Halaman

Ahad, 6 Julai 2014

Soalan 140: Anjing Ashhab Al-Kahfi

Soalan 140: Adakah mungkin untuk mengetahui atau apakah yang dimaksudkan dengan anjing Ashhab Al-Kahfi? Walaupun anjing adalah anjing biasa mengapa disebut lebih daripada sekali dalam kisah ini, kadang-kadang disebut dalam bentuk jamak:

﴿سَيَقُولُونَ ثَلاثَةٌ رَابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْماً بِالْغَيْبِ وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ قُلْ رَبِّي أَعْلَمُ بِعِدَّتِهِمْ مَا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌ فَلا تُمَارِ ([102]) فِيهِمْ إِلَّا مِرَاءً ظَاهِراً وَلا تَسْتَفْتِ فِيهِمْ مِنْهُمْ أَحَداً﴾


Nanti (ada yang) mengatakan (mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan (yang lain) mengatakan: "( mereka) adalah lima orang yang keenam adalah anjing nya", sebagai terkaan terhadap barang yang ghaib; dan (ada yang) mengatakan: "( mereka) tujuh orang, yang ke delapan adalah anjingnya". Katakanlah: "Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit". Karena itu janganlah kamu bertengkar tentang hal mereka, [102]kecuali pertengkaran lahir saja dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya).[103]?
Saya harap dapat dijelaskan.

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                  
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Yang ada bersama dengan Ashhab Al-Kahfi (as) adalah anjing yang luar biasa juga, tetapi apa yang penting bukanlah anjing itu, kerana yang mengiringi dan mengawal anjing itu adalah jin dan namanya Qithmir (قطمير) [104], dan bagi jin ini ia berkeupayaan menyerupai binatang seperti kucing dan anjing dan menjalaninya.

Dan jin ini (Qithmir) mahu menarik perhatian anjing ini kepada kewujudannya, dan keupayaannya untuk membantu mereka selepas keimanannya dengan dakwah mereka.

Dan Qithmir dari jin yang mempunyai kemampuan untuk memenuhi hati dengan ketakutan dan mengoncangkan hati yang berani, Allah Ta’ala berfirman:

﴿ وَكَلْبُهُمْ بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَاراً وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْباً﴾

sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan diri dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka. [105].

Yang memenuhi hati dengan ketakutan sesiapa yang menghampiri mereka. Dialah Jin Qithmir yang melindungi mereka, dan Qithmir adalah salah seorang ansar Al-Qaim (as).



✡✡✡✡✡

-----------------------------
[102] – Al-Miraa’ - pertengkaran: adalah penyakit yang paling banyak berleluasa di pusat-pusat pengajian ilmu, yang lebih hampir kepada jidal (perdebatan), penyakit yang terjangkit kepada sesiapa yang belajar, dua kalimah iaitu menyangka bahawa dia memiliki pengetahuan, dan ramai yrang menyaksikan perkara ini dan mengetahui penyakit ini pada mereka itu. Pertengkaran adalah dengan mengucapkan kata-kata yang tidak membosankan dan tidak muktamad dan bukan pula Hujah sepenuhnya. Walaupun dia di pihak yang betul atau benar, pertengkaran adalah dilarang, telah diriwayatkan dari Rasulullah (sawas) sabdanya: (Tiga jenis manusia yang menemui Allah akan masuk syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya: Penciptaan (makhluk) yang baik, yang takut kepada Allah di waktu tiada dan ada (manusia melihatnya), dan yang meninggalkan pertengkaran, walaupun dia di pihak yang benar) Wasail Al-Syi3ah: Jilid 8 halaman 567, maka mereka dalam hal ini jatuh syirik; Oleh kerana kemenangan mereka untuk diri mereka sendiri dan bukan kerana Allah.
[103] – Al-Kahfi 18: 22.
[104] - dalam Qishash Al-Anbiak oleh Al-Jazairiy - halaman 499: (bertanya seorang Yahudi kepada Amirul Mukminin (as): Wahai Ali apakah nama anjing itu dan apakah warnanya? Maka berkata Ali (as) kepadanya: لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم - Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah Al-3aliy Al-3adzim, ada pun warna anjing itu belang-belang hitam, dan nama anjing itu Qithmir).

[105] - Al-Kahfi 18:18. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan