Soalan
57: Dalam doa malam Jumaat: (وهب لي الغداة رضاك -
dan kurniakanlah padaku hari-hari mendatang redhaMu), adakah ia hanya
pada hari Jumaat, atau dibenarkan pada hari-hari lain, atau manusia berhasrat
untuk panjangkan kehidupannya selagi fajar mendatang?
Jawapan:
Tidak mengapa mukmin membaca doa ini setiap hari, atau yang berhasrat untuk memohon
redha sepanjang hidupnya selagi fajar mendatang, tetapi pada hakikatnya bahawa
makna : (وهب لي الغداة رضاك -
dan kurniakanlah padaku hari-hari mendatang redhaMu), [158].
Iaitu kurniakanlah padaku hari-hari mendatang redhaMu, dan fajar mendatang:
adalah zuhur Imam Mahdi (as) [159], dan oleh itu berarti doa ini
khas untuk hari Jumaat, dan iadalah hari kemunculannya (as).
✡✡✡✡✡
-------------------------------
[158]
– Mishba7 Al-Muttahjid: Halaman 279.
[159]
- Diriwayatkan daripada Jabir daripada Abi Abdillah (as), beliau berkata: (Firman
Allah: (والفجر) Demi Fajar adalah Al-Qaim
dan (الليالي
العشر): dan malam yang sepuluh adalah
Aimmah (as) dari Al-Hassan kepada Al-Hassan, dan (الشفـع): dan yang genap, adalah Amirul Mukminin dan Fatimah (as), dan
(الوتـر): dan yang ganjil, adalah Allah keesaanNya tiada sekutu bsgiNys,
(والليل
إذا يسر): dan malam bila berlalu.
adalah Daulah Hibtar (7ibtar), ia bersesuaian dengan bangkitnya Al-Qaim (as)) Bihar
Al-Anwar: Jilid 24, Halaman 78
Tiada ulasan:
Catat Ulasan