Soalan
51: Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿إِنِّي جَاعِلٌ فِي
الْأَرْضِ خَلِيفَةً﴾
"Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi".
Malaikat
berkata
﴿أَتَجْعَلُ
فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ
بِحَمْدِكَ﴾
"Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat
kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih
dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". [134]
Dari mana malaikat tahu yang manusia membuat kerusakan dan menumpahkan darah
walaupun sebelum dicipta di muka bumi?
Jawapan:
Terdapat penciptaan di muka bumi sebelum Adam (as), dan melakukan kerosakan dan
pertumpahan darah di antara mereka.
Maka
Allah SWT memusnahkan mereka atas dosa-dosa mereka [135]. Malaikat
menyangka bahawa makhluk yang baru - Adam (as) dan keturunannya – mereka akan
berbuat demikian sekali lagi dan sekali lagi melakukan kerosakan dan
pertumpahan darah, tetapi mereka jahil, sesungguhnya selepas bangkitnya Al-Qaim
(as) akan didirikan Daulah keadilan dan Tauhid Al-Ilahi di atas muka bumi, dan
akan tersebar kebaikan dan keamanan di kalangan manusia.
✡✡✡✡✡
--------------------------
[134]
– Al-Baqarah 2:30.
[135]
- Imam al-Baqir (as) dari bapa-bapanya dari Amir Al-Mukminin (as), berkata: (Allah
apabila Dia mahu mencipta makhluk dengan tanganNya Dan bahawa selepas berlalu Jin
dan Al-Nasnas (orang-orangan) di atas muka bumi tujuh ribu tahun, Dia Yang Maha
Suci mengangkat hijab Langit-langit dan memerintahkan para malaikat untuk
melihat penghuni bumi dari Jin dan Al-Nasnas (orang-orangan), apabila malaikat melihat
apa yang mereka lakukan dari maksiat dan pertumpahan darah dan kerosakan di
muka bumi melampaui kebenaran yang besar, sehingga mereka menimbulkan kemurkaan
Allah dan kekesalan di muka bumi dan tidak mempunyai kemarahan mereka, dan malaikat
berkata: Wahai Tuhan kami Engkaulah Al-Aziz, Al-Qadir Al-3adzim Al-Syan,
Makhluk Mu ini, hina keji tidak menentu dalam menggadai nikmat kesenangan dan
kesihatan yang Engkau beri dalam genggaman Mu, mereka melakukan dosa dan kerosakan
itu di muka bumi dengan tidak menghiraukan kemurkaan dan balasan Mu bagi diri Mu
dan Engkau Maha Mendengar dan Maha melihat, ia sungguh besar pada kami dan takbur
pada Mu, maka firman Dia Jalla Jalalah: . Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di
muka bumi seorang khalifah, kamu menghujjahKu di bumiKu pada makhlukKu.” Malaikat
berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang
akan membuat kerusakan padanya, sebagaimana orang-orangan itu dan dan
menumpahkan darah sebagaimana orang-orangan itu yang berhasad dengki dan
menimbulkan kemurkaan sehingga menjadikan Khalifah (selain) daripada kami, padahal
kami tidak berhasad dengki dan tidak menimbulkan kemurkaan, tidak menumpahkan
darah dan kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau.
Berfirman Tabaraka wa Taala: “Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui,
Aku mahu mencipta makhluk dengan tanganKu sendiri dan menjadikan keturunannya
dari Nabi-nabi dan Rasul-rasul, dan hamba-hamba Allah yang soleh dan Imam-imam pemberi
perunjuk (Mahdiyin) dan menjadikan mereka KhalifahKu atas MakhlukKu di bumiKu akan
di beri hidayah kepada mereka dengan ketaatan dan mencegah mereka dari
bermaksiat kepadaKu dan menjadikan mereka hujjahKu dan ke atas mereka keuzuran serta
peringatan ...) Tafsir Al-Qumi : Jilid 1: Halaman 36.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan