Halaman

Isnin, 7 Julai 2014

Soalan 142: Menempati tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki

Soalan 142: Firman Allah Ta’ala:

﴿وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي صَدَقَنَا وَعْدَهُ وَأَوْرَثَنَا الْأَرْضَ نَتَبَوَّأُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ نَشَاءُ فَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ﴾

Dan mereka mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah mewariskan kepada kami bumi ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki; maka itulah nikmat sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal". [108].

Adakah bumi yang disebut dalam ayat ini adalah syurga bumi?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                  
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Al-Ardh - Bumi: adalah bumi ini, dan orang-orang yang mewarisinya: mereka adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumiNya, dan mereka adalah Aushiak, Anbiak dan Rasul-rasul (as), dan pada sesiapa yang mengikut mereka dan dinaikkan bersama mereka ke maqam-maqam yang tinggi di Keenam-enam Langit Malakut (Al-Malakutiyah) dan keseluruhan Langit Ketujuh.

Allah adalah pemilik Bumi, kerana itulah mereka berkata telah mewariskan kepada kami bumi ini, iaitu dilantik kami sebagai khalifah padanya, maka jadilah kami khalifahNya di muka bumiNya.

Ada pun Al-Jannah - Syurga, di dalam ayat ini adalah dimaksudkan: Syurga-syurga Alam Malakut (Al-Jannaat Al-Malakutiyah) Syurga Cahaya (Al-Jannah Al-Nuriyah) di Langit Ketujuh. Maka mereka (as) untuk mereka tempat yang disenangi di kesemua Syurga Malakut dan di dalam Syurga Cahaya, kerana itulah mereka berkata: sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki; maka ayat ini mengingatkan kedua-dua nikmat tersebut, iaitu:

Mewarisi bumi dan menjadikan mereka khalifah Allah di muka bumiNya.

Dan nikmat kedua: adalah bahawa mereka menempati tempat-tempat di semua syurga-syurga di mana saja yang mereka kehendaki.

Kedua-dua nikmat itu saling berkaitan; kerana mereka tidak menjadi khalifah Allah di muka bumiNya sehingga sempurna akalnya [109], tidak sempurna akalnya sehingga dinaikkan ke Langit Ketujuh Al-Kuliyah (Langit ‘Aqal).

Pewarisan adalah dari yang terdahulu, Syurga dan penduduknya bukanlah orang terdahulu yang telah meninggalkannya untuk diwarisi dari mereka, tetapi bumi di mana kita tinggal yang mempunyai penduduk sebelumnya yang didahului oleh anak-anak Adam, dan juga semua washiy dan khalifah Allah di bumiNya. Didahului khalifah Allah di bumiNya maka diwariskan olehNya.

Dan yang tinggal untuk kita fahami adalah menempati syurga di mana sahaja yang mereka kehendaki yang sebelumnya mewarisi bumi, ia juga mengejarnya di mana mereka yang tidak menjadi khalifah Allah di muka bumiNya dan mewarisi bumi melainkan apabila mereka menempati syurga mana-mana yang mereka kehendaki, iaitu bahawa bagi mereka yang mempunyainya di semua langit, sehingga di Langit Ketujuh Al-Kuliyah (Langit Aqal), maka tidak diutus nabi sehingga sempurna akalnya, yang merupakan maqam baginya di Langit Ketujuh atau Syurga Cahaya.

✡✡✡✡✡

-----------------------------
[108] – Al-Zumar 39:74.

[109] - Rasulullah (sawas) bersabda: (Apa yang dianugerahkan Allah kepada hamba-hambanya sesuatu kelebihan pada akal. Maka tidurnya akal (Al-3aql) lebih baik daripada jahil (Al-Jahl) yang berjaga satu bulan, dan berdirinya akal (waras) lebih baik daripada peribadi yang jahil dan Allah tidak mengutus nabi-nabi mahupun Rasul-rasul sehingga disempurnakan akal, dan akalnya adalah lebih baik daripada semua akal-akal umatnya) Al-Kafi: Jilid 1 halaman 12.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan