalah hak mereka (as) yang diberi keupayaan oleh Allah, dan dijadikannya amanah di sisinya,

﴿إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً﴾

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, [313];

Kalaulah tidak kerana Muhammad dan Aali Muhammad, Allah tidak akan menciptakan penciptaan, kerana mereka adalah petunjuk-petunjuk (dalil-dalil) kepada Allah.

﴿وَلا تُبَذِّرْ تَبْذِيراً﴾
janganlah kamu membazir secara berlebih-lebihan: Iaitu tidak meletakkan hak yang dinyatakan dengan jelas di atas, yang akan merendahkan jihad dan usaha kamu dengan musuh mereka, atau yang menentang mereka, nanti ia menjadi seperti membuang nikmat kurniaan Allah dalam tong sampah dan najis kotoran, kerana musuh-musuh mereka dan yang menentang mereka membuangnya ke tempat-tempat najis dan longkang, dan dengan berbuat demikian akan sama dengan musuh mereka yang dilaknat (syaitan) dan suku sakatnya, termasuk hak-hak mereka yang diamanahkan Allah diselewengkannya dan dengan itu telah dikhianati amanah yang diamanahkan oleh Allah kepadanya.
 إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُوراً﴾
Sesungguhnya membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. [314], inilah makna ayat itu, iaitu yang membazirkan hak-hak keluarga Muhammad (as) [315], dan sesiapa juga yang memberikan rahsia-rahsia mereka (as) dan kata-kata permata mereka (as) kepada musuh mereka dan yang menentang mereka yang tidak memerlukan hidayahNya.

✡✡✡✡✡


-------------------------
[310] - Al-Israa’ 17:26-27.
[311] - Al-Syeikh Al-Shaduq dalam Amaliyah pada kedatangan hamba Imam Hussein (as) ke Syam dan yang dihina oleh Syeikh penduduk Syam (Syria), dia berkata: (..berkata kepadanya Ali Bin Al-Hussein (as): (Seperti bacaan pada Kitab Allah Azza wa Jalla? Dia berkata: Ya! Dia berkata: Seperti bacaan ayat ini
﴿قُلْ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى﴾
Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam keluargaku?
Dia berkata: Bahkan. Dia berkata: Kamilah orang-orang itu, kemudian berkata: Seperti bacaan:
﴿وَآتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ﴾
Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya?
Dia berkata: Bahkan. Dan berkata: Kamilah mereka itu...) Al-Amaliy: halaman 230.
[312] – Al-Syuraa 42:23.
[313] – Al-A7zab 33:72.
[314] - Al-Israa’ 17:27.
315] - Dari Ishak bin 3ammar, dari Abi Abdillah (as) di dalam kata-kata Allah:
(ولا تبذر تبذيراً)،
(janganlah kamu membazir secara berlebih-lebihan), berkata: (janganlah kamu membazirkan Wilayah Ali (as)) Al-Ma7asan oleh Al-Birqiy: Jilid 1, halaman 257, Bihar Al-Anwar: Jilid 25, halaman 284 .
Dan dari Jamil dari Ishak bin 3ammar pada firmanNya Yang Maha Tinggi
(ولا تبذر تبذيراً)،
(janganlah kamu membazir secara berlebih-lebihan), berkata: (janganlah kamu membazirkan Wilayah Ali (as)) Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 2, halaman 288 hadits 57.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan