Halaman

Jumaat, 27 Jun 2014

Soalan 69: Apa yang di maksudkan dengan wirid doa Al-Samaat


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam, Raja segala Kerajaan, yang menetapkan perjalanan bintang-bintang, dan  memanfaatkan angin dan yang menyingsingkan pagi, dan menetapkan agama, Tuhan sekalian alam.

Segala puji bagi Allah, yang takut padaNya gemuruh dari langit dan penghuninya, dan bergoncang bumiNya dan bergegar bangunannya, dan bergelora lautNya dan yang berenang di kedalamannya.

Ya Allah selawatkanlah (sanjung pujilah) atas Muhammad, dan keluarga Muhammad, yang bintang-bintang beredar berterusan dalam kemelut hangat yang mengaman selamat sesiapa yang menaikinya, dan hanyut lemas tengggelamlah sesiapa yang meninggalkannya. Akan musnah sesiapa yang mendahuluinya, dan yang tertinggal di belakang mereka akan sesat, dan yang mematuhi mereka bertahan.


✡✡✡✡✡


Soalan 69: Apa yang di maksudkan dengan wirid doa Al-Samaat:

(وبمجدك الذي ظهر على طور سيناء فكلمت به عبدك ورسولك موسى بن عمران (ع)، وبطلعتك في ساعير، وظهورك في جبل فاران بربوات المقدسين وجنود الملائكة الصافين وخشوع الملائكة المسبحين)

[dan dengan kemuliaan Mu, yang muncul di Gunung Sinai yang berkata-kata kepada hambaMu dan RasulMu Musa bin Imran (as), dan dengan kemunculanMu di Sa3ir, dan kezuhuranMu di Gunung Faran atau dengan beribu-ribu tentera malaikat yang suci dan bersih dan tunduk hormat malaikat yang bertasbih]?

Jawapan: (Sa3ir) adalah bumi ibadah dan Tauhid dan ia adalah Tanah Suci, iaitu Bait Al-Maqdis dan di sekitarnya. Dan (Faran) tempat perlindungan istighfar dan taubat dan ia adalah Mekah dan di sekitarnya. Nabi yang telah diutus di dalam Sa3ir adalah Isa (as), yang diutus di Faran adalah Muhammad (sawas).

Kemuliaan yang muncul di Gunung Sinai (Thur Sinaa’) dan telah berkata-kata dengan Allah SWT Musa (as) adalah Ali (as), Ia adalah pintu limpahan dalam penciptaan, maka Ali (as) berkata-kata pada Musa (as) dan Ali (as) adalah tongkat Musa (as), dan pada hakikatnya tongkat Musa bukanlah tongkat kayu, bahkan tongkat Musa pada hakikatnya daripada rautan di tepi laut dan ia adalah kata-kata Allah)

﴿كَلَّا إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ﴾
["Sekali-kali tidak akan tersusul; sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku".] [37]),
Ia adalah keyakinan yang teguh di hati Musa (as), dan Kalimat Allah dan keyakinan: Ali bin Abi Talib (as).

(وبطلعتك في ساعير)
[dan dengan kemunculanMu di Sa3ir]:
Iaitu kemunculan Allah di Sa3ir, dan Allah SWT muncul di Sa3ir pada Isa bin Mariam, dan kemunculan iaitu kemunculan dan kezuhuran separa (al-juz’ei - sebahagian) bukan sempurna (al-muktamil), Maka Isa (as) adalah Allah dalam penciptaan, akan tetapi ia bentuk tidak lengkap. Itu adalah utusan kemunculan Allah SWT, dan dengan ini adalah Isa menyediakan untuk diutus Muhammad (sawas); kerana kemunculan menjelang kezuhuran.

(وظهورك في جبل فاران)
[dan kezuhuranMu di Gunung Faran]:
Iaitu Zuhur Allah SWT, dan dengan kezuhuran ini jua dibangkitkan Muhammad (sawas), maka Rasul Al-A’dzam Muhammad (sawas) adalah Allah di dalam penciptaan, dan itulah yang dikemukakan Imam (as) dalam doa diutus Muhammad (sawas) dengan Zuhur Allah SWT. Maka Imam (as) mahu mengatakan dalam doanya bahawa Muhammad (sawas) adalah Allah di dalam penciptaan, dan bahawa diutuskannya adalah kezuhuran Allah. Maka sesiapa yang mengenal Muhammad (sawas) akan mengenal Allah, dan sesiapa yang melihat Muhammad adalah melihat Allah, dan memandang Muhammad adalah memandang Allah.

Hakikat-hakikat ini pada hari ini mula muncul dan menunjukkan keutamaan kepada Imam al-Mahdi (as), Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَالشّمْسِ وَضُحَاهَا * وَالْقَمَرِ إِذَا تَلاهَا * وَالنَّهَارِ إِذَا جَلَّاهَا﴾

Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, * dan bulan apabila mengiringinya, * dan siang apabila menampakkannya, [38],
dan Matahari: Rasulullah Muhammad (sawas), dan Bulan: Ali bin Abi Talib (as), dan dia yang dibaca (bacaan) dari Rasulullah, dan Al-Nahar - hari: ia adalah Al-Qaim (as) [39], kerana dia adalah orang yang zahir, ditajalli dan diberi keutamaan oleh Rasulullah (sawas) yang hakiki, dan maqamnya yang agung (al-‘adzim).

Walaupun ia pada hakikatnya wujud dalam Alam Jasmani ini bahawa matahari adalah tajalli (menampakkan) hari dan kezuhurannya, tetapi Allah berfirman dalam surah ini:

﴿وَالنَّهَارِ إِذَا جَلَّاهَا﴾
dan siang hari apabila menampakkannya
(iaitu matahari), maka Imam Mahdi (as) memang benar sesungguhnya dia zuhur dan tajalli dari Rasulullah (sawas), tetapi dia pada akhir zaman adalah yang muncul (zahir) dan tajalli Rasul Allah (sawas) kepada manusia.




✡✡✡✡✡


----------------------
[37] – Al-Syu3araa’ 26: 62.
[38] – Sun 91:1-3.

[39] – Dari Al-Harits Al-A3war Hussein bin Ali (as): (Wahai anak Rasulullah Semoga aku jadi tebusan Tuan, Khabarkan padaku tentang kata-kata Allah dalam Kitab Al-Mubin-Nya: (Demi matahari dan cahayanya di pagi hari) beliau berkata: Celakalah kamu wahai Harith Muhammad itu Rasulullah, aku berkata: (dan bulan apabila mengiringinya) katanya, Amir Al-Mukminin Ali bin Abi Talib (as), diikuti Muhammad (sawas), katanya : aku berkata: (dan siang hari apabila menampakkannya) beliau berkata Itu Al-Qaim (as) dari Aali Muhammad (sawas) memenuhi bumi dengan keadilan dan kesaksamaan) Bihar Al-Anwar: Jilid. 24, halaman  79.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan