Halaman

Khamis, 12 Jun 2014

Soalan 45 : Apakah maksud ayat-ayat awal dalam Surah Al-Baqarah

Soalan / 45 : Apakah maksud ayat-ayat awal dalam Surah Al-Baqarah:
﴿ألم * ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين * الذين يؤمنون بالغيب﴾
 Alif laam miim * Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,* (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
﴿آلم * ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدىً لِلْمُتَّقِينَ * الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ * وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ * أُولَئِكَ عَلَى هُدىً مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ﴾

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alif laam miim * Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,* (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.* dan yang beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. * Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung. [87].

Nama Allah: Adalah Kota Kesempurnaan (Madinah Al-Kamalat) yang terbit dan ditajjalikan dari hakikat kebenaran pengenalan ZatNya Yang Maha Suci yang tidak akan mengetahuinya melainkan Dia Yang Maha Tinggi lagi Maha Suci. Seperti Al-Rahman dan Al-Rahim dan kedua-duanya bersatu dalam makna sebagai contoh mewakili pintu Kota ini, dan bayangan Kota ini dalam Alam Mumkinaat) (Alam Kemungkinan) yang terbit (bersinar) pada ZatNya dan ditajallikan pada Muhammad (sawas), Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ﴾

Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. [Al-Qalam 68:4] [88]
kerana dia berakhlak dengan akhlak Allah, jika tidak, tidak perlulah untuk disifatkan sebegitu agung melainkan jika ia mewujudkan dan kelihatan dengan akhlak (yang dikehendaki) Allah yang Maha Suci, dan dia adalah Muhammad (sawas) Kota Ilmu.

Ada pun pintu Kotanya adalah Ali (as) dan Ia bercampur dengan daging dalam daging dan darah di dalam darah Fatimah (as) sendiri, dan begitulah dengan Ali (as) tajalli Al-Rehman, dan Fatimah (as) tajalli Al-Rahim, kedua-duanya bersatu sebagai kesatuan Seperti Al-Rahman dan Al-Rahim dan sepakat kedua-duanya sebagai tidak terpisahnya Al-Rahman dan Al-Rahim.

﴿أ ل م﴾ Alif Lam Mim: (Amirul Mukminin (as) berkata: Aku: ح  (Ha) Al-Hawwamim, Aku: sebahagian dari Alif Lam Mim Aku: terjemahan ص (Shad)... Aku: ن والقلم (Nun dan Kalam) [89]. Huruf-huruf ini adalah nama-nama Ahl al-Bayt (as), dan (م - Mim) adalah Mohammed, dan (ل - Lam) Ali, dan (أ - Alif) Fatimah dan dikira bilangan huruf dan jumlahnya empat belas pada bilangan mereka (as). Mengulangi Al-Mim (17) kali, dan Lam (13) kali, dan Alif (13) kali.

Dan huruf-huruf ini membentuk Al-Quran, mereka (3alaihi al-salam) adalah Al-Quran [90]. Dan dari huruf-huruf ini membentuk Al-Ism Al-A3dzam (Nama Yang Agung) seperti yang diriwayatkan dari mereka (3alaihi al-salam) [91], ia adalah Al-Ism Al-A3dzam (Nama Yang Agung) seperti yang diriwayatkan dari mereka (as) juga [92], iaitu tajalli Al-Ism Al-A3dzam, dan tidak boleh diketahui (dikenal) Al-Ism Al-A3dzam, atau dikatakan Al-Ism Al-A3dzam dalam Alam Penciptaan (alam kemungkinan-kemungkinan).

Penulisan yang terdiri daripada mencampurkan empat belas huruf bercahaya dengan empat belas huruf kegelapan yang selebihnya, dan juga kewujudan makhluk yang (Al-Mumkin) terdiri daripada yang bercampur cahayanya dengan kegelapan, atau dikatakan: tajalli cahayanya dengan kegelapan.

Mereka (as) juga mewakili tajalli cahaya Allah SWT dengan kegelapan, dan saya maksudkan dengan kegelapan yang tiada sebelum diwujudkan, FirmanNya SWT:

﴿اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُور ٍ﴾

Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), [Al-Nur 24:35] [93].
Mereka (as), perumpamaan cahaya Allah  [94].

:﴿ذَلِكَ الْكِتَاب﴾ Inilah Kitab (Zhalika: adalah Ism Isyarat (kata ganti petunjuk) untuk yang jauh, di sini ia merujuk pada huruf-huruf: (ا ل م) yang berdekatan, Ukuran yang ada di sini bukan pada tempat, tetapi pada urusan, jadi nama-nama yang barkah ini, iaitu Kitab Allah adalah juga urusan tinggi bertaraf tinggi dan maqam yang tidak terjejas, bersabda (sawas) yang bermaksud: (Wahai Ali, tiada yang mengenal Allah melainkan aku dan engkau, dan tiada yang mengenal ku, melainkan Allah dan engkau, dan tiada yang mengenal engkau melainkan Allah dan aku ) [95].

Al-Kitab: Adalah Kitab Allah, kitab yang di dalamnya mengandungi ilmu dan ia adalah Muhammad (sawas) atau Mim, ia adalah Ali atau Lam, dan juga adalah Fatimah atau Alif.

Dan Muhammad (sawas) adalah Kitab yang paling lengkap dan Kalimah sempurna dan yang paling utama yang dikenali sebagai Kitab Allah padanya, maka semua kewujudan dilibatkan dalam helaian kewujudannya yang diberkati dan dituliskan di dalamnya, iaitu kalimah-kalimah yang ditulis di dalam catatan.

Dia adalah selawat (sanjungan) Allah atasnya di alam penciptaan Al-Alif dan Al-Ba’, pada permulaan dan pengakhiran, yang zahir dan yang batin. Iaitu Ali dan Fatimah, tetapi selawat Allah pada KitabNya tanpa hijab,dan selawat Allah atas kedua mereka dihijab dengan baginda (sawas) dari Al-Zhat. Baginda adalah Kota dan kedua mereka adalah pintu yang mendokong penciptaan, dan keluar dari keduanya, dari keduanya dilimpahi ke atas penciptaan.

Adapun pintu lain bagi Kota dan Kitab yang berhadapan dengan Al-Zhat Al-Ilahiyah adalah Al-Rahman, ia adalah Pintu Besar Al-Rahmah membuka (membentang) alam penciptaan, atau sebagaimana yang dinamakanNya Al-3alam Al-Imkaan (alam kemungkinan-kemungkinan), dan dengan diberkatiNya penciptaan manusia, malaikat dan jin-jin, dan dengannya diberi pengetahuan, diberi rezeki dan dengannya ditadbir urusan-urusan, jika diurus tanpanya untuk mempergiat penghasilan-penghasilan dan seumpamanya, Dan setelah apa yang kekal zahir atas bumi seseorang dari penciptaan ini yang hanya mengingat dirinya yang sangat lalai mengingati  Tuhannya, FirmanNya Yang Maha Tinggi:

﴿الرَّحْمَنُ *عَلَّمَ الْقُرْآنَ * خَلَقَ الْأِنْسَانَ * عَلَّمَهُ الْبَيَانَ﴾

(Al-Rahman) Yang Maha Pemurah, * Yang telah mengajarkan al Quran. * Dia menciptakan manusia. *  Mengajarnya pandai berbicara. [Al-Rahman 55:4]  [96].

Dan FirmanNya Yang Maha Tinggi

﴿وَهُمْ يَكْفُرُونَ بِالرَّحْمَنِ قُلْ هُوَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ مَتَابِ﴾

padahal mereka kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. Katakanlah: "Dialah Tuhanku tidak ada Tuhan selain Dia; hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya aku bertaubat". [Al-Ra3d 13:30] [97].

Maka Tuhan Muhammad (sawas) dan pemberi kesempurnaan adalah Al-Rahman, Al-Rahman adalah pintu Zhat yang melimpahi dariNya kesempurnaan atas Muhammad (sawas).

FirmanNya Yang Maha Tinggi:

﴿ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيّاً مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى﴾

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai Al-Asmaa Al-Husna (nama-nama yang terbaik) [Al-Israa’ 17:110] [98].
Khusus bagi menyebut dua nama-nama ini; kerana limpahan keduanya, yang pertama – Allah – menghimpun kesempurnaan zhat, dan kedua pintu Zhat.
Dan setelah zuhur Zhat (diri manusia) dalam alam penciptaan, ia adalah Ali (as), Tidak hairanlah beliau (as) mengatakan: (Aku penentu semesta, dan pengatur bintang-bintang di langit-langit, dan di antara keduannya dengan izin Allah Taala, dan atas KudratNya keupayaan dan Dan dinamakan sempena namaNya dan menari-menari dan menentukan jam-jamnya, dan mengelilingi matahari, dan memancarkan cahayanya, dan menjadikan laut bergelora dengan kuasa Allah dan akulah orangnya, berkata Ibn Qudamah: Ya Amir Al-Mukminin kalaulah tuan tidak melengkapkan Kalimah yang dikatakan untuk kami, لا اله إلا أنت Tiada Tuhan Melainkan Engkau, berkata Amir Al-Mukminin (as): Wahai Ibn Qudamah tidak hairan akan memusnahkan kamu dengan apa yang kamu dengar, kami para murabbi bukan Tuhan-tuhan, kami menikahi wanita dan kami pembawa kandungan dalam rahim-rahim sebagai bapa-bapa, Kami mempelajari apa yang telah dijadikan dan apa yang ada di langit-langit dan apa yang ada dan bumi-bumi, dengan Ilmu Tuhan kami, maka kami para pentadbir, kami dikhususkan untuknya, dan kami diberi pengetahuan.) [99].

Dengan Ali mentadbir alam penciptaan (alam kemungkinan-kemungkinan), ia adalah tajalli daripada nama Al-Rahman, ia adalah pintu yang keluar daripadanya apa yang ada pada Kota - Muhammad (sawas) – kepada yang sama dengannya.

Dan kekal bahawa Kitab itu akan dipanggil Al-Quran Al-Karim, Muhammad (sawas) dan Ali (as) adalah jurucakap Al-Quran [100].dan Al-Quran Al-Karim bukan sahaja satu lagi rupa bentuk (imej) Muhammad (sawas).

﴿لا رَيْبَ فِيه﴾
Al-Raib: Tiada keraguan padanya: Bermakna kebimbangan diri dan rasa takut dan tidak mententeramkannya, dan dia adalah dari keraguan yang lazim sehinggakan dia sama-sama meraguinya sekali sekala, terutama keraguan dalam bentuk akidah, ia perlu menahan diri dan tidak perlu bimbang dan ditenteramkan akibat dari ketakutannya.

Maksudnya adalah: Dengan ia mencari kebenaran dan tidak meragui dengan Al-Kitab, iaitu pada Muhammad, Ali dan Fatimah, Imam-imam dan Al-Quran. Dan sama pada Al-Kitab itu sendiri yang tiada keraguan di dalamnya, Muhammad sama (sawas) jiwa yang menenangkan dan meyakinkan, dan begitulah juga dengan Ali dan Fatimah dan Imam-imam (as).

Kedua-dua yang terlibat adalah betul, makna yang terakhir ini yang termasuk makna yang pertama. Ia menerangkan sifat ini [101] tugas Al-Kitab ini sangat diperlukan; untuk memberikan panduan kepada orang lain.
﴿هُدىً لِلْمُتَّقِينَ﴾
[petunjuk bagi mereka yang bertakwa]: Oleh kerana Al-Kitab ini adalah (Muhammad (sawas) serta imam-imam) yang memberi ketenangan dan keyakinan kepada Allah dan Risalah yang diamanahkan melaksanakannya, dan memimpin kepada kebenaran, ia adalah untuk panduan dan yang selainnya serta menjadi petunjuk dan ilmu yang dengannya menunjukkan cara (jalan) itu, tetapi siapakah pihak ketiga ini?

Adakah kerana (sawas) cahaya yang haq, yang yakin dan yang bertakwa menjadi panduan untuk semua? Adakah kerana dia tahu untuk membetulkan semua yang menjadi panduan kepada semua orang mukmin, fasik dan munafik...? Sudah tentu tidak, kerana yang biasa dengann hidayah kepada kebenaran ada dua perkara:

Yang pertama ialah ilmu petunjuk jalan (pemimpin) dan cahaya pembimbing yang menyuluhnya, dan ini adalah Al-Mahdi (yang meminpin), Al-Hadi (penunjuk jalan) Nabi atau Imam.

Yang kedua adalah hakikat bahawa sifat manusia adalah berpandukan kepada cahaya yang menyuluhnya ini, maka orang yang mencemarkan fitrah yang difitrahkan oleh Allah kepadanya. Bagaimana mereka mendapat petunjuk? Walaupun mengikuti cahaya ini, mereka mendekatinya tidak memberi manfaat kepada mereka pendekatan ini kerana mereka tidak melihat, kamu akan dihukum kerana menjauhkan diri. Akan dihukum mereka dari sini, dan dengan Kitab ini atau Rasul atau Imam panduan kepada pemilik yang yakin, kerana yakin pakaian taqwa.

Persoalannya di sini ialah: orang yang bertakwa pada zaman Rasulullah diutus bersama baginda? Takwa tidak akan datang melainkan selepas iman, bahkan ia adalah pada darajat yakin yang tinggi. Mengapa tidak dikatakan: (Huda Li Al-Muttaqin atau Li Al-Muqinin) petunjuk bagi orang yang beriman atau orang yang yakin? Kemudian Muhammad (sawas) dan Al-Quran petunjuk untuk semua manusia, dan dakwah Islam secara umum, dan tidak dimaksudkan secara khusus? Kemudian bukankah boleh menjadi pakaian takwa yang beragama Hanif, Yahudi atau Nasrani sebelum menyerah (Islam) dengan sifat-sifatnya?

Jawapannya untuk itu: orang yang bertakwa adalah sebahagian dari orang-orang Hanif, Yahudi dan Nasrani pada zaman Rasulullah (sawas), ketiga-tiga agama adalah sebahagian ahli-ahli  agama yang mempunyai ciri-ciri di mana mereka mendirikan sembahyang (solat) dan memberi sedekah kepada orang miskin (fukaraa’), FirmanNya Yang Maha Tinggi:

﴿فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ لِتُبَشِّرَ بِهِ الْمُتَّقِينَ﴾

Maka sesungguhnya telah Kami mudahkan (Al Quran) itu dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertakwa, [Maryam 19:97] [102].

Kemudian ayat-ayat itu menunjukkan hal keimanan mereka dengan apa yang diturunkan sebelum Al-Rasul, iaitu mereka adalah penganut agama-agama samawi. Kemudian ketakwaan pada zaman Imam Mahdi (as) mereka adalah sebahagian daripada orang-orang Islam, dan begitulah pada Aimmah (as) kepada Imam Mahdi (as). Oleh itu, dalam zaman kita ini, sebagai contoh, iman dan bahkan juga yakin dengan Nubuwah Ahl Bait tidak cukup untuk melayakkan manusia untuk mengikuti Imam al-Mahdi (as) dan bersamanya di barisan pertama atau yang kedua, yakni, 313 atau (10 000) sepuluh ribu, bahkan yang bekerja dan beramal dengan Syariat Islam, bahkan juga keikhlasan untuk bekerja dan beramal untuk menghadap Allah yang menjadi peribadi Muslim yang beriman dan bertakwa, dan menjadikan Imam Mahdi sebagai pembimbingnya dan saudaranya, ayat-ayat itu menunjukkan kelompok utama dari mukminin dengan ilmu hidayah dan Al-Kitab zaman mereka, dan bukan semua mukminin bersama Rasul.

﴿الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ * وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ﴾
mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.* dan yang beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu, serta pada hari akhirat mereka yakin. [103].
Iman adalah membenarkan, tetapi apa yang dimaksudkan dengan ghaib di sini?

Mungkin huraian jawapannya akan menjadi satu senarai yang panjang, tidak akan dikira keghaiban yang sudah pasti, dengan ringkasnya saya mengatakan: sifat Alam Malakut (Kerajaan Langit) dan Alam Aqal kedua-duannya adalah alam ghaib yang lebih kecil, dan sifat Alam Al-Lahut- atau Al-Zhat dan Hakikat atau Al-Kunhu (realiti) - kedua-duannya adalah alam ghaib yang lebih besar.

Alam ghaib yang lebih kecil mungkin diperlihatkan kepada sebahagian Auliak Allah SWT, seperti yang diperlihatkan kepada Ibrahim (as), (agar Kami perlihatkan kepadanya kerajaan langit dan bumi), bahkan diperlihatkan bagi mereka yang berada di jalan Allah SWT, walaupun akibatnya seperti yang diselewengkan Al-Samiri:

﴿بَصُرْتُ بِمَا لَمْ يَبْصُرُوا بِهِ﴾
"Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, [Thaha 20:96] [104],

Dan juga seperti Bal3am bin Ba3uraa’:
﴿آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا﴾
orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami, kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, [Al-A3raf 7:175] [104],
Dan diriwayatkan bahawa dia telah melihat apa yang berada di bawah Al-‘Arasy [106].

Adapun alam ghaib yang lebih besar, dibahagikan kepada: yang ghaib Al-‘Adzim atau Al-‘Aliy (yang Agung atau yang Tinggi) dan yang ghaib Al-A’dzam atau Al-A’laa (Yang Teragung atau Yang Tertinggi), dan keduanya seperti tasbih solat pada rukuk dan sujud.

Dan (alam) ghaib Al-‘Adzim tidak diperlihatkan sesuatu darinya, kecuali kepada nabi yang mulia, dan bagi orang yang diberi ucapan ia adalah pada ciptaan yang besar [107], Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar. [108]. Melalui [109]  hadits dari Imam Shadiq (as) dalam memperlihatkan hijab (tabir) terbesar kepada Al-Rasul secara khusus. Ia adalah hijab yang tidak diperlihatkan kepada Amir Al-Mukminin (as), dia telah mengatakan sesuatu yang bermaksud : (jika diangkat kepadaku penutup (hijab) tidak akan bertambah pada ku keyakinan ) [110].

Adapun alam ghaib Al-A’laa atau Al-A’dzam (Yang Tertinggi atau Yang Teragung), ia adalah hijab-hijab untuk semua, dan yang menghijab Al-Zhat Al-Asmaa’ Al-Husna (Zhat Nama-nama Terbaik).

Dengan itu maka Iman di dalam mana pun alam-alam ini: Kerajaan Langit (Malakut), dan Aqal dan Al-Zhat dan Al-Hakikat, beriman kepada yang ghaib, dan darajat iman ini dijelaskan dengan contoh ringkas ini: Katakanlah kebakaran berlaku hanya lima kilometer dari tempat saudara berada, saudara dapati perkhabaran dalam salah satu daripada kaedah berikut:
1 - Disampaikan kepada saudara orang jujur lagi terpercaya khabar (berita) kebakaran tersebut.
2 - Saudara pergi dan melihat kebakaran dengan mata saudara sendiri.
3 - Saudara pergi dan melihat kebakaran dan menghulurkan tangan saudara ke dalam api dan membakar (mencederakan) tangan saudara.
4 - Saudara masuk ke dalam api dan terbakar sehingga saudara sendiri menjadi api.

Mungkin seseorang dengan segera mengatakan: Dari perakuan lima puluh orang yang terpercaya dan tidak akan berbohong pada dirinya sendiri dengan kecerdasan ilmu (akal)nya melihat api dengan matanya sendiri, dan yang dengan dirinya sendiri oleh kecerdasan ilmu (akal) melihat api dengan matanya sendiri dan membakar tangannya.

Tanggapan ini; pertama kerana ilmu boleh ditolak walau pun jika saudara menyaksikan (melihat) lima puluh yang terpercaya apabila sesungguhnya tidak ada kebakaran, dan yang kedua boleh ditolak jika saudara mengesyaki bahawa kebakaran ini adalah sihir dali ahli sihir yang hebat seperti ahli sihir Firaun, yang menjadikan orang banyak itu takut dan mata yang kena sihir. Ketiga ini tetap tidak membatalkan kewujudan kesan api di tangan saudara, dan hati menjadi tenang.

Yang Maha Tinggi berfirman:

: ﴿أَوَلَمْ تُؤْمِنْ قَالَ بَلَى وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي﴾

"Belum berimankah kamu?" (Ibrahim) menjawab: "Bahkan (aku telah mengimaninya), akan tetapi supaya tenang hatiku. [Al-Baqarah 2:260] [111].
Ibrahim (as) meminta (mencari) darajat iman seperti ini, dan Oleh itu, kemudiannya Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَكَذَلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ﴾

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim Kerajaan (Malakut) di langit dan bumi dan agar dia termasuk orang yang yakin. [Al-An3am 6:75] [112].

Keempat, yang menyatakan bahawa dia terbakar di dalam api sehingga dia menjadi api, ini tidak pernah tercapai (ditahkik) kecuali Muhammad (sawas) al-Insan. Baginda sahaja yang disingkap (diperlihatkan) hijab, maka jadilah dia dekat (sejarak) dua hujung busur panah atau lebih dekat (lagi), dan baginda menjadi (shalawat Allah 3alaihi wa 3ala Aalihi) hijab (tabir) Al-Zhat, dan yang kasyaf padanya Al-Ghaib Al-‘Adzim (yang ghaib agung), atau dalam erti kata lain Al-Zhat atau dikatakan: Al-Kamalaat Al-Ilahiyah (Kesempurnaan Ketuhanan) yang disebut kepadanya dengan Kalimah Allah.

Dalam hadits Hisham bin Al-Hakim, daripada Abi Al-Hasan Musa (as), beliau berkata: Aku bertanya kepadanya bahawa apakah kelebihan melakukan takbir pada iftitah (pembukaan) dengan tujuh takbir? Dan mengapa membaca ketika rukuk
سبحان ربي العظيم وبحمده؟
[Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung dan pujuan bagiNya?]
Dan membaca ketika sujud
سبحان ربي الأعلى وبحمده؟
[Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tertinggi dan pujuan bagiNya?]
Beliau berkata : (Wahai Hisham, bahawa Allah Tabaraka wa Taala menciptakan tujuh langit dan tujuh lapis bumi dan tujuh hijab, apabila telah diperjalankan (dan Mikraj) Nabi (sawas) maka jadilah dia dekat (sejarak) dua hujung busur panah atau lebih dekat (lagi), diangkat hijab baginda dari hijabNya maka Rasulullah (sawas) bertakbir, dan dijadikan kalimaat yang diucapkannya seperti yang kita baca dalam iftitah, dan baginda telah mengangkat takbir kedua, dan baginda tidak berhenti sehingga sampai tujuh hijab dan bertakbir tujuh takbir. Setelah baginda berzikir (menyebut) dan baginda menggeletar melihat kebesaran Allah, Baginda terus bertekuk rukuk dan membaca:
[سبحان ربي العظيم وبحمده],
dan apabila dia berdiri kembali (i3tidal) dari rukuk masih terus melihatNya dalam kedudukan yang lebih tinggi dari kedudukan itu, lalu sujudlah baginda atas wajahNya sambil membaca: Wahai Tuhanku
[سبحان ربي الأعلى وبحمده]
Maka setelah tujuh kali merasa tenang padanya dari rasa takut, oleh itu ia mengambil sebagai sunnah. [113]..

:﴿وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ﴾
dan mendirikan shalat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.:
mendirikan shalat iaitu bertawajjuh kepada Allah, dan rendah hati (khusyu3) dan hadir di hati. Dan menginfakkan di sini termasuk Zakat yang diwajibkan, dan sedekah yang mustahab (sunat). Mungkin telah dinyatakan kedua-duanya ini adalah ibadah yang ditinggalkan yang sama pada keduanya keutamaannya, Bagi Agama Hanif berhaji dan mengucapkan Talbiah hampir sama Talbiah umat Islam hari ini [114], bahkan hampir-hampir dengannya, Tetapi Haji itu Kosong isinya kerana ia adalah daripada Wilayah Auliak Allah dan hujjah pada ciptaanNya, dan orang-orang Yahudi dan Masehi (Nasrani) berpuasa, dan Allah lebih mengetahui.

Sifat-sifat bagi orang-orang yang bertakwa ini kesemuanya diperkirakan, pada zaman Al-Rasul  dan bagi orang Hanif yang bertakwa dalam solahnya, bagi orang Yahudi yang bertakwa dalam solahnya. bagi orang Kristian yang bertakwa dalam solahnya dan mungkin dengan tujuan seseorang mengatakan: agama-agama Ini di zaman Al-Rasul telah diselewengkan aqidahnya dan terutamanya bagi syariahnya dan cara-cara beribadah, mereka tidak melaksanakan sebagaimana yang datang daripada Al-Rasul mereka, yang diperintahkan, kepada Ibrahim, Musa dan Isa (as)?

Aku katakan: Orang-orang yang bertakwa yang wujud dalam setiap agama di zaman Al-Rasul (sawas), meskipun tidak menyeleweng, mereka mungkin menjauhi penyelewengan ini seperti yang diriwayatkan daripada Al-Rasul (sawas) dengan kebenaran datuk baginda Abdul Muttalib [115], Mereka tidak kurang pula orang-orang yang berpegang dengan yang berhati-hati dengan tidak memuja patung-patung Quraisy yang mereka ada-adakan, Tidak menafikan al-Bahirah, al-Haam dan Al-Saibah, dan tidak mengamalkan Al-Nasi' (mengahwini bekas isteri bapa), dan tidak beriktiqad bahawa Isa sebagai Tuhan, tidak mengharamkan apa yang telah dihalalkan Allah, dan tidak menggantikan apa yang telah diharamkan Allah.

Dan mereka adalah para sahabat Muhammad (sawas) yang dipuji di dalam Al-Quran dalam akhir Surah Al-Fath [116], dan sebahagian daripada mereka yang beriman apabila melihat Rasulullah (sawas), dan sebahagian daripada mereka yang beriman apabila mereka mendengar ayat-ayat Al-Quran dan mengalir air mata mereka kerana mereka tahu ia adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Mereka ada perhubungan dengan Tuhan mereka sebelum diutus Muhammad (sawas) tanpa meminta mukjizat atau satu ayat, tetapi meminta kepada Tuhan mereka untuk mengenali urusan Muhammad (sawas) maka mereka mengenalinya),

﴿الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِهِ هُمْ بِهِ يُؤْمِنُونَ * وَإِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ قَالُوا آمَنَّا بِهِ إِنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّنَا إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلِهِ مُسْلِمِينَ﴾

Orang-orang yang telah Kami datangkan kepada mereka Al Kitab sebelumnya (Al Quran), mereka beriman (pula) dengannya. * Dan apabila dibacakan (Al Quran itu) kepada mereka, mereka berkata: "Kami beriman kepadanya; sesungguhnya; ia (Al Quran) itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan kami, sesungguhnya kami sebelumnya adalah orang-orang yang menyerah (Islam). [Al-Qashash 28:52] 
 [117], mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan Tuhan mereka menambahkan Huda (petunjuk) dengan Muhammad (sawas) dan Al-Quran.

Hari ini musibah itu kembali kepada umat Islam seperti mana hari diutus Rasulullah (sawas), banyak penyelewengan dalam iktiqad telah lama terjadi dalam firqah orang-orang Islam. Penyelewengan dalam hukum-hakam [118] Sesungguhnya saya katakan tanpa teragak-agak, bahawa ia telah memberi kesan kepada semua firqah umat Islam, tanpa pengecualian, bahkan juga saya perkatakan bahawa ia di sisi setiap ahli ilmu membebaskan diri dari dan memecahkan sekatan bertaqlid secara membuta tuli, dan berpendirian ego-keakuan dan keinginan dan mengambil ilmu dari ahlinya; iaitu dari Nabi dan keluarganya (as), tidak melebihi (mendahuui) al-Quran dan Al-Hadits, yang diriwayatkan mereka (as), Dengan pertolongan dari Tuhannya dan dikurniakan kuasa percakapan - yang pada hakikatnya di bawah bayangan akal [119] dan manusia memanggilnya akal - untuk memahami makna yang dimaksudkan oleh Yang Maha Suci dan kemahuan mereka (as), Dan memberi amaran dari al-mutasyabih - dan kebanyakannya - semuanya adalah amaran; supaya berlindung dari gelombang keghairahan, Keegoan (keakuan) dan Syaitan.

﴿وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ﴾
dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan apa yang telah diturunkan sebelummu, dan dengan akhirat mereka yakin. [120] dan ini adalah sifat-sifat, iaitu: (beriman kepada apa yang diturunkan sebelummu) mengesahkan bahawa orang-orang yang bertakwa yang nasib bagi mereka adalah Muhammad (sawas) sebagai ilmu dan panduan - mereka orang-orang yang berkelayakan dengan beriman dengannya - bukan sahaja yang beriman dengan nubuwah sebelumnya dari agama Hanif, Yahudi dan Kristian ini, yang menyifatkan mereka kerana mereka beriman kepada apa yang diturunkan kepada Al-Rasul; kerana untuk menghurai mengenai hal-hal mereka kerana mereka menyaksikan Al-Kitab itu untuk memberi petunjuk kepada mereka, maka mereka mula memahami Islam dan iman dari Al-Rasul, mereka mendapat petunjuk dari Tuhan dan ditambahkan dengan pimpinan Muhammad (sawas).

Ia telah membenarkan ayat-ayat awal, Jika tidak ayat-ayat hidup seperti Al-Quran, yang merangkumi semua zaman sehingga bangkitnya Al-Saah [121], maka pada zaman ini, sebagai contoh, beriman kepada Al-Mahdi (as) dengan Isa, Ilyas dengan Al-Khidhir adalah Iman dengan apa yang telah diturunkan kepada Al-Rasul, dan apa yang telah diturunkan sebelumnya, kerana Al-Mahdi (as) bersama dengan apa yang diturunkan kepada Al-Rasul. Isa, Ilyas dan Al-Khidhir bersama dengan apa yang diturunkan sebelumnya. Maka mereka (as) adalah ghaib di dalam ayat sebelumnya dan apa yang telah diturunkan di dalam ayat ini.

﴿وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ﴾:
Dan dengan akhirat mereka yakin: (keyakinan sering datang dari penyaksian, Mereka telah melihat sesuatu dengan pandangan akhirat walaupun mereka masih berada di dunia, selepas didedahkan kepada mereka tabir - sudah tentu tabir yang dimaksudkan Amir Al-Mukminin (as), yang tidak didedahkan melainkan hanya Rasulullah (sawas) – Berikutan dengan mujahadah diri mereka dan ketaatan kepada Pencipta mereka, Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَكَذَلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ﴾

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kerajaan) di langit dan bumi dan agar dia termasuk orang yang yakin. [Al-An3am 6:75] [122].

Telah berkata Imam yang bertakwa dan yang yakin: (Dan tidak lekang Allah yang kemuliaanNya melipatgandakan pahala, dalam semua tempoh dan masa, terutamanya semasa peralihan pemerintahan yang (tempoh di antara kedatangan dua nabi) ada hamba yang Allah - besarkan adalah nikmat-nikmatNya - membisikan (melalui ilham) ke dalam fikiran dan akal mereka, dan menyinari mata hati dan telinga mereka dengan cahaya kesedaran.yang mengingati hari-hari Allah dan yang takut dengan maqamNya, adalah sebagai bukti pada anak-anak keledai (jenis syaithan yang menampakkan diri kepada manusia untuk menakut-nakuti dengan mewarnai diri yang menyesatkan manusia - pent), yang bertujuan memuji jalannya dan memberi kabar gembira kepadanya yang masih hidup, sesiapa mengambil jalan kiri atau kanan adalah tercela padanya dan diperingatkan dengan azab, dan juga adalah sinar kegelapan dan membimbing kepada syak wasangka. dan mengingati dan mengalu-alukan serta mengambil dunia sebagai ganti, maka ia tidak beramal sebagai pedagang dan tidak berjual beli yang tidak memalingkan dia dengannya dari hari-hari dalam hidup, dan melaungkan tegahan-tegahan semua yang diharamkan Allah ke dalam telinga orang yang lalai, dan menyeru berbuat keadilan dan menyeru kepadanya, dan mencegah daripada berbuat kejahatan dan mencegah darinya, seolah-olah kelihatan pada keaiban penghuni barzakh yang tinggal lama di dalamnya, dan hakikat kiamat pada mereka memusuhinya, maka dibukakan penutupnya bagi penduduk dunia sehingga mereka tidak melihat apa yang dilihat orang dan tidak mendengar apa yang didengar orang... ) [123].

Ditunjukkan di sini bahawa sifat-sifat ini khusus untuk para mukmin, dengan risalah samawi secara amnya, dan risalah Muhammad ( p) khususnya. Mereka tidak melihat sejarah Islam, kecuali sebahagian kecil daripada mereka, dan Kebanyakan mereka adalah sahabat Imam Mahdi yang terdiri daripada 313 orang, dan kemudian barisan kedua, yang mengikuti mereka sepuluh ribu orang; ansar Imam (as).
﴿أُولَئِكَ عَلَى هُدىً مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ﴾
[Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.]
dan panduan ini adalah sebelum perkara iman dengan risalah yang baru, kerana mereka mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, kerana mereka taat kepadaNya. Kerana mereka pemilik rahsia dengan Tuhan mereka, dan bagi mereka perkara-perkara bersama Pencipta mereka, dan kerana itu juga mereka tidak perlu mukjizat terlebih dahulu, tetapi hanya cukup dengan melihat Al-Rasul atau mendengar sesuatu dari Al-Quran kepada iman, kerana mereka mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, merekalah orang yang mengenal bahawa Muhammad (sawas) yang benar dan rasul, Dialah Allah yang mengutus Muhammad (sawas), dan sebagai contoh kepada para sahabat Muhammad (sawas) adalah Salman Al-Farisi adalah berasal dari seorang Kristian,
والحمد لله وحده.
dan pujian bagi Allah semata-mata.


✡✡✡✡✡

------------------------
[87] – Al-Baqarah: 1-5.
[88] – Al-Qalam: 4.
[89] – Al-Syiah wa Al-Raj3ah : halaman 150, Khutbah Al-Bayan.
[90] - Ia telah terkandung di dadanya, Al-Zahraa’ (as) kitab Allah dan ayat-ayatNya, Dan kini mereka menjadi bekas simpanan ilmuNya di langitNya dan di bumiNya, dari Abi Abdillah Al-Shadiq (as): (Allah mencipta kita dengan sebaik-baik bentuk rupa kita dan menjadikan mata pada hambaNya, dan lidah pertuturan pada penciptaannya, dan tangannya yang seimbang untuk hambaNya yang amat pengasih dan rahmah, dan wajah yang didatangkan dariNya, dan pintunya yang dipertunjukan dariNya, dan khazanahNya di langit dan di bumiNya, kami menghasilkan pokok-pokok dan berkembangnya buah-buahan, yang mengalirkan sungai dan menurunkan hujan lebat dari langit dan menumbuhkan rumput-rumput di bumi, dan dengan perhambaan Abd Allah (hamba Allah), walaupun kita bukan Abd Allah (hamba Allah)(yang sebenar)) Al-Kafi: Jilid 1 halaman 144 bab 5.
[91] - dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: ( " الم " adalah huruf dari huruf suku kata nama Allah Yang Teragung dalam Al-Quran yang ditulis Rasulullah (sawas) atau Imam, jika berdoa dengannya akan dikabulkan ) Ma3ani Al-Akhbar: halaman 23.
[92] - telah diriwayatkan dari mereka (as) bahawa mereka mempunyai nama Yang Teragung kesemuanya, diizinkan Allah dengannya untuk seseorang dari ciptaanNya apa yang dikhususi Allah sendiri, dari Abi Ja'far (as) berkata: (bahawa nama Allah Yang Teragung kepada tujuh puluh tiga huruf-huruf, tetapi ia adalah apabila disifatkan termasuk satu huruf dari sebutannya maka Allah menenggelamkannya ke dalam bumi, di antaranya membawa istana Balqis dengan tangannya dan kemudian kembali semula ke bumi (tempat)nya itu dengan lebih cepat daripada sekelip mata, dan kami mempunyai nama Yang Teragung tujuh puluh dua huruf-huruf, satu huruf di sisi Allah Taala diambil kira dengannya dalam ilmu ghaib di sisiNya, ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم dan tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah SWT ) Al-Kafi: Jilid 1 halaman 339 bab 1.
[93] – Al-Nur: 35.
[94] – Dari Abi Khalid Al-Kabili berkata : Saya bertanya kepada Aba Ja'far (as) mengenai firman Allah SWT, "dan mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan cahaya yang diturunkan kepada kami," katanya : (Wahai Aba Khalid cahaya demi Allah, adalah para imam daripada keluarga Muhammad (sawas) sehingga hari kiamat, dan mereka demi Allah, cahaya Allah yang diturunkan, dan mereka dan demi Allah adalah cahaya, Allah di langit dan di bumi, dan demi Allah, wahai Aba Khalid, bagi Nur Al-Imam dalam hati orang-orang Mukmin cahaya-cahaya (Anwar) dari matahari yang menerangi pada siang hari, dan mereka demi Allah cahaya yang menyinari hati orang-orang Mukmin, dan Allah Azza wa Jalla menghijab cahaya mereka dari sesiapa yang dikehendakiNya maka tesesatlah hati mereka, demi Allah, wahai Aba Khalid tidak mengasihi hamba dan tidak juga berpaling kepada kami sehingga Allah membersihkan hatinya, dan Allah tidak membersihkan hati hamba sehingga menyerah kepada kami dan menjadi selamat kepada kami, Jika Allah menjadi selamat kepada kami diselamatkanNya dari hisab yang teruk dan selamatkan kita dari kengerian hari kiamat yang besar) Al-Kafi: Jilid 1 halaman 194 bab 1. Ketika cahayaNya Yang Maha Suci menyinari diriNya adalah mereka (as), seperti cahayaNya; bersinar keranaNya hampir-hampir menerangi dengan Allah tidaklah dengan sendirinya (minyak hampir bercahaya ).
[95] – Mukhtashar Bashair Al-Darajat: halaman 125.
[96] – Al-Rahman: 1-4.
[97] – Al- Ra3du: 30.
[98] – Al-Israa’ : 110.
[99] – Al-Khuthbah Al-Tathannajiyah, Ilzam Al-Nashib: halaman 214.
[100] – Berkata Amir Al-Mukminin (as) sebelum Peristiwa Tahkim pada Perang Shiffin: (Aku Quran yang bercakap) Yanabai3 Al-Mawaddah 1: 214 bab 20. Dia (as) juga Berkata: (Al-Quran itu senyap, dan Aku Quran yang bercakap) Al-Kasyaf: Jilid 1 halaman 9-10.
[101] - iaitu, hakikat bahawa Al-Kitab itu tiada keraguan di dalamnya.
[102] - Maryam: 97.
[103] – Al-Baqarah : 3-4.
[104] - Thaha: 96.
[105] – Al-A3raf: 175.
[106] – Dari Abi Al-Hassan Al-Ridha (as): (Bahawa telah diberikan kepada Bal3am bin Ba3uraa’ nama Yang Teragung dan dia telah berdoa dengannya dimustajab doanya, dia cenderung kepada Firaun, ketika ia pergi kepada Firaun untuk mencari Musa (as) dan para sahabatnya, Firaun berkata kepada Bal3am : Berdoalah kepada Allah atas Musa dan sahabatnya, supaya menjauhkan dia dari kami, maka dia menunggang keldainya untuk pergi mencari Musa (as), tetapi keldainya mendiamkan dirinya (tidak mahu bergerak), lalu dia mula memukulnya, maka Allah Azza wa Jalla menjadikan keldainya bercakap, maka dia berkata: Celakalah kamu, mengapa kamu memukulku, adakah kamu mahu aku pergi bersama mu untuk berdoa ke atas nabi Allah Musa (as), dan orang-orang yang beriman? Tetapi dia terus memukul sehingga (keldainya) terbunuh, dan dan dilucutkan Nama (Yang Teragung) itu dari lidahnya... ", dan Dia SWT berfirman
فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ * وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَـكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث
kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat... Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dijulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjulurkan lidahnya (juga). Ia seperti Allah telah memukulnya...) Tafsir Al-Qumi : Jilid 1 halaman 248.
[107] – Isyarat firman Allah: (وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ)[Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.] Al-Qalam 68: 4.
[108 ] - rujukan kepada ayat: (لَقَدْ رَأَى مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَى) [Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar.] Al-Najm 53:18.
[109] - di bawah soalan No (28 ) Bahagian ini.
[110] – Al-Manaqib oleh Ibn Syahr Asyub: Jilid 1 halaman 317.
[111] – Al-Baqarah 2: 260.
[112] - Al-An3am 6: 75.
[113] – 3ilal Al-Syarai3: Jilid 2 halaman 332.
[114] - Zhikr Al-Syed (as) selepas talbiyaat dalam Kitab (إضاءات من دعوات المرسلين) sila lihat Bahagian III,.
[115] – Dari Ali bin Abi Talib (as), dari Al-Nabi (sawas), bersabda di dalam wasiatnya kepadanya (Ya Ali lima Sunan (sunnah) Abdul Muthallib di zaman jahiliyah dilaksanakan semula oleh Allah dalam Islam: wanita yang dikahwini bapa-bapa diharamkan kepada anak-anaknya, diturunkan Allah Azza wa Jalla: (ولا تنكحوا ما نكح آباؤكم من النساء) [Dan janganlah kamu kawini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu], dan mendapati harta, dan diadakan Harat (Kanz) pada Al-Khumus dan diturunkan Allah Azza wa Jalla ayat: (واعلموا أنما غنمتم من شيء فأن لله خمسه) [Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah], dan menggali Zamzam dipanggil Pemberi minuman Haji diturunkan Allah Azza wa Jalla ayat: (أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الآخر) [Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjid Al-Haram kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian], Sunnah menyembelih seratus ekor unta diteruskan Allah Azza wa Jalla dalam Islam, Tidak ditentukan bilangan tawaf di sisi Quraisy maka sunnah Abdul Muthallib untuk mereka tujuh pusingan tawaf ini diteruskan Allah Azza wa Jalla dalam Islam. Wahai Ali Abdul Muthallib yang tidak bersumpah dengan anak panah, mahupun menyembah berhala, dan tidak juga memakan persembahan pada peringatan (karut-tahyul), dan berkata : Aku pada agama bapaku Ibrahim (as) ) Al-Khishal: Jilid 1 halaman 150.
[116 ] – Allah berfirman: (Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.) [Al-Fat7 48:29].
[117] – Al-Qashash: 52-53.
[118] - Fashal Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) sebahagian perkataan dalam perkara ini dalam Kitab (Al-3ijl - Anak Lembu) sebahagiannya, sila lihat.
[119] - sebagai iktibar bahawa Akal sempurna hanyalah pada Al-Ma’shum sahaja, dan pada yang lain hanyalah bayangan penciptaan, dan dengan itu mereka berhajat kepada Hujjaj Al-Ma’shumin untuk bimbingan dan keselamatan, dan ini adalah apa yang diriwayatkan dalam banyak riwayat.
[120] – Al-Baqarah: 4.
[121] - Dari Abdul Rahim Al-Qashir berkata : Pada suatu hari aku berada di sisi Abi Ja'far (as) berkata: Wahai Abdul Rahim, aku berkata: Ya Tuan, beliau berkata, Allah berfirman (إنما أنت منذر ولكل قوم هاد) [Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.] ketika Rasulullah (sawas) bersabda: aku adalah pemberi peringatan dan Ali pemberi petunjuk (al-Hadi), dari siapakah pemberi petunjuk hari ini? Beliau berkata: Lama aku membisu dan kemudian aku angkat kepalaku, aku berkata, Semoga aku menjadi tebusan tuan, pada kamu para pewaris seorang demi seorang sehingga berakhir dari tuan, Semoga aku menjadi tebusan tuan - tuan adalah pemberi petunjuk (al-Hadi), beliau berkata: Benar kamu wahai Abdul Rahim, Bahawa Al-Quran hidup tidak mati, dan ayat-ayatnya hidup tidak mati, kalau ayat apabila diturunkan pada sesuatu kaum yang mati dan ayat yang mati maka matilah Al-Quran ) Bihar Al-Anwar: Jilid 35 halaman 403.
[122] - Al-Baqarah: 75.

[123] - Nahj Al-Balaghah: Jilid 2 halaman 212.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan