Halaman

Sabtu, 14 Jun 2014

Soalan 80:Yang mana lebih utama dari para sahabat Rasulullah, Imam-imam (as) atau Imam Mahdi

Soalan 80: Wazir Imam Mahdi, Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) iaitu washiy dan penggantinya (Khalifah nya) adakah dia Hasyimi, atau bukan Hasyimi? Adakah para sahabat Imam Mahdi (as) mereka lebih utama dari para sahabat Rasulullah (as) dan para sahabat Imam-imam (as) dan para sahabat Al-Hussein (as), atau bahawa para sahabat Al-Hussein (as) lebih utama daripada mereka?

Jawapannya: Seorang washiy bagi Imam Mahdi (as) yang juga adalah Bani Hasyim keturunan Ali dan Fatimah, bahkan juga mestilah keturunan Al-Hussein (as) khususnya, malahan juga ia mesti dari keturunan Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as) pasti dan aemestinya tidak dari yang lain; Kerana Nur (cahaya) Al-Khilafah dan Al-Wishayah (washiy-washiy) yang datang dari sulbi Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as), ia mesti datang dari cahaya ini kepada anak dan keturunannya sahaja, dan ternyata bahawa orang-orang yang dikehendaki Allah zahir darinya, maka dijadikan washiynya bagi Imam Mahdi (as).

Adalah diriwayatkan selepas Imam Mahdi (as) ada dua belas Mahdi-mahdi, mereka adalah dari anak-anaknya (as) seperti yang dinyatakan di dalam doa (Ya Allah penuhilah keperluanku dari waliMu ...) diriwayatkan daripada Imam Al-Ridha (as), di mana Imam (as) berkata: (Ya Allah berikanlah kepada dirinya dan keluarganya dan anak-anaknya dan keturunannya dan umatnya, dan seluruh rakyatnya yang menyejukkan matanya, dan yang menyenangkan dirinya dan menghimpunkan baginya raja kerajaan suluruhnya) [107].
Dalam Solat Al-Marwiyah dari Imam al-Mahdi (as): (... dan selawatlah ke atas WaliyMu dan Wilayah perjanjianMu, dan Imam-imam dari anak-anaknya, dan memanjangkan umurnya, dan tambahkan ajalnya, dan sampaikan harapan tertinggi agama mereka di dunia dan akhirat) [108].

Kesemua mereka adalah bapa-bapa dan anak-anak bukan adik-beradik, seperti yang dinyatakan dalam hadits dari Ahl Al-Bayt (as): (Imam-imam ini tidak terdiri dari dua adik-beradik selepas Al-Hassan dan Al-Hussein (as)) [109], dan mereka adalah dua belas orang Mahdi-mahdi, mereka adalah Imam-imam yang memberi bimbingan dan yang mendapat hidayah, tetapi bukanlah mereka itu seperti Al-Aimmah dari Aali Muhammad 3alaihim solawatu Allah.

Selepas Imam Mahdi (as) terdapat dua belas Mahdi-mahdi yang berikutnya di bumi, dan kalaulah tiada mereka maka hancurlah bumi dengan penghuninya, seperti yang dinyatakan di dalam riwayat Ahl Al-Bayt (as): bahawa: (jika bumi tanpa Imam akan hancurlah penghuninya) [110], Maka mereka selepas Imam Mahdi (as) yang menyampaikan hujjah bagi Allah SWT, dan banyak hadits-hadits mengenai mereka:

Di antaranya: Dari Abi Bashir, berkata: (Aku berkata kepada Al-Shadiq Jafar bin Muhammad (as): Wahai anak Rasulullah (sawas) aku mendengar dari bapa tuan, bahawa beliau berkata: Akan ada selepas Al-Qaim dua belas imam-imam, maka beliau berkata: Sesungguhnya  katakanlah Dua belas Mahdi, dan jangan mengatakan dua belas Imam, namun mereka adalah orang-orang dari Syi’ah kami yang menyeru kepada Wilayah kami dan mengenalkan hak kami) [111].

Dari Al-Shadiq (as): dari bapa beliau dari Amir Al-Mukminin (as), beliau berkata: (Rasulullah (sawas) bersabda pada malam kewafatan baginda kepada Ali (as): Wahai Aba Al-Hassan bawakan lembaran dan tinta, Maka Rasulullah (sawas) membuat wasiat sehingga akhir ke bahagian ini, baginda bersabda: Wahai Ali bahawa akan ada selepasku dua belas Imam-imam dan selepas mereka dua belas Mahdi-mahdi, dan engkau wahai Ali, adalah yang pertama dari dua belas Imam ... dan hadits sampai pada sabda baginda, dan diserahkan al-Hasan (as) kepada anaknya Muhammad yang akan memelihara dari keluarga Muhammad (sawas) menjadi dua belas imam, kemudian akan ada dua belas Mahdi-mahdi, maka apabila ia menghampiri kematian akan diserahkan kepada anaknya Mahdi yang pertama, padanya tiga nama: Nama seperti namaku dan nama bapaku, dan dia adalah Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad dan nama ketiga Al-Mahdi, dan dia adalah orang yang pertama beriman) [112].

Dari Al-Shadiq (as): (Bahawa dari kami selepas Al-Qaim (as) ada dua belas Mahdi-mahdi dari anak Al-Hussein (as)) [113]. Al-Qaim ini adalah Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Mahdi (as).

Dan dari Al-Shadiq (as) berkata: (Bahawa dari kami selepas Al-Qaim (as) ada sebelas Mahdi-mahdi dari anak Al-Hussein (as)) [114]. Al-Qaim ini dalam riwayat ini bukanlah Imam Mahdi, Muhammad bin Al-Hasan (as), namun ia adalah seorang wazir dan washiynya dan Mahdi Pertama selepasnya; Kerana selepas Imam Mahdi (Muhammad bin Al-Hasan (as)) ada dua belas Mahdi-mahdi dari anaknya bersalasilah keturunan antara satu sama lain, dan selepas yang pertama dari dua belas Mahdi ini, ada sebelas Mahdi-mahdi dari anaknya bersalasilah keturunan antara satu sama lain.

Segala puji tertentu bagi Allah semata-mata dari awal dan akhir dan pada zahir dan batin, dan laknat Allah ke atas Iblis dan tenteranya dari manusia dan jin dan laknat Allah pada musuh-musuh keluarga Muhammad dari yang awal dan yang akhir, dan laknat Allah pada musuh-musuh Imam Mahdi (as), dan laknat Allah pada musuh-musuh anak-anak Imam Mahdi (as), dan laknat Allah pada musuh-musuh ansar Imam Mahdi (as).

Bagi yang lain daripada sahabat Imam Mahdi (as) 313 orang, mereka adalah: penciptaan pilihan sejak Allah menciptakan Adam sehingga datangnya Al-Saah, dan seperti kata dari mereka penghulu orang bertauhid, Amirul Mukminin (as) yang bermaksud: (Demi bapak dan ibuku ada beberapa nama yang terkenal di langit, dan tidak dikenali di bumi, tidak didahului oleh amalan orang-orang dahulu kala, dan tidak disentuh oleh orang lain) [115].

Mereka benar-benar yang terbaik dari para sahabat Rasulullah, dan yang terbaik daripada para sahabat Al-Hussein (as), bahkan seperti yang dinyatakan dalam riwayat dari mereka (as) yang terdiri dari 313 orang, mereka adalah umat Muhammad (sawas) pada hari kiamat dikatakan kepada umat tersebut: Bahawa kesemuanya ini adalah nabi-nabi [116].

Dari mereka Rasulullah (sawas) bersabda: (Ya Allah bebaskanlah saudara ku) [117]. Dan Ja'far bin Muhammad Al-Shadiq (as) menangis atas mereka dan berdoa untuk mereka [118] sebelum lebih daripada seribu tahun, dan dan Nabi Luth (as) mengharapkan mereka beribu-ribu tahun yang lalu [119]. Walaupun bumi yang menyampaikannya kepada mereka berbangga dan bermegah dengan sirah mereka [120].

Maka beruntunglah mereka dengan tempat kembali yang baik, ini adalah satu penghormatan besar dan keutamaan untuk zarah, meminta Tuhan untuk membuat saya salah seorang ibu bapa mereka dan penyokong mereka, dan orang-orang yang bergelut dengan mereka untuk menegakkan firman Allah SWT.

✡✡✡✡✡


[107] – Mishba7 Al-Mutahijad: halaman 411.
[108] - Ghaibah Al-Thusi: halaman 281 Hadits 238.
[109] – Al-Kafi: Jilid 1 halaman 286 Hadits 4.
[110] – 3uyun Akhbar Al-Ridha (as): Jilid 2 halaman 246, Muktashar Bashair Darajat: halaman 9.
[111] - Kamal al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: halaman 358.
[112] - Ghaibah Al-Thusi: halaman 150 Hadits 111, Muktashar Bashair Darajat: halaman 39, Bihar Al-Anwar: Jilid 53 halaman 148.
[113] - Muktashar Bashair Darajat: halaman 182, Bihar Al-Anwar: Jilid 53 halaman 148. Dan Hadits-hadits yang menghuraikan manusia dengan Mahdi-mahdi (as) selepas Imam al-Mahdi (as) terlalu banyak hadits sehingga mencecah lima puluh Hadits-hadits, dan di dalam Hadits-hadits Ahl Al-Bait (Mahdi-mahdi di dalam hadits - satu versi Ansar Imam Mahdi (as)) 33 hadits, sila lihat.
[114] - Ghaibah Al-Thusi: halaman 478 Hadits 504, Bihar Al-Anwar: Jilid 53 halaman 145.
[115] – Nahj Al-Balaghah: halaman 126 / khutbah 187.
[116] - Dalam Musnad Ahmad: Jilid 1 halaman 282: (... berkata: Dia berkata bahawa Nabi Muhammad (sawas) Penutup Nabi-nabi telah datang pada hari ini, dan telah diampun dosanya yang lalu dan akan datang, Sabda Rasulullah (sawas): Akan dikatakan kepadaku, wahai Muhammad syafaatlah kami di sisi TuhanMu supaya dilunasi antara kami, Aku katakan: Ia padaku adalah kuasa Allah Azza Wa Jalla kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya, apabila Allah Tabarak wa Taala hendak memecahkan antara penciptaanNya di mana penyeru yang dikenali sebagai Ahmad dan umatnya, kita adalah orang-orang awal dan yang kemudian, kami umat lain dan yang pertama dipertanggungjawabkan, Maka dibebaskan umat kami keluar dari jalan kami melangkah dengan cahaya di wajah mereka karena bekas penyucian, maka dikatakan kepada umat: hampir semua umat ini menjadi nabi-nabi...).
[117] – Al-Ta7shin Li Ibn Fahd Al-7illi: halaman 23, dan sumber-sumber umum: AL-Mu3jam Al-Aswath oleh Al-Tabarani: Jilid 5 halaman 341, Al-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi: Jilid 1 halaman 82.
[118] - Lihat: Al-Kafi: Jilid 1 halaman 402 Hadits 5.
[119] – Firman Allah menceritakan tentang Luth (as): (قَالَ لَوْ أَنَّ لِي بِكُمْ قُوَّةً أَوْ آوِي إِلَى رُكْنٍ شَدِيدٍ - Luth berkata: "Seandainya aku ada mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada rukun yang kuat (tentu aku lakukan)".) [Hud 11:80].
Diriwayatkan dari Abi Abdillah (as) berkata pada Firman Allah: (لَوْ أَنَّ لِي بِكُمْ قُوَّةً - Seandainya aku ada mempunyai kekuatan) berkata: (القوة Kekuatan: Al-Qaim (as), dan والركن الشديد - rukun yang kuat: 313) Bihar Al-Anwar: Jilid 21 halaman 158.
[120] – Dari Abi Ja'far (as), beliau berkata: (Seakan-akan sahabat Al-Qaim (as) telah dikelilingi oleh panji-panji yang tiada lain melainkan dia berbakti kepada mereka sehingga tujuh serentak di darat dan tujuh serentak terbang, meminta keredhaan dalam segala-galanya, sehingga memberi penghormatan di tanah dan di atas bumi dan berkata : Murabbi (pendidik) pada hari ini adalah seorang daripada sahabat Al-Qaim (as)) Kamal al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: halaman 673.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan