Halaman

Isnin, 19 Mei 2014

Soalan 38:

Soalan 38: Diriwayatkan dari Al-Baqir (as) apakah yang dimaksudkan dengan:

(لو شئت لنشرت التوحيد من الصمد)

( jika kamu mahu membuka Al-Tauhid dari Al-Shamad) [60], apakah yang dimaksudkan hadits ini, dan bagaimana untuk membuka Al-Tauhid dari Al-Shamad?

Jawapan: Al-Shamad (Yang Maha Tetap) yang bermaksud yang memenuhi keperluan, yang memenuhi dengan kesempurnaan supaya tiada ruang-ruang lagi di dalamnya , Apabila manusia yang berakal sakit maka ia tidak mencari selain Allah untuk merawatnya, dan jika lapar atau dahaga atau kekurangan ia tidak mencari selain kepada Al-Ghani (Yang Maha Kaya), dan jika ia jahil tidak mencari selain kepada Al-‘Alim (Yang Maha Mengetahui), dan jika ia marah ia tidak mencari selain kepada Al-Halim (Yang Maha Lembut), dan jika dan jika ... dan jika dia mahu mengisi kekurangan setiap arah (masalah), ia tidak mencari selain kepada sumber kesempurnaan yang tiada kekurangan lagi yang maha banyak pemberian melainkan kewujudan kemuliaan, Dialah Yang Maha Tetap (Al-Shamad) lagi Maha Suci, kepadaNya hamba-hamba mengenal dan berjalan menuju kepada Allah SWT .

Sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Lembut (Al-Halim) Al-Karim, Al-Rauf, Al-Ghaffar Al-Qadir, Al-Qahhar, Al-Jabbar, Al-Ghaniy, Al-‘Alim, Al-Hakim dan semua nama-nama Allah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi (SWT), yang akan dicari-cari oleh penciptaanNya, maka Dialah Al-Shamad yang Maha Suci lagi Maha Tinggi yang dimaksudkan dengan semua nama-nama dan sifat-sifat itu.


✡✡✡✡✡

-----------------------------
[60] - dia (as) berkata, menjawab delegasi dari Palestin yang dikemukakan kepadanya: (...kalaulah didapati pengetahuan ku yang telah diberikan Allah Azza wa Jalla untuk membawa dan menyebarkan Tauhid dan Islam, Iman, Agama dan Syari'at dari Al-Shamad...) Bihar Al-Anwar: Jilid 3 halaman 225

Tiada ulasan:

Catat Ulasan