Halaman

Selasa, 8 Julai 2014

Soalan 148: Imam seorang perempuan dalam solat

Soalan 148: Apakah dalil Al-Quran, nash yang menunjukkan bahawa diharamkan imam seorang perempuan, sama ada yang bersolat itu orang lelaki, atau perempuan, atau yang bercampur?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                  
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Dibolehkan menjadi imam bagi seorang perempuan dalam solat apabila mereka semua adalah perempuan sahaja, manakala seorang perempuan menjadi imam dalam solat jika ada di antara mereka orang lelaki ia tidak dibenarkan, dan yang demikian itu adalah makmum yang bersolat (di belakangnya) adalah apabila ada lelaki dan perempuan, Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ﴾

dan bagi orang-orang lelaki, mempunyai satu tingkatan (darjat) kelebihan ke atas perempuan. [187]),

dan darjat ini adalah: (imam secara umum), dan juga dikhaskan di dalam Solat Jumaat atau solat berjamaah atau Solat Hari Raya atau Solat Sempena (Ayaat) atau yang lain.



✡✡✡✡✡

-----------------------------

[187] - [Al-Baqarah 2:228]. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan