Halaman

Jumaat, 27 Jun 2014

Soalan 70: Binasalah orang-orang yang mengagak-agak

Soalan 70: Apakah maksud ayat :

﴿قُتِلَ الْخَرَّاصُونَ * الَّذِينَ هُمْ فِي غَمْرَةٍ سَاهُونَ * يَسْأَلونَ أَيَّانَ يَوْمُ الدِّينِ﴾

Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja, * (Iaitu) orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan dan lalai. * mereka bertanya: "Bilakah hari pembalasan itu?" [40]?

Jawapan :
﴿ قُتِلَ الْخَرَّاصُونَ﴾:
[Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja]
Iaitu penganggar (yang mengagak) terhadap takdir Allah, dan sudah tentu setiap anggaran (agakan) adalah bertentangan dengan takdir Allah, maka takdir (anggaran)nya batil dan dusta, mereka ini adalah para pengagak yang khilaf terhadap takdir Allah, Orang-orang yang berdusta mengagak takdir Allah dan urusan Allah, dan mereka adalah orang-orang yang mendustakan Al-Qaim (as) tidak beriman (percaya) kepadanya; kerana mereka mahu didatangkan menurut takdir *ketentuan) mereka dan mereka tidak mengikut kadar yang ditentukan kepadanya oleh Allah SWT.

﴿الَّذِينَ هُمْ فِي غَمْرَةٍ سَاهُونَ﴾
[orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan dan lalai.]:
iaitu mereka ini adalah orang-orang yang tenggelam (kagum) dengan dunia, lalai tentang akhirat dan yang ghaib dan kerajaan langit (Al-Malakut). Maka mereka lalai (jahil) dengan dunia ini dan tercungap-cungap di belakang Al-Qaim (as). Tidak ada yang mereka bimbang melainkan dunia ini, mereka merendahkan Al-Qaim dan Jihad yang dibawanya, sebagai kesengsaraan dan keletihan untuk meninggikan kalimah Allah. Mereka penduduk dunia yang tenggelam dalam kejahilan dan lalai, agama dan Al-Qaim hanya di lidah-lidah mereka [41]. Manusia bercakap dan berkata mengenainya, tetapi mereka tidak bersedia untuk menyokong beliau, kerana dia menentang dunia mereka dan memaparkan kehidupan dan kepentingan mereka kepada bahaya.

﴿يَسْأَلونَ أَيَّانَ يَوْمُ الدِّينِ﴾
[mereka bertanya: "Bilakah hari pembalasan itu?"]:
ini alasan yang buruk cara mohon keuzuran padanya, dan yang mereka katakan adalah, Al-Qaim tidak akan bangkit sekarang dan masih lama lagi, Agama dalam keadaan baik belum tersebar kerosakan dan ketidakadilan di mana-mana jua. [42].

Maka (Bilakah hari kiamat), dan seolah-olah mereka tidak melihat bumi dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan oleh Amerika dan talibarutnya, bahkan mereka, bersama mereka-itu (Amerika). Merekalah yang mendakwa mewakili agama, Merekalah yang merusakkan, tetapi mereka menyangka bahawa mereka berbuat yang sebaik-baiknya. [43], sehingga membawa mereka kepada kerosakan dan kebencian Al-Qaim (as). kerana mereka hidup dengan kelebihannya, dan di bawah bayang-bayang namanya (as), tetapi mereka tahu bahawa kebangkitannya (as) bermaksud menjatuhkan ketua-ketua agama palsu mereka dan menghormati kejahilan mereka, dan Dan berharap mereka cuba menukar manusia dari Al-Qaim (as) dan dari menolongnya. Mereka (as) telah menyebutnya dalam doa: (Mereka melihatnya dari jauh) [44], mereka bertanya: "Bilakah hari pembalasan itu?!



✡✡✡✡✡

[40] – Al-Zhaariaat 51:10-12.
[41] – Seperti mana kata Imam Al-Hussein (as): (Manusia hamba di dunia ini, dan agama hanya di lidah lidah mereka. Mereka memegangnya selagi ia memenuhi kehidupan mereka yang selesa. Tetapi apabila datang ujian, pemegang agama menjadi sangat sedikit), yang mencukupi bagi mereka yang mengurusnya.
[42] - terdapat ulasan yang sangat berguna dalam perkara ini oleh Al-Syed Ahmed Al-Hassan (as) dalam Kitab (Hakimiyah Allah Bukan Hakimiyah Manusia – Hakimiyat Allah La Hakimiyat Al-Nas), lihat: Fashal (Al-Mushli7 Al-Muntadzir Limaazha): halaman 38.
[43] – Ffirman Allah: [Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?" * Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.] AlKahfi: 18:103-104.

[44] - dipeti dari doa Perjanjian, Imam mengatakan: (Ya Allah bukakanlah kesedihan ini dari umat ini dengan kehadiran beliau, dan percepatkanlah Ya Allah, penampilannya bagi kami, bahawa mereka melihat adalah masih jauh dan kami lihat tidak lama lagi, dengan rahmat Mu, wahai Maha Pengasih lagi Penyayang) Mishba7 Al-Mutahijad: halaman 552.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan