Halaman

Isnin, 2 Jun 2014

Soalan 68: ibadah kerana takut, ibadah peniaga atau ibadah Al-Ahrar

Soalan 68:
     
ورد في الحديث عنهم (ع) ما معناه: إنّ العبادة خوفاً من النار هي عبادة العبيد، وإنّ العبادة طمعاً في الجنة هي عبادة التجار، وإنّ العبادة لا خوفاً من النار ولا طمعاً بالجنة هي عبادة الأحرار

Diriwayatkan dalam hadits dari mereka (as) sesuatu yang bermaksud: Sesungguhya ibadah kerana takutkan api neraka adalah ibadah hamba, Sesungguhya ibadah kerana mengharapkan syurga adalah ibadah para peniaga, Sesungguhya ibadah yang bukan kerana takutkan api neraka dan tidak mengharapkan syurga adalah ibadah golongan merdeheka (bebas).

Apakah sifat ibadah Al-A7rar -golongan merdeka (bebas), dan apakah batas-batasnya?

Jawapannya: ibadah Al-A7rar (Ahrar) – [golongan merdeheka (bebas)], adalah ibadah hakikat dan realiti (alkunhu) dan bukan ibadah pada diri (Zhat) yang disifatkan dengan sifat-sifat kesempurnaan Al-Ilahiyah. Apabila seseorang bertawajjuh kepada Al-Zhat Al-Ilahiyah (Zat Ketuhanan) yang tidak bebas dari menghadap dan mengharapkan berhasilnya kesempurnaan atau terangkatnya kekurangan, walaupun ibadahnya tidak kerana takut kepada api neraka, dan tidak mengharapkan syurga. Oleh sebab itulah, Tauhid Hakiki adalah bertawajjuh kepada realiti (alkunhu) dan hakikat, dan adapun Tauhid suatu selain darinya adalah dinisbahkan pada jatuh kepada syirik. Maka ibadah seorang hamba (kerana takut) adalah syirik, ibadah seorang peniaga adalah syirik dan ibadah seseorang yang bertawajjuh kepada Al-Zhat Al-Ilahiyah (Zat Ketuhanan) yang tidak bebas dari menghadap dan mengharapkan berhasilnya kesempurnaan atau terangkatnya kekurangan juga adalah syirik,
Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلَّا وَهُمْ مُشْرِكُونَ﴾

Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan mereka musyrik (mempersekutukan Allah) [Yusuf 12:106] [188].

والحمد لله وحده.

Segala puji bagi Allah semata-mata.

✡✡✡✡✡

------------------------         
[188] - Yusuf: 106.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan