Halaman

Isnin, 14 Julai 2014

Soalan 163: Limpah kurnia Allah.

Soalan 163: Apakah maksud firman Dia Yang Maha Tinggi:  

﴿فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٍ وَأَنْبَتَهَا نَبَاتاً حَسَناً وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ وَجَدَ عِنْدَهَا رِزْقاً قَالَ يَا مَرْيَمُ أَنَّى لَكِ هَذَا قَالَتْ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ﴾

Maka Tuhannya menerimanya dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah". Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab. [275])?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                            
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

﴿وَجَدَ عِنْدَهَا رِزْقاً﴾
ia dapati makanan di sisinya : 
Iaitu, ilmu, hikmah (kebijaksanaan) dan makrifah. Al-Mihrab dan solat perlengkapan mikraj dan limpah kurnia Allah kepadanya, dan rezki untuk kehidupan duniawi di tempatnya selain mihrab disediakan untuk solat dan ada makanan yang baik di situ. Manusia tidak makan kerana dia mendirikan solat di mihrab, walaupun rezki untuk kehidupan duniawi juga diturunkan kepada Mariam, tetapi disediakan untuk menjadi tanda ia adalah rezki yang sebenar (hakiki), ilmu dan hikmah (kebijaksanaan) dan makrifah, dan demikianlah:

﴿هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ﴾

Di sanalah Zakariya berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa". [276],
dan penjelasan doa ini dengan:

﴿إِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِراً فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيّاً﴾

Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera, [277].
﴿الْمَوَالِيَ﴾:
Mawaliku: Iaitu ulamak dari Bani Israel, dibimbangi mereka melihat pada Isa (as); kerana dia tahu dengan perintahNya, Maka Zakariya (as) adalah hujjah atas Maryam (as), dan Zakariya (as) inginkan keturunan yang baik mewarisi Aali Ya’kub pada hakikatnya. Iaitu mewarisi hikmah, nubuwah dan pertolongan kepada Waliy Allah Isa (as). Lalu Allah mengurniakan Yahya. Allah menjadikan Zakariya pemelihara Maryam (as), sesungguhnya Allah memelihara kehendakNya:
﴿وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا﴾
Zakariya pemeliharanya
Ia adalah perkara yang paling penting kerana dia adalah ibu kepada Isa (as), Nabi Ulli Al-‘Azmi yang akan mengislah (memperbaiki) agama Ilahi.

Yahya, yang merupakan terkabulnya doa Zakariya (as). Adalah amat penting terkabulnya doa Zakariya, kerana dia akan menjadi penolong Isa (as),

﴿فَنَادَتْهُ الْمَلائِكَةُ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي فِي الْمِحْرَابِ أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحْيَى مُصَدِّقاً بِكَلِمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَسَيِّداً وَحَصُوراً وَنَبِيّاً مِنَ الصَّالِحِينَ﴾

Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakariya, sedang ia tengah berdiri melakukan shalat di mihrab (katanya): "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran Yahya, yang membenarkan kalimat dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang saleh". [278],

Yang membenarkan adalah Yahya (as). Kalimah Allah menjadi ikutan, dan menahan diri adalah Isa (as). Isa (as) adalah salah seorang ketua dari Ulli Al-‘Azmi, raja Bani Israel, dan menahan diri dengan tidak mendekati wanita, tidak juga dunia.

Dan kini nazar pada doa Zakariya meminta seorang lelaki itu:

﴿وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِراً فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيّاً * يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيّاً﴾

Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera,* yang akan mewarisi aku dan mewarisi keluarga Ya'qub; dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diridhai". [279].

1 - ﴿وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائي﴾
Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalku
Iaitu Ulamak Bani Israel yang dikhuatiri (mengapa-apakan) atas Isa (as) seorang Ketua dan Raja Bani Israel, dan Kalimah Allah. Dengan itu Zakariya (as) meminta dari Allah, Maka berilah saya seorang anak lelaki untuk menyempurnakan pemeliharaanku pada urusan Maryam (as) selepas kematianku, dan telah mencapai usia tua dan sehingga telah beruban putih di kepalaku,dan dijangkakan aku akan mati ketika diutus Isa (as).

2 - ﴿يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ﴾
yang akan mewarisi aku dan mewarisi keluarga Ya'qub:
bagi menolong Isa (as), kerana Isa (as) adalah Qaim Aali Ya’qub. Pertolongan Yahya (as) adalah bagi pihak Zakariya (as), dan pemeliharaan beliau adalah bagi pihak Aali Ya’qub yang soleh-soleh dari Anbiak, Rasul-rasul dan Waliy-waliy.
3 - ﴿واجعله رب رضياً﴾
dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diridhai: Iaitu seorang yang diridhai pada bala’ dan ujian, dan terdedah kepada terbunuh dalam menyokong Isa (as). Yahya (as) telah menarik murid-murid dan kaumnya untuk menyokong Isa (as) sebelum diutus Isa (as) dan telah terbunuh dan syahid pada awal masa Isa diutus.


Maka Zakariya (as)) berkata,

﴿قَالَ رَبِّ أَنَّى يَكُونُ لِي غُلامٌ وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِراً وَقَدْ بَلَغْتُ مِنَ الْكِبَرِ عِتِيّاً﴾

Zakaria berkata: "Ya Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku adalah seorang yang mandul dan aku (sendiri) sesungguhnya sudah mencapai umur yang sangat tua". [280]:

Iaitu kalaulah tidak dengan limpah kurniaMu bagaimana akan ada anak bagiku.....
﴿قَالَ كَذَلِكَ﴾                   
Tuhan berfirman: "Demikianlah".  [281]:
Iaitu limpah kurnia TuhanMu kepadamu.

Dan Maryam (as) berkata,

﴿قَالَتْ رَبِّ أَنَّى يَكُونُ لِي وَلَدٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ قَالَ كَذَلِكِ اللَّهُ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ إِذَا قَضَى أَمْراً فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ﴾

Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun". Allah berfirman: "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia. [282].

﴿قَالَتْ رَبِّ أَنَّى يَكُونُ لِي وَلَدٌ﴾
Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak,
Iaitu kalaulah tidak dengan limpah kurniaMu bagaimana akan ada anak bagiku.....
﴿قَالَ كَذَلِكَ....﴾               
Tuhan berfirman: "Demikianlah….". 
Iaitu limpah kurnia TuhanMu kepadamu.

﴿وَيُعَلِّمُهُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرَاةَ وَالْأِنْجِيلَ﴾

Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil. [283]:
Inilah limpah kurnia dan rezki (pemberian).

﴿كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ وَجَدَ عِنْدَهَا رِزْقاً قَالَ يَا مَرْيَمُ أَنَّى لَكِ هَذَا قَالَتْ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ﴾

Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah". Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab. [284],

Inilah limpah kurnia yang tidak terhitung banyaknya.
والحمد لله
dan puji syukur itu juga hanya bagi Allah.




✡✡✡✡✡


-------------------------
[275] – Aali 3imran 3:37.
[276] - Aali 3imran 3:38.
[277] – Maryam 19:5.
[278] - Aali 3imran 3:39.
[279] - Maryam 19:5-6.
[280] - Maryam 19:8.
[281] - Maryam 19:9.
[282] - Aali 3imran 3:47.
[283] - Aali 3imran 3:48.
[284] - Aali 3imran 3:37.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan