Halaman

Isnin, 7 Julai 2014

Soalan 143: Cara Al-Qaim (as) menghukum

Soalan 143: Apakah maksud firman ini:

﴿فَإِذَا انْشَقَّتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ﴾

Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilauan) minyak. [110]?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                  
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Iaitu apabila terbuka Kitab [Al-Jufr Al-Ahmar] – Al-Jufr Merah [111], iaitu yang dibukakan oleh Allah untuk Al-Qaim (as). Allah SWT menerangkan bahawa langit adalah catatan (lembaran-lembaran), sebagaimana firmanNya:

﴿يَوْمَ نَطْوِي السَّمَاءَ كَطَيِّ السِّجِلِّ لِلْكُتُبِ كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ وَعْداً عَلَيْنَا إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ﴾

(Yaitu) pada hari Kami gulung langit sebagai menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai panciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti Kami tepati; sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya. [112].

Maka apabila langit telah terbelah atau dibukakan untuk dibaca oleh Al-Qaim (as) dengan kehendak Allah dan kehendak-Nya dalam menghukum orang-orang yang menyeleweng, dan hukum-hukum (peraturan) Kiamat Kecil, yang dijalankan oleh Al-Qaim (as) sebagai Hakimnya, firmanNya:

﴿فَيَوْمَئِذٍ لا يُسْأَلُ عَنْ ذَنْبِهِ إِنْسٌ وَلا جَانٌّ﴾

Pada waktu itu manusia dan jin tidak ditanya tentang dosanya. [113] ,

﴿يُعْرَفُ الْمُجْرِمُونَ بِسِيمَاهُمْ فَيُؤْخَذُ بِالنَّوَاصِي وَالْأَقْدَامِ﴾

Orang-orang yang berdosa dikenal dengan tanda-tandannya, lalu dipegang ubun-ubun dan kaki mereka. [114],



Bahkan Al-Qaim tidak memerlukan penerangan (saksi) [115], tetapi menghukum menurut apa yang dibaca pada lembaran-lembaran dari langit yang dibelahkan (dibukakan), yang keluar darinya penghakiman Allah Yang Maha Suci. [116].



✡✡✡✡✡

-----------------------------
[110] – Al-Rahman 55:37.
[111] – Ia adalah kitab khusus untuk Al-Qaim (as) selain daripada Imam-imam (as), di dalamnya ada banyak riwayat dari mereka (as), dan darinya ada yang diriwayatkan oleh Rafid dari Imam Al-Shadiq (as) yang berkata: (Wahai Rafid bagaimana jika kamu melihat sahabat-sahabat Al-Qaim telah memusnahkan khemah-khemah mereka di masjid di Kufah, dan kemudian keluar bentuk-bentuk baru, Dia akan menjadi keras terhadap orang-orang Arab. katanya: Aku berkata: Semoga jiwaku jadi tebusan tuan, apakah dia? Beliau berkata: Penyembelihan. Aku berkata: Apa yang  menyenangkan mereka, dengan apa yang dijalankan Ali bin Abi Talib (as) pada Ahl Al-Sawad? Beliau berkata: Tidak wahai Rafid, Bahawa Ali berjalan pada Al-Jufr Al-Abyadh, dan dia berhenti, dan dia tahu bahawa dia akan muncul kepada syiahnya selepasnya, dan Al-Qaim berjalan pada Al-Jufr Al-Ahmar dan ia adalah penyembelihan, dan dia tahu bahawa dia tidak muncul pada Syiahnya) Bihar Al-Anwar: Jilid 25 halaman 318.
[112] – Al-Anbiak 21:104.
[113] - Al-Rahman 55:39.
[114] - Al-Rahman 55:41.
[115] - Dari Al-Baqir (as): (Al-Qaim (as) akan memutuskan  dengan keputusan yang beberapa para sahabat akan menolaknya, dan di antara mereka akan didahuluinya dengan pedang, dan itulah keputusan Adam (as), maka dia akan mendahului mereka dan memancung leher mereka. dan demikian pula dia akan memutuskan  kali kedua dari kumpulan lain yang mengingkarinya, dan di antara mereka akan didahuluinya dengan pedang, dan itulah keputusan Daud (as), maka dia akan mendahului mereka dan memancung leher mereka, dan demikian pula dia akan memutuskan  kali ketiga dari kumpulan lain akan menolak, dan di antara mereka akan didahuluinya dengan pedang, dan itulah keputusan Ibrahim (as), maka dia akan mendahului mereka dan memancung leher mereka, dan demikian pula dia akan memutuskan  kali keempat dan ia adalah keputusan Muhammad (sawas), dan tidak seorang pun yang akan mengingkarinya.") Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 389. Adalah jelas bahawa Daud (AS) dihakimi tanpa apa-apa bukti (saksi).
[116] – Dari Mu3awiyah Al-Dahaniy dari Abi Abiullah (as): (pada firman Allah Azza wa Jalla:
(في قول الله عز وجل: يعرف المجرمون بسيماهم فيؤخذ بالنواصي والاقدام)
. Orang-orang yang berdosa dikenal dengan tanda-tandannya, lalu dipegang ubun-ubun dan kaki mereka
dan dia berkata: Wahai Mu3awiyah apa yang mereka katakan dalam ayat ini? Katanya: Aku berkata: mereka mendakwa bahawa Allah Tabaraka wa Ta’ala mengenal orang-orang yang berdosa dikenal dengan tanda-tandannya pada hari kiamat dan memerintahkan supaya memegang ubun-ubun dan kaki mereka dan mencampakkan ke dalam api nereka. Dia berkata kepada ku: Bagaimana Al-Jabbar Tabaraka wa Ta’ala perlu untuk mengenal penciptaan yang mereka diciptakan dan Dialah yang menciptakan mereka? Katanya: Maka aku berkata: Bagaimana aku boleh menjadi tebusan tuan? Beliau berkata: bahawa jika bangkit Qaim kita, Allah memberi tanda-tanda, maka diperintahkan supaya memegang ubun-ubun dan kaki mereka dan kemudian dipancung dengan pedang) Bashair Darajat: halaman 376, Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 320-321.
Dan dari Abi Abiullah (as), beliau berkata: (Apabila Al-Qaim Aali Muhammad bangkit dia akan menghukum di antara manusia dengan hukuman Daud, ia tidak perlukan keterangan (saksi), Allah Ta’ala akan memberi ilham kepadanya dan dia akan menghukum berdasarkan pengetahuannya, dan beliau akan memaklumkan kepada setiap kumpulan orang apa yang mereka sembunyikan, yang dikenali kawannya dari musuhnya dengan tanda-tanda (kekuasaan Allah), Allah berfirman:
إن في ذلك لآيات للمتوسمين
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) [Al-Hajar 15:75] I3lam Al-Wara Bi I3lam Al-Huda: Jilid 2 halaman 292-293.

                      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan