Soalan 55: Apakah maksud ayat ini :)
﴿وَلَمَّا
جَاءَ مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ
إِلَيْكَ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ
مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ
دَكّاً وَخَرَّ مُوسَى صَعِقاً فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ
إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ﴾
Dan
tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan
dan Tuhan telah berfirman kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku,
nampakkanlah kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau". Tuhan
berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke
bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu
dapat melihat-Ku". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu,
dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pingsan. Maka setelah
Musa sadar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada
Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman".[Al-A3raf 7:143] [148].
Dan
bagaimana benarnya permintaan Musa (as) untuk melihat? Jika melihat dengan mata
hati, mengapa menggunakan istilah (انظر -
lihat) digunakan untuk mata, dan tidak menggunakan perkataan (أرى -
pandang) sahaja untuk renungan dan pengelihatan mata hatinya?
Jawapannya:
Permintaan Musa adalah pengelihatan hati (al-rukyah al-qalbiyah) dan makrifah bukan
pengelihatan (al-bashirah) pada mulanya, dia meminta untuk makrifah Allah SWT sebenar-benar
makrifahNya pada maqam (القاب قوسين أو أدنى) [dekat (sejarak) dua hujung busur panah atau lebih dekat
(lagi)], dan apabila dia tahu daripada Allah SWT bahawa dia tidak layak dengan
maqam ini dia meminta untuk melihat dengan pengelihatan dan memandang dengan
mata.
-
﴿أَرِنِي أَنْظُر﴾
- nampakkanlah
kepadaku - kepada pemilik maqam ini, Muhammad (sawas) - dan makrifah Muhammad (sawas)
adalah makrifah Allah SWT, dan melihat kepada Muhammad adalah untuk melihat
kepada Allah SWT; kerana baginda Wajah Allah Yang Maha Suci - Maka jawapannya: Sesungguhnya
dia (Musa) tidak mampu melihat (rukyah) Nur Mohammad (sawas) pada maqam Qudus (Suci),
Tajalli Muhammad (sawas), yang merupakan cahaya Allah Yang Maha Suci dijadikannya
gunung itu hancur luluh, Musa jatuh pengsan.
﴿قَالَ
سُبْحَانكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ﴾
dia
berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang
pertama-tama beriman"
Iaitu:
Wilayah Ali bin Abi Talib (as), dia sahaja yang mengenal Muhammad dan melihat
Muhammad (sawas), pemilik maqam ini [149], dia adalah
pintu Muhammad (sawas) (أنا مدينة العلم وعلي بابها -
Aku kota ilmu dan Ali adalah pintunya).
Berkata
Al-Shadiq (as) : (Setelah keluar cahayaNya dari atas gunung seperti cahaya
matahari keluar dari lubang jarum maka diratakan bumi dan bergegar pergunungan)
[150].
Musa
(as) kemudian meminta maqam Qaim Aali Muhammad (sawas) yang mengenal dari Allah
apa yang akan diberikan padanya kekuasaan kerajaan, dan memohon kepada Tuhan
untuk menjadikannya Qaim Aali Muhammad (as), seperti diterangkan dalam riwayat
mereka (as) [151].
Hasilnya,
Musa meminta maqam: (matahari, bulan dan bintang), yang dilihat datuknya Ibrahim
(as), tetapi bukan maqam ini, yang dilihat Ibrahim (as), yang berada dalam
kerajaan Langit (Al-Malakut), bahkan meminta untuk melihat cahaya-cahaya suci di
Al-Mala’ Al-A3la [halaman (perhimpunan) tertinggi], iaitu maqam-maqam di Langit
Ketujuh Al-Kuliah.
Beliau
juga meminta untuk melihat Muhammad (sawas) tetapi dia berhenti untuk melihatnya;
kerana mungkin ia sama rupa bentuk Muhammad (sawas) secara jasmani atau rupa
bentuk mitsaliah, dan (akhirnya) menolak kemungkinan untuk melihat Muhammad (sawas)
(melihat sepenuhnya) ; kerana pemilik maqam ini adalah Ali bin Abi Talib (as), dan
telah bersabda Muhammad (sawas): (Wahai Ali, tidak mengenaliku melainkan Allah dan
kamu) [152].
Maka
firmanNya Yang Maha Tinggi:
﴿لَنْ
تَرَانِي﴾
Kamu
sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku
iaitu:
Kamu tidak akan melihat Muhammad (sawas) untuk melihat sepenuhnya, seperti yang
kamu minta.
✡✡✡✡✡
-------------------------------
[149]
- telah dibentangkan berkaitan dengan masalah ini dalam jawapan kepada soalan
(2) dan (10) Al-Mutasyabihat bahagian 1, sila lihat.
[150]
- Bihar Al-Anwar: Jilid 36, Halaman 407.
[151]
- Dari Salim Al-Asyal, beliau berkata: Aku mendengar Aba Ja'far Muhammad bin
Ali al-Baqir (as) berkata: (Musa bin Imran melihat dalam perjalanan pertama
dengan apa yang diberikan pada Qaim Aali Muhammad pada kedudukan dan keutamaan,
Musa berkata: Tuhan, jadikanlah aku Qaim Aali Muhammad. Dikatakan kepadanya:
Bahawa itu untuk keturunan Ahmad. kemudian melihat dalam perjalanan kedua dan
mendapati ia seperti itu, kata beliau, seperti sebelumnya, dan telah dikatakan kepadanya
seperti itu juga, kemudian melihat dalam perjalanan ketiga dia melihat seperti itu
juga, dia berkata, seperti sebelumnya, dan telah dikatakan kepadanya seperti
itu juga) Kitab Al-Ghaibah - Muhammad bin Ibrahim Al-Nu3mani: Halaman 246 -
247.
[152]
– Mukhtashar Bashair Al-Darajaat: Halaman 125.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan