Halaman

Khamis, 26 Jun 2014

Soalan 71: Ketaatan dan ibadah di sisi Allah),

Soalan 71: Al-Syed Al-Khomeini (rahimahu Allah) mengatakan dalam Al-Arbain, apakah maksudnya: (Bahawa ketaatan kami ini dari besarnya dosa-dosa di sisi Allah), dan apakah kenyataan ini sahih?

Jawapan: Jika yang dimaksudkan diri yang taat, tidak betul, tetapi jika yang dimaksudkan melaksanakan, maka betul. Sebab untuk jenis orang yang melaksanakan untuk melakukan ketaatan dari dosa, maka mereka tidak mengetahui cara mereka beibadah, bahkan kebanyakan manusia lalai terhadap Allah SWT dalam solat-solat mereka, maka terombang-ambing pemikiran mereka seperti gelombang ke kiri dan ke kanan.
.
Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas lihatlah contoh ini: Jika kamu berjumpa seseorang yang hebat percakapannya dan berharap untuk berbincang dengan kamu, dan apabila kamu berjumpa dengannya dan wajah kamu terhalang darinya ke sebelah kiri atau kanan, ini akan membuatkan kamu runsing dengan bangkai yang terlantar di atas tanah, adakah kemarahan ini mulia pada kamu? Jika tidak, seterusnya adakah kemarahan yang dikatakan oleh manusia bahawa dia adalah betul dan kamu salah? Adakah manusia menggambarkan kamu orang yang bodoh?

Dan yang tidak terombang-ambing pemikiran mereka sehingga terputus pada Allah dalam solat dari khusyuk, rendah diri dan hina diri, maka ia juga akan mengurangkan penghadapannya dari Allah mengikut kadar kejahilannya terhadap Allah SWT.



✡✡✡✡✡


Tiada ulasan:

Catat Ulasan