Halaman

Isnin, 14 Julai 2014

Soalan 165: Perbezaan Dunia dan Akhirat

Soalan 165: Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلاهَا مَذْمُوماً مَدْحُوراً * وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُوراً﴾

Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. * Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik. [298].

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                            
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Dunia dan di akhirat adalah dua jalan yang berbeza, yang satu ke Timur, dan satu lagi ke Barat. barangsiapa yang menghadap ke arah yang satu, yang satu lagi akan tertinggal ke belakang, kedua-duanya tidak boleh dipandang sekali gus oleh mata manusia, dan kedua-duanya tidak boleh dihimpun di hati manusia. Tidak boleh berhimpun kasihkan dunia dan kasihkan akhirat di hati manusia [299]. Bagaimana boleh Allah menilai dunia di sisiNya walaupun sebesar sayap nyamuk, walaupun nilai seteguk air yang diminum oleh orang yang tidak beriman [300]. Bagaimana boleh Allah melihat alam Al-Ajsaam (alam kebendaan) yang diciptaNya.[301]? Bagaimana? dan bagaimana ... ?

﴿فَلا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلا يَغُرَّنَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ﴾

maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. [302].
﴿مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ﴾
Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang:
Iaitu dunia ini,
﴿عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ﴾
maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki
Iaitu akan diberikan Allah padanya jika Allah kehendaki, dan Allah memberi apa yang dikehendakiNya kepada sesiapa yang diberikannya. Manusia boleh meminta dunia dan kehilangan (rugi) akhirat, tetapi tidak mendapat apa-apa di dunia malah akan rugi di dunia dan akhirat.

Kemudian hasil daripada mencari dunia di akhirat akan besar kerugiannya,
﴿ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلاهَا مَذْمُوماً مَدْحُوراً﴾
Kemudian Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir [303].

﴿وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ﴾
Dan barangsiapa yang berhendakkan kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin
berhendakkan dunia tidak perlukan sesuatu selain hanya niat dan menolak akhirat, tetapi berhendakkan akhirat memerlukan iman dengan Waliy Allah Al-A’dzam dan HujjahNya di sepanjang zaman, dan perlu bersama Waliy Allah dan HujjahNya kepada manusia pada setiap zaman. Usaha ini adalah fardhu (wajib) yang difirmankan mengenainya:

﴿مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ﴾
                                              
Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh ganjaran yang mulia. [304].

Dan memberi pinjaman kepada Allah: iaitu memperkukuhkan Imam dengan perhubungan [305], sama ada kebendaaan dengan harta kekayaan, atau berusaha dengan berjihad bersama Waliy Allah, dan berjihad bersama Waliy Allah dengan lidahnya dan tangannya, dan perhubungan akhirat (akhir) pasti lebih baik daripada yang awal (dunia).

Dan orang-orang yang berusaha bersama Waliy Allah selelah beriman dengannya, kerana beriman dengannya adalah beriman kepada Allah SWT.
﴿سَعْيُهُمْ مَشْكُوراً﴾
usahanya dibalasi dengan baik
dan mereka yang diberi terima kasih adalah (oleh) Allah SWT, kerana mereka memberi pinjaman kepada Dia SWT, Maka Yang Maha Suci telah menjadikan perkara ini [berusaha bersama imam] sebagai Pinjaman kepada Allah dan Allah yang membayar balik, jadi Allah membayar sebagai tanda terima kasih kepada mereka; kerana mereka orang-rang yang bersyukur, mereka telah mensyukuri nikmat Allah ke atas mereka dengan berusaha bersama Waliy Allah kepada Allah,

﴿وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ﴾

Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima kasih. [306].

Allah berterima kasih kepada hamba adalah nikmat selepas diberikan nikmat; kerana ia dikhaskan dengan Aali Muhammad (as) mereka yang Allah berterima kasih kepadanya adalah, [Salman dari kami Ahl al-Bayt] [307]. Lihat apa yang Dia Yang Maha Tinggi firmankan di dalam Surah Mereka iaitu (Hal Ataa –Surah Al-Insan)

﴿إِنَّ هَذَا كَانَ لَكُمْ جَزَاءً وَكَانَ سَعْيُكُمْ مَشْكُوراً ﴾

Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu, dan usahamu adalah disyukuri (diberi balasan). [308]),

dan usaha mereka adalah yang disyukuri di dalam Surah Hal Ataa, mereka adalah: Muhammad, Ali dan Fatimah, Al-Hasan dan Al-Hussein, Imam-imam dan Mahdi-mahdi (as), sesiapa yang berusaha, usaha mereka, walak mereka dan jihad mereka dengan dengan hartanya, hatinya, lidahnya dan dengan tangannya, mereka adalah dari,
﴿فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُوراً﴾
maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik [309], iaitu dari kami ahl Al-Bait. rumah ini.



✡✡✡✡✡


-------------------------
[298] – Isra 17:18-19.
[299] - Rasulullah (sawas) bersabda: (dunia dan akhirat memberi kesan sebanyak mana didekati antara keduanya) 3awali Al-Liaaly: Jilid 1, halaman 278 Hadits 106, kata Ali (as): (Dunia dan akhirat kedua-duanya bermusuhan, tidak sekata (tidak seimbang) dan berbeza, maka sesiapa yang mengasihi dunia dan berpaling padanya, membenci akhirat dan memusuhinya. Keduanya adalah seperti Timur dan Barat yang menjauh di antara keduanya, yang satu semakin rapat dan satu lagi semakin menjauh, dan keduanya memberi kesan) Nahj Al-Balaghah / Al-Hukm Al-Qashar (103).
[300] – Berkata Imam Al-Shadiq (as) dalam menasihat salah seorang sahabat, sehingga sampai pada: (Wahai Fudhail ​​bin Yasar, jika dunia ini ada nilai seperti sayap nyamuk di sisi Allah, nescaya Dia tidak akan biarkan musuhNya minum walaupun seteguk air,) Al-Kafi: Jilid 2, halaman 246 hadits 5.
[301] - dalam tafsir Al-Fatehah oleh Al-Mulla Shadr Al-Mutaalahin, Rasulullah (sawas) bersabda (Bahawa Allah tidak melihat jisim-jisim (benda-benda) sejak dicipta), di dalam Al-Jami3 Al-Shaghir oleh Al-Suyuthiy Jilid 1, halaman 273 hadits 1780, Rasulullah (sawas) bersabda (Bahawa Allah tidak menciptakan makhluknya yang dibenciNya di dunia, dan tidak melihat padanya sejak ciptaanNya membenciNya).
[302] – Fathir 35: 5.
[303] - Al-Israa’ 17:18.
[304] – Al-7adid 57:11.
[305] - Lihat: Al-Kafi: Jilid 1, halaman 537, Bab Shilah Al-Imam, dalamnya ada tujuh hadits termasuk:
Dari Khaybari dan Yunus bin Dzibyan berkata: Kami mendengar Aba Abdillah (as) berkata: (apa yang lebih disukai pada Allah adalah sesiapa yang keluar dari rumah mereka kepada Imam, nescaya Allah akan membinakannya sebuah rumah di syurga sebesar gunung Uhud, dan kemudian berkata: Allah Ta’ala berfirman di dalam KitabNya:
﴿ مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّـهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً ﴾
Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik, maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. 
beliau berkata, Ia demi Allah dalam hubungan Imam (Shilah Al-Imam) secara khusus).
Dari Ishak bin 3ammar, dari Abi Ibrahim (as) berkata: (Aku bertanya kepadanya tentang firman Allah Azza wa Jalla:
﴿مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ﴾
Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh ganjaran yang mulia.
beliau berkata, diturunkan untuk hubungan Imam (Shilah Al-Imam)).
[306] – Sabaa’ 34:13.
[307] - 3uyun Akhbar Al-Ridha (as): Jilid 1, halaman 70 hadits 282.
[308] – Al-Insaan 76:22.

[309] – Al-Israa’ 17:19.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan