Soalan
40: Apa sebab berhaji, dan apa tujuan Haji?
Jawapan:
Haji dalam Islam secara ringkasnya, adalah hadir pada suatu masa tertentu pada
suatu tahun di tempat yang tertentu, Ia adalah Bait Allah Al-Haram atau Ka'bah,
pertamanya, kita mesti tahu masa, cara dan tempat.
Tempat:
Kaabah, ia adalah satu tajalli (manifestasi) zahir bagi Bayt Al-Ma’mur (kiblat
malaikat), yang merupakan tajalli zahir Al-Dharah (Al-Dhara7), dan Al-Dharah berada
di Langit Keenam dan ia adalah Langit tertinggi (alam) Mitsal Malakut, dan selepasnya
adalah Langit Ketujuh, dan ia (Langit Ketujuh) keseluruhannya bukanlah (alam) Mitsal Malakut. Dan
sesungguhnya penciptaan Al-Dharah selepas sambutan (tindaka balas) para
malaikat pada Allah SWT setelah dikhabarkan kepada mereka mengenai penciptaan
Adam (as), lalu malaikat-malaikat itu diliputi oleh dosa dan Allah mengampunkan
mereka dan menerima taubat mereka selepas menghina dan membangkang khabar
dariNya SWT [62].
Dan
kewujudan (tajalli) Al-Dharah di Langit Kelima di bawah Langit Keenam, begitulah
di setiap Langit ada Bayt yang sesuai untuknya, bertawaf para malaikat pada
setiap Langit itu; Allah SWT mengampunkan mereka dan menerima taubat mereka, di
Langit Keempat juga ada Al-Bayt Al-Ma’mur [63), rumah (Al-Bayt) ini juga tajalli
dan zahir di bumi iaitu Bayt Allah Al-Haram atau Al-Ka’bah. Apabila diturunkan
Adam (AS) ke muka bumi, dia bertawaf mengelilinginya, maka Allah memaafkannya
dan meninggikan maqamnya dan akan mengutamakannya dari Dia yang Maha Tinggi
lagi Maha Spci.
Adapun
Masa Haji itu: adalah bulan Zhu Al-Hijjah, dan perkara yang paling
penting adalah sifat-sifat bulan ini, di mana bulan inilah keluarnya Imam Mahdi
(as) di Mekah dan dihantar (diutus) Jiwa Suci (Al-Nafs Al-Zakiyah) kepada
penduduk Mekah lalu mereka membunuhnya di antara Al-Rukun dan Al-Maqam (antara
Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim) yang berlaku pada hari kesepuluh Muharram. Justeru
itu, Bayt Allah diletakkan di langit tempat para malaikat bertawaf di
sekelilingnya dan memohon keampunan selepas (kerana) mereka mempersoalkan ke
atas hujjah Allah, Adam (as), dan diletakkan di muka bumi untuk bertawaf sekelilingnya
atas pelanggaran Adam ke atas Pohon Ilmu Aali Muhammad atau pohon Wilayah (Al-Syajarah
Al-Wilayah).
﴿وَلَمْ نَجِدْ لَهُ
عَزْماً﴾
dan
tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat. [Tha Ha 20:115] [64]:
Iaitu
untuk memikul Wilayah Aali Muhammad, [65], dan mereka hujjah Allah atas Adam (as)
, bertawaf di sekeliling Al-Bayt, sebagai mengiktiraf hujjah Allah atas penciptaan
dengan Al-Wilayah, Dan mematuhi perintah dan taat kepadaNya.
Adapun
alasan mengerjakan Haji adalah mencari keampunan dari kegagalan dalam
kebenaran hujjah ke atas Penciptaan (as) pada setiap zaman, ia adalah pada masa
kita, zaman Imam Mahdi (as). Telah diriwayatkan dari mereka (as) apa yang
bermaksud: (Bahawa Allah telah menjadikan Haji untuk manusia hadir kepada kami Wilayah
mereka.) [66].
Tujuan Haji
ini adalah untuk berkumpul di tempat ini dan dalam suatu masa setiap tahun pada
menunggu-nunggu bangkitnya seorang pembaharu (pengislah) Mahdi (as) yang dinantikan
untuk berjihad bersamanya, beliau adalah pemilik penyeru di zaman kita ini,
bahawa Allah SWT berfirman dalam al-Quran : kepadamu wahai hujjahKu atas ciptaaanKu
tidak datang kepadaKu demi Aku, Dia Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿وَأَذِّنْ فِي
النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ
كُلِّ فَجٍّ عَمِيق﴾
Dan
berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang
kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari
segenap penjuru yang jauh, [Al-Hajj 22:27] [67].
﴿ثُمَّ لْيَقْضُوا
تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيق﴾
Kemudian,
hendaklah mereka menghilangkan kotoran yang ada pada badan mereka dan hendaklah
mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka melakukan
melakukan thawaf sekeliling rumah yang tua itu (Baitullah). [Al-Hajj 22:29]
[68]:
Dan
menghilangkan kotoran: iaitu pembersihan dan penyucian, dan dia hendaklah
mengikut yang zahir dengan memotong kuku dan menggunting rambut, ada pun
menurut apa yang dimaksudkan dengan akal dan hakikat ialah untuk memenuhi
hujjah Imam (as), dan memotong rambut adalah mewakili kesaksamaan setiap idea
(fikrah) dan menyerah kepada Al-Hujjah (as) dan mematuhi arahannya.
Tetapi
dipanggil rumah lama (tua); kerana mereka yang mengelilinginya diliputi perasaan
lamanya rasa bersalah dengan Imam Mahdi (AS) hujjah atas penciptaan
﴿ذَلِكَ وَمَنْ
يُعَظِّمْ حُرُمَاتِ اللَّهِ فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ﴾
Demikianlah
(perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi
Allah maka itu adalah lebih baik baginya. [Al-Hajj 22:30] [69] ,
﴿ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ
شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ﴾
Demikianlah
(perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka
sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati. [Al-Hajj 22:32] [70], mengagungkan
syi'ar-syi'ar Allah ia adalah hujah-hujah Allah SWT atas penciptaan .
✡✡✡✡✡
----------------------
[62
] – Dari Abi Abdillah (as) , dalam sebuah hadits, beliau berkata: ( ... Sebagai
permulaan rumah ini Allah Tabarak wa Taala, berfirman kepada malaikat :
إني جاعل في الأرض خليفة
"Aku
hendak jadikan seorang Khalifah di muka bumi,"
malaikat-malaikat
menjawab kepada Allah Azza wa Jalla:
أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء
"Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu yang akan membuat kerusakan
padanya dan menumpahkan darah,"
Mereka
berpaling dariNya dan melihat bahawa dengannya membuat murka arasyNya ini, maka
mereka meminta perlindungan, Allah mengarahkan raja malaikat membina sebuah
rumah di Langit Keenam dipanggil Al-Dharah bertentangan dengan arasyNya yang menjadi
saksi kepada penghuni langit berthawaf padanya tujuh puluh ribu malaikat
setiap hari tidak berulangan, dan memohon ampun, dan apabila telah diturunkan
Adam ke langit dunia yang diperintahkan membina rumah ini secara bertentangan, ia
menjadi saksi kepada Adam dan keturunannya seperti mana kesaksian kepada penghuni
langit) Al-Kafi: Jilid 4: halaman 187, Bab mulanya Al-Bayt dan Al-Thawaf .
[63
] – Dari Abi Hamzah Al-Tsimaliy dari Ali Bin Al-Hussein (as), beliau berkata :
( Aku berkata kepada ayahku tidakkah Thawaf itu tujuh pusingan. beliau berkata,
kerana Allah Tabaraka wa Taala berfirman kepada malaikat :"
إني جاعل في الأرض خليفة
"Aku
hendak jadikan seorang Khalifah di muka bumi,"
mereka
menjawab kepada Allah Tabaraka wa Taala " mereka berkata
أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء
"Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat
kerusakan padanya dan menumpahkan darah,"
Allah
berfirman:
إني أعلم ما لا تعلمون
Aku
mengetahui apa yang kamu tidak tahu "
Dengan
tidak dihijabkan dari cahayaNya (mereka melihatnya), kemudian dihijabkan dari cahayaNya
tujuh ribu tahun , Maka berlalu di ‘Arasy tujuh ribu tahun, Kemudian diberikan
rahmat dan diterima taubat mereka dan dibina untuk mereka Al-Bayt Al-Ma’mur, di
Langit Keempat, dijadikanNya yang resah gelisah aman dengan meletakkan Al-Bayt Al-Haram
itu di bawah Al-Bayt Al-Ma’mur dan dijadikanNya yang resah gelisah, aman bagi
manusia. Maka jadilah Tawaf tujuh keliling suatu kewajipan ke atas hamba-hamba untuk
selama seribu tahun sebagai salah satu cara.) Syarai3 Al-Islam: Jilid 2:
halaman 406-407 Bab 143 H halaman 1.
[64
] – Tha Ha : 115.
[65
] – Dari Abi Ja'far (as), beliau berkata: (Allah mengambil Persetian (Mitsaq) atas
para Nabi, katanya, bukankah Aku Tuhanmu dan bahawa Mohammad RasulKu dan bahawa
Ali Amir Al-Mukminin. Mereka menjawab: Ya dan dilaksanakan bagi mereka nubuwah.
Kemudian mengambil Persetian (Mitsaq) atas Ulu Al-3azim, Aku Tuhanmu dan bahawa
Mohammad RasulKu dan bahawa Amir Al-Mukminin Ali dan Aushiak selepasnya Wali
PemerintahKu dan penyimpan IlmuKu, dan bahawa Al-Mahdi Penolong AgamaKu, dan dia
menzahirkan daulahKu, dan menghukum musuh-musuhKu maka Aku disembahi secara
sukarela atau secara paksa. Mereka berkata, “Kami mengaku – Wahai Tuhan - . Kami
menyaksikan.” Adam (as) tidak menafikan, dan tidak pula mengakuinya, dan pengakuan
azam bagi mereka sebanyak lima kali pada Mahdi (as), Adam tidak bersungguh untuk
mengakuinya, Ia adalah firman Allah Tabaraka wa Taala:
Dan
sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan
perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat. [Tha Ha 20:115]
Bashair Al-Darajat: Jilid 2: halaman 90.
[66]
- Al-Kafi: Jilid 1: halaman 392, Bab wajib atas manusia selepas mereka
menghabiskan acara (manasik) mereka untuk
menampilkan Al-Imam dan diterima sebagai Mu3alim Agama mereka dan mengajar
mereka Wilayah mereka dan kasih mereka kepadanya, halaman 1, 2 dan 3.
[
67 ] - Al-Hajj: 27.
[
68 ] - Al-Hajj: 29.
[
69 ] - Al-Hajj: 30.
[
70 ] - Al-Hajj: 32.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan