Halaman

Sabtu, 22 Februari 2014

Soalan 149: Hijrah – Mati - Hidup

Soalan 149: Hijrah – Mati - Hidup

إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنتُمْ ۖ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ ۚ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّـهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا ۚ فَأُولَـٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا ﴿٩٧إِلَّا الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يَهْتَدُونَ سَبِيلًا ﴿٩٨فَأُولَـٰئِكَ عَسَى اللَّـهُ أَن يَعْفُوَ عَنْهُمْ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَفُوًّا غَفُورًا ﴿٩٩
                                                      
Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat yang menzalimi diri mereka, ditanya kepada mereka: "Bagaimana kamu ini?". Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di bumi". Dikatakan kepada mereka: "Bukankah bumi Allah itu luas, maka berhijrahlah di dalamnya?" mereka itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali, kecuali orang-orang yang tertindas baik laki-laki atau wanita ataupun anak-anak yang tidak mampu berdaya upaya dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah), Bagi mereka itu mudah-mudahan Allah memaafkannya. Dan adalah Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.

Jawapan:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Ya Allah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi.

{Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat yang menzalimi diri mereka, ditanya kepada mereka: "Bagaimana kamu ini?". Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di bumi". Dikatakan kepada mereka: "Bukankah bumi Allah itu luas, maka berhijrahlah di dalamnya?". mereka itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali,} [2].

{ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ- menzalimi diri mereka} : [bermaksud] kerana tidak bekerjasama dengan (Khalifah) Wali Allah, kerana mereka menunjukkan mereka percaya pada Wali Allah dan mereka mendakwa mereka telah beriman kepada Al-Wilayah (Ahlul Bayt as). Padahal, mereka gagal bekerjasama tanpa alasan yang benar, kecuali kepura-puraan yang disembunyikan di hati mereka. Dan mereka mengatakan mereka { مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ - tertindas di bumi (negeri) itu}, padahal, penindasan ke atas mereka tidak benar, tetapi mereka yang telah menyebabkan diri mereka ditindas kerana mereka cintakan dunia dan bergantung padanya, dan kasihkan kehidupan dan takut mati. Jadi, jika iman mereka benar mereka akan mendahulukan bekerjasama dengan Wali Allah, walaupun mereka akan terdedah kepada bahaya.

{ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً - bumi Allah itu luas}: Wali Allah adalah bumi Allah yang luas [3], dan pengetahuannya juga luas. {فَتُهَاجِرُوا فِيهَا - maka berhijrahlah di dalamnya} : maka berhijrahlah kepada Allah pada Wali Allah.

{ إِلَّا الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ لا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلا يَهْتَدُونَ سَبِيلاً - kecuali orang-orang yang tertindas baik laki-laki atau wanita ataupun anak-anak yang tidak mampu berdaya upaya dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah)-}, yang bermaksud, mereka tidak dapat membuat rancangan untuk melarikan diri dari penjara dunia, dan tidak mendapat petunjuk pada jalan bekerjasama dengan Wali Allah, Jumlah keadaan mereka yang seperti ini lebih besar. Lelaki atau perempuan atau kanak-kanak, orang kurang upaya tidak boleh bersama-sama melaksanakannya, kerana hal keadaan mereka yang khusus ini, dan mereka beriman kepada Wali Allah, bagaimanapun bagi mereka meninggalkan amalan dan tidak menyokong Wali Allah, yang juga beralasan tidak boleh diterima, kerana setiap seorang daripada mereka boleh bekerja mengikut kemampuan mereka, Sedangkan untuk melemparkan tali di belakang haiwan itu bebas, maka itu adalah kelemahan bekerjasama dengan Wali Allah, dan akibatnya itu adalah kelemahan pada apa yang telah diperintahkan Allah kepada mereka.
{ فَأُولَئِكَ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَعْفُوَ عَنْهُمْ وَكَانَ اللَّهُ عَفُوّاً غَفُوراً - Bagi mereka itu mudah-mudahan Allah memaafkannya. Dan adalah Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.}
{Bagi mereka itu mudah-mudahan...} Sesungguhnya mereka memang patut dihukum, kerana kemaafan dan pengampunan adalah untuk orang-orang yang tidak syirik di kalangan mereka. Bagi mereka dalam al-Wilayah, tetapi mereka tidak bekerjasama, Sedangkan meninggalkan al-Wilayah Wali Allah, atau berwalikan selain daripadanya, maka itu adalah syirik dan syirik tidak diampunkan.

﴿وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَماً كَثِيراً وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِراً إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْـرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَحِيماً﴾

{Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, mereka akan dapati di muka bumi ini tempat hijrah yang banyak dan luas. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya, maka baginya telah ditetapkan pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [4]

{Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah} : Wali Allah adalah jalan Allah [5], maka sesiapa yang berhijrah kepada Allah, dia akan menemui keluasan, dan pemberian yang besar, dan Allah memberi kepadanya sebagaimana Dia memberikan nabi dan Rasul-rasul (as​​). Sama seperti Malik Al Asytar yang telah beratus-ratus Kilometer jauh dari Ali ibn Abi Talib (as), maka dia akan duduk menangis di waktu malam, jadi sahabat-sahabatnya bertanya kepadanya, lalu dia akan berkata : “Aku menangis kerana aku mendengar munajat (doa) Ali a.s. kepada Allah. Maka telah pun dibuka untuk Malik dalam Kerajaan-kerajaan Langit, seperti dibuka untuk para nabi dan Rasul-rasul.”

{Dan Barangsiapa yang keluar dari rumahnya}: rumahnya: adalah badannya, yang bermaksud, yang keluar dari tubuhnya. Pada kematian adalah dua jenis :

1 - (jenis yang dibenci) dan dia menjadikan jasad keranda untuk roh dengan mengikuti hawa nafsu, dan menyembahan 'Aku' (dirinya), dan cinta kepada dunia, dan menyokong musuh-musuh Allah, dan mengadakan permusuhan terhadap Wali Allah, dan menganggap kedudukannya, seperti yang dilakukan para ulama tidak beramal. Amir Al Mukminin Ali bin Abi Talib (as) berkata: “Manakala (jenis) manusia lain adalah orang yang menyeru dirinya belajar tetapi dia tidak begitu. Dia telah mengambil kejahilan daripada yang jahil dan kesesatan dari yang sesat. Dia telah menetapkan untuk manusia perangkap daripada tali penipuan dan ucapan tidak benar. Dia mengambil al-Kitab mengikut pandangannya sendiri dan berbuat baik kepada al-haq atas keinginannya, beriman pada perkara-perkara yang bodoh, dan meremehkan jenayah yang ketara. Dia kata, dia sedang menunggu (penjelasan) keraguan tetapi dia masih terjerumus ke dalamnya, dan bahawa dia menjauhi bid’ah tetapi sebenarnya dia tenggelam dalamnya. Bentuk rupanya manusia, tetapi hatinya hati binatang. Dia tidak kenal; pintu petunjuk untuk diikuti dan tidak juga pintu kesesatan untuk menjauhkan diri daripadanya. Ini adalah mayat hidup."
Jadi ke mana kamu akan pergi dan  mengapa kamu masih berpaling? Panji-panji (petunjuk) berkibar, dan tanda-tandanya jelas, dan menara (cahaya) telah ditetapkan. Ke mana kamu sedang tersesat dan bagaimana kamu teraba-raba pada hal di antara kamu ada keturunan Nabi? Mereka tampuk Kebenaran, Panji-panji Iman dan sunnah yang sebenar. Rumah mereka tempat terbaik diturunkan al-Quran, dan datang kepada mereka (untuk menghilangkan dahaga) sebagai unta haus mendekati mata air.

Wahai manusia ambillah kata-kata dari penutup segala Nabi-nabi (sawas) ini, dia yang mati dari kalangan kita, tidak mati, dia yang hilang dari kalangan kita, tidak hilang di fikiran. Jangan mengatakan sesuatu yang kamu tidak tahu, kerana kebanyakan Kebenaran adalah sesuatu yang kamu nafikan. Terimalah dari sesuatu yang kamu tidak mempunyai hujah terhadapnya. Tapi itulah aku. Tidakkah aku yang bertindak sebelum kamu pada ath-thaqal yang besar (ath-thaqal al-akbar, iaitu Al-Quran) dan tidakkah aku yang tinggal di antara kamu thaqal yang kecil (ath-thaqal al-asghar dari ath-Thaqalain, - Al-Quran dan Itrah Nabi). Menumpukan panji-panji iman di antara kamu, menjadi bertanggungjawabku mengajar kamu had halal dan haram. Aku pakaikan kamu dengan pakaian kesihatan dari pertimbanganku dan membentangkan al-ma’ruf (kebaikan) dengan perkataan dan perbuatanku. Aku tunjukkan kepadamu akhlak tinggi melalui diriku. Janganlah amalkan pendapat kamu tentang apa yang mata tidak dapat melihat atau tidak meresap di fikiranmu. Sehingga orang mula berfikir bahawa wajar ke atas Bani Umayyah menyerang dunia ini, dan persediaan mereka menggambarkan, cambuk dan pedang tidak akan diangkat dari umat ini. Itu adalah sangkaan pendusta. Terdapat hanya beberapa titis dari keseronokan hidup yang mereka akan sedut untuk seketika dan kemudian memuntahkannaya keluar seluruhnya. [6].

2 - (jenis yang memuji) dan ia adalah penjanaan Roh dari Jasad, Rasulullah (sawas) bersabda: “ Sesiapa yang ingin melihat yang mati berjalan di atas muka bumi, maka hendaklah dia melihat Ali bin Abi Talib (as).” Dan Ali bin Abi Talib (as) berkata: ”Sesungguhnya aku hanya jiran, badanku telah berjiran kepadamu untuk hari-hari [7], yang bererti bahawa rohnya naik ke martabat yang lebih tinggi, bahkan sesiapa yang mati dengan kematian terpuji ini masih hidup walaupun badannya mati. Dan ia digambarkan dalam ucapan Amir Al-Mukminin (as) bahawa Rasulullah (sawas) bersabda: “Wahai manusia ambillah kata-kata ini dari penutup segala Nabi-nabi (sawas​​) bahawasanya barang siapa yang mati dia yang mati dari kalangan kita, tidak mati, dia yang hilang dari kalangan kita, tidak hilang di fikiran. Jangan mengatakan sesuatu yang kamu tidak tahu, kerana kebanyakan Kebenaran adalah sesuatu yang kamu nafikan. Terimalah dari sesuatu yang kamu tidak mempunyai hujah terhadapnya.”'

{ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ - kemudian kematian menimpanya}: maknanya, rohnya telah berhijrah kepada Allah dan meninggalkan tubuhnya, berhijrah di bumi luas Allah dan berhijrah di jalan Allah, atau disebut berhijrah pada Wali Allah kepada Allah.

{ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ maka sungguh telah ditetapkan pahalanya di sisi Allah.}, kerana dia berhijrah kepada Allah, maka pahala-Nya kepada orang-orang yang berhijrah kepada-Nya.

- Ahmad Al Hassan

✡✡✡✡✡


____________________

[ 1] - The Al-Quran Surah An-Nisa' (4): 97-99
[2 ] - The Al-Quran Surah An-Nisa' (4) : 97
[ 3] - Dari Khutbah Amir Al Mukminin (as) mengenai kewajipan hijrah dan syarat-syaratnya: ' Dan penghijrahan dilakukan had-hadnya. Pertama Allah tidak memerlukan orang yang secara diam-diam menerima iman atau orang yang secara terbuka berbuat demikian. Hijrah tidak terpakai bagi seseorang melainkan jika dia mengenal Hujjah(Allah) di muka bumi. Sesiapa yang mengenalnya dia dan mengakuinya itu Muhajir (penghijrah)... ' [Nahj Al Balagha: Khutbah 188]
[4 ] - The Al-Quran Surah An-Nisa ' (4): 100
[5 ] - Dari Muhammad bin Al Fadhil, dari Abi Al Hassan Al Madhi (saw) mengenai firman yang Maha Berkuasa: {Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah.} - The Al-Quran Surah Al-Munāfiqūn (63): 2, dia (as) berkata: '... dan jalan al-washi, sesungguhnya, bertambah buruk apa yang mereka lakukan...' [Al Kafi : V. 1, P. 432-433, Hadith No 91]
[6 ] - Nahj Al Balagha : Khutbah 86

[7 ] - Al Kafi : Jilid 1, Halaman 299, Hadits No 6

Tiada ulasan:

Catat Ulasan