Halaman

Khamis, 29 Mei 2014

Soalan 54: Wajah-wajah pada hari itu berseri-seri

Soalan 54: Apakah maksud ayat-ayat di dalam Surah Al-Qiamah:

﴿وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ * إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ﴾

Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. * Kepada Tuhannyalah mereka melihat. [Al-Qiamah 75:22] [146].

Jawapannya: Makna nadzirah ialah mereka melihat kepada Muhammad (sawas), dia adalah al-murabbi bagi wajah-wajah yang baik dan berseri-seri (nadzirah) ini.

Berkata Al-Shadiq (AS) kepada Hasyim Al-Shaidhawi : (Ya Hasyim, bapa ku bercakap kepadaku dan dia lebih baik dariku, dari Rasulullah (sawas) bersabda: Mana-mana lelaki dari yang miskin dari Syiah kami dan tidaklah sedemikian melainkan tab3ah. Aku berkata: Semoga aku jadi tebusan Tuan, apakah dia al-tab3ah? Beliau berkata: Dengan Lima puluh satu (51) rakaat dan berpuasa tiga hari sebulan, apabila hari kiamat mereka keluar dari kubur mereka dengan wajah mereka seperti bulan di malam bulan penuh, maka berkata seorang lelaki dari mereka: keluarkanlah yang diberikan, dikatakan: Mintalah Tuhanku untuk melihat wajah Muhammad (sawas) katanya: Dengan izin Allah Azza wa Jalla kepada penghuni Syurga untuk ziarah Muhammad (sawas).

Beliau berkata, akan dihadapkan kepada mimbar Rasulullah (sawas) terdapat permaidani dari permaidani syurga yang akan mempunyai seribu Mirqat (anak tangga), di antara anak tangga ke anak tangga yang lain ada dorongan kuda, maka Muhammad (sawas) dan Amirul Mukminin (as) akan menaikinya, Katanya lagi: maka mimbar itu diapit oleh Syiah Aali Muhammad (as), maka Allah melihat kepada mereka dan berfirman:

﴿وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ * إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ﴾

Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. * Kepada Tuhannyalah mereka melihat. [Al-Qiamah 75:22] 

Beliau berkata: disinarkan cahaya ke atas mereka sehingga apabila salah seorang daripada mereka kembali tidak mengira bidadari-bidadari memenuhi pengelihatan, dan kemudian berkata: Abu Abdullah (as): Wahai Hashim ini adalah untuk mereka yang beramal dengan amalan mereka.)[ 147]


✡✡✡✡✡

----------------------
[146] – Al-Qiamat: 22-23.
[147] – Bihar Al-Anwar: Jilid 24 hal 261.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan