Soalan
50 : Ada ulamak mengatakan: Bahawa Al-Qaim (as) apabila ia keluar akan berhujah ke
atas hauzah (pengajian) ushul fiqh, bukan akidah seperti yang tuan dakwa. Apakah
jawapan tuan sebagai utusan Imam Mahdi (as) dan dikatakan, jika diperintah pada
tuan akan datang kepada bapaku Imam Mahdi dengan pedang bukan dengan
hujah-hujah.
Jawapannya:
Dalam Ushul Fiqh [133] dengan meletakkan manusia yang menghasilkan
Hukum Fiqh Andaian (ijtihad/fatwa sendiri) semasa Ghaibah Imam yang ma'sum (as)
atau dari wakilnya secara langsung, apabila hadir (wujud) ma'sum (as) atau wakil
khasnya menghapuskan keperluan bagi ilmu ini, dengan ini dikatakan bahawa
tidak berselisih (khilaf) pada mana-mana ulama Sunni dan Syiah . Sehinggakan
ulamak Sunnah pun tidak mengatakan bahawa dibolehkan berijtihad ketika wujud Nabi
(sawas) dan bersama mereka, melainkan yang memaksa (sangat perlu) dengan syarat-syarat
dan keadaan-keadaan tertentu, tidak kira apa pun perkataannya. Para ulama
Syiah mereka telah membolehkan ijtihad pada keadaan ketika dan dengan
kehadiran Imam ma'sum (as) atau melalui wakilnya yang khas. Jika begitu
urusannya, yang maknanya kekal untuk membantah Imam (as) atau dengan utusan
Imam (as) dengan Ushul Fiqh?!
Selain
itu, akidah adalah ushul dan asas-asas Syariah, dan semua nabi-nabi dan
Rasul-rasul (as) memulakan dengan membina akidah sebelum Syariat, - dalam
Al-Quran yang tidak ada orang Islam yang berselisih mengenainya dan telah disahkan
dari Allah SWT - Musa (as) datang untuk mesyariatkan selepas peringkat menyeberangi
laut sekian lama, iaitu, bahawa telah mengambil masa yang lama dalam
pembaharuan (pengislahan) iktikad kaum sebelum memulakan pengislahan Syariat
mereka.
Dengan
itu, akidah adalah ushul dan Syariah adalah cabangnya, ia dipanggil: Ushul
al-Din dan Furu3 al-Din, (Asas dan cabang agama) kedua-duanya lebih utama berhujah dengannya
pada asas atau pada furuk?!
✡✡✡✡✡
-----------------
[133]
- Syed Ahmed Hassan (as) mematahkan hujjah Ushul Al-Fiqh dengan kalimat yang
mudah dalam Kitab Al-3ijl (anak lembu), sila lihat.
|
Rabu, 28 Mei 2014
Soalan 50:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan