Halaman

Jumaat, 21 Februari 2014

Bagaimana seseorang Mengenal Khalifah Allah di bumi-Nya Pada setiap zaman?

Bagaimana seseorang MengenalKhalifah Allah di bumi-Nya Pada setiap zaman?

oleh Baqiyah Allah
September 10, 2012

Dikutip dari Kitab 'Jihad Pintu Ke Syurga’ oleh Imam Ahmad Al Hassan (as):
Bagaimana Seseorang Tahu Khalifah Allah Di Buminya Pada Setiap Zaman


Bagaimana Mengenal Khalifah Allah Di Bumi-Nya Pada setiap zaman?
كيف يعرف خليفة الله في أرضه في كل زمان؟


Jalan yang paling penting yang digunakan untuk mengenal Khalifah Allah di BumiNya ialah:

Jalan Pertama: Melalui cara malaikat mengenal (mengiktiraf) Adam (as), dan Allah SWT telah,menyebut dan melantik (nash) Adam (as). sebagai KhalifahNya di BumiNya;

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ﴾

{Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"} [84]

Dan selepas Adam (as), dinashkan juga cara untuk mengenal Khalifah Allah di bumi-Nya. Namun, lantikan Ilahi seterusnya dikenali melalui Khalifah-khalifah sebelumnya, ia adalah dengan Perintah (nash) atau Wasiat untuk umatnya atas Khalifah yang akan datang selepasnya dengan perintah Allah SWT. Oleh itu, sebenarnya bukan dia yang melantik Khalifah yang akan datang selepasnya, tetapi sebaliknya Allah SWTsendiri yang melantik KhalifahNya di Bumi-Nya pada setiap zaman. Peranan KhalifahNya selepasnya hanya menyampaikan lantikan Ilahi ini melalui Wasiat. Kerana itu, Khalifah-khalifah Allah di BumiNya dari Nabi-nabi dan Rasul-rasul dipanggil sebagai Aushiak (Pemegang Wasiat), kerana Khalifah Allah sebelumnya mewasiatkan Khalifah Allah berikutnya, dan tidak ada seorang Nabi dari kalangan para Nabi (as), atau Imam-imam (as), melainkan dia telah disebutkan (nash) sebelumnya. Kerana, Ibrahim (as), Ishaq (as), Yaakub (as), dan Nabi-nabi dari Bani Israel (as), telah menyebut dan mewasiatkan Musa (as). dan Musa (as) dan Nabi-nabi (as) telah mewasiatkan lantikan Isa (as), dan Isa (as) telah mewasiatkan lantikan Muhammad (S), dan Muhammad (S) telah mewasiatkan lantikan Ali, Imam-imam (as) dan Mahdi-mahdi dari anak-anak mereka. 

Oleh itu, tidak ada ruang untuk diisi (dipenuhi, diambil atau dijawat) oleh yang lain dari mereka (as), Walau bagaimanapun, umat manusia telah menyeleweng dari mereka, maka zahirlah di dalamnya ulamak yang berusaha (beramal) dan membimbing umat manusia untuk kembali ke jalan Aushiak (as), dan diwajibkan untuk mengikuti mereka, dan hanya mengambil dari mereka sahaja.  Dan juga zahir Ulamak yang tidak beramal yang cuba untuk berpakaian dan berperanan sebagai Aushiak (as), sama seperti Ibn Abi Quhafah mengenakan pakaian tersebut.

Berkata Amir Al-Mukminin (as): "Ada pun, Demi Allah Ibn Abi Quhafah (Abu Bakar) mengenakan pakaian pada dirinya dengannya (pakaian khalifah) dan ia pasti tahu bahawa kedudukanku sehubungan dengan itu adalah sama seperti kedudukan paksi putaran kilang- pengisar. Limpahan air mengalir turun dariku dan burung tidak boleh terbang di atasku. Aku meletakkan tabir terhadap kekhalifahan dan terus sendirian terlepas darinya. Kemudian aku mula berfikir sama ada aku patut menyerang atau bertahan dengan tenang seksaan kegelapan zulumat itu, yang mana yang sedang membesar dijadikan lemah dan yang muda menjadi tua dan yang benar imannya yang sibuk ditekan hingga dia bertemu Allah (atas kematiannya). Aku dapati bertahan adalah langkah yang lebih bijak. Lalu aku pakai jubah kesabaran walaupun ia menusuk mata dan menyesak kerongkong (nafas) "[85]

Untuk Jalan Kedua: dalam mengetahui (mengenal) Khalifah Allah di bumi-Nya adalah merupakan senjata para nabi dan Aushiaknya iaitu Ilmu dan Hikmah (pengetahuan dan kebijaksanaan), dan ini dikenal dari ucapan mereka, dan penyelesaian mereka atas berbagai masalah, dan urusan Kejadian hari kiamat.

Dan ia mestilah orang yang membebaskan diri mereka daripada keinginan dan Ego (keakuan – Al-Ana) untuk menunjukkan kebijaksanaan dan pengetahuan mereka (as), yang dengannya menjadi hujjah Allah SWT ke atas malaikat:

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

{Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang betul orang-orang yang benar!"} [86]

Ia adalah dalil yang terbaik atas khalifah Allah di bumi-Nya.

Untuk Jalan Ketiga: dalam mengenal khalifah Allah di bumi-Nya, ia adalah: Panji Bai3atu Lillah (الراية (البيعة لله))  [Janji setia kepada Allah] atau Kerajaan Milik Allah, dan Allah Yang Maha Suci memerintahkannya untuk khalifah pertama Adam (as),

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

{"Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud."} [87]

Maknanya, taatlah dan rujuklah perintahnya kerana dia Khalifah-Ku.

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِـي الْمُلْكَ مَنْ تَشَـاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَـاءُ﴾

{Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. ,...} [88]

Dan Yang Maha Kuasa berfirman:

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

{Raja (Pemilik) Hari pembalasan.} [89]

Dalam Talbiah Haji:

، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

"Sesungguhya Pujian dan Nikmat untukMu dan Kerajaan, Tiada sekutu bagiMu."

Maka mereka tidak menyanjung seseorang disebabkan oleh hakikat (kenyataan) ini walaupun mereka telah dituduh kerana memikulnya (membawa)nya, kerana sebelum ini mereka telah berkata mengenai Isa (as), bahawa dia tamakkan (kuasa pemerintahan) Raja Bani Israel, di mana ulamak yang tidak beramal bekerja keras dengan mengampu orang-orang Rom. Dan dikatakan mengenai dakwah Muhammad (S),

(أنه لا جنة ولا نار ولكنه الملك)

"Tiada syurga, tiada neraka, tetapi ia adalah Kerajaan." [90],

Yang bererti bahawa Muhammad (S), datang untuk meminta (mencari) kuasa pemerintahan untuk dirinya dan anak-anaknya. Dan telah dikatakan mengenai Ali (as), "Sesungguhnya dia tidak sabar-sabar dengan kekuasaan [Kerajaan]", walaupun mereka mendengar dia (Ali) berkata: "Tiada bagi Ali kuasa pemerintahan yang tidak kekal ", dan mereka menyaksikan kezuhudannya dan menjauhi dunia dan perhiasannya. Dan begitulah dengan Isa (as), yang tidak dapat disembunyikan dan begitulah juga dengan Muhammad (S).

Para Nabi dan Aushiak (Washiy-washiy) tidak peduli dengan tuduhan manusia, seperti alim ulamak yang tidak beramal, yang mencari keredhaan manusia dengan menimbulkan kemurkaan Pencipta. Oleh itu, orang mengikut ulamak tidak beramal, dan berjuang menentang para Nabi dan Aushiak yang menuntut Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah) di bumi-Nya, sama ada pada kedudukan Syari’at atau pelaksanaannya, yang bermaksud, perlembagaan dan pemerintahan. Oleh itu, ia mestilah Perlembagaan Ilahi, dan pemerintah yang dilantik oleh Allah SWT, Walaupun ini tidak sesuai dengan kebanyakan manusia yang menurut hawa nafsu mereka yang mahu kesenangan dunia ini dengan mengorbankan kesenangan di akhirat.

Dan demi sesungguhnya, Allah Yang Maha Mengetahui, Yang Berkuasa atas segala sesuatu, telah memaklumkan kepada kita mengenai keadaan majoriti yang [tidak boleh menambah suatu apa pun.]:


﴿وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّه﴾

Dan jika kamu menurut kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.[91]

إِنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya itu adal kebenaran dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.[92]

﴿وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ﴾

Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman -- walaupun kamu sangat menginginkannya.[93]

﴿وَلَقَدْ ضَلَّ قَبْلَهُمْ أَكْثَرُ الْأَوَّلِينَ﴾

Dan sesungguhnya telah sesat sebelum mereka sebahagian besar dari orang-orang dahulu,[94]

﴿مَا خَلَقْنَاهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لا يَعْلَمُونَ﴾

Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.[95]


﴿قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لا يَعْلَمُونَ﴾

Katakanlah: "Segala puji bagi Allah"; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.[96]

﴿قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لا يَعْقِلُونَ﴾

Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memikirkan(nya). [97]

﴿وَقَالُوا إِنْ نَتَّبِعِ الْهُدَى مَعَكَ نُتَخَطَّفْ مِنْ أَرْضِنَا أَوَلَمْ نُمَكِّنْ لَهُمْ حَرَماً آمِناً يُجْبَى إِلَيْهِ ثَمَرَاتُ كُلِّ شَيْءٍ رِزْقاً مِنْ لَدُنَّا وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لا يَعْلَمُونَ﴾
Dan mereka berkata: "Jika kami mengikuti petunjuk bersama kamu, niscaya kami akan diusir dari negeri kami". Dan apakah Kami tidak meneguhkan kedudukan mereka dalam daerah haram (tanah suci) yang aman, yang didatangkan ke tempat itu buah-buahan dari segala macam (tumbuh-tumbuhan) untuk menjadi rezeki (bagimu) dari sisi Kami?. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. [98]

Manusia tidak memerlukan lebih daripada tiga cara (jalan) ini untuk mengenal Khalifah Allah di bumi-Nya. Maka ketiga-tiga (cara) tersebut tidak akan ada kecuali pada Khalifah Allah di bumi-Nya. Tetapi ia telah membahagi-bahagikan masyarakat (Al-Malaa’) pertama yang telah diuji oleh Allah, di antara Malaikat yang beriman dan sujud dengan Iblis yang kafir dan terlalu takbur yang tidak berpuas hati dengan pengantara di antara dia dengan Allah (Khalifah Allah di Bumi-Nya), dan ketiga-tiga cara (penentu) ini adalah Hujjah lengkap dari Allah SWT, untuk menunjukkan (menjadi dalil) KhalifahNya di muka Bumi.

Namun, Allah SWT - dengan keluasan rahmat-Nya - menyokong Nabi-nabi dan Aushiak dengan banyak tanda-tanda, di antaranya adalah Mukjizat dan Rukya (pengelihatan, mimpi, alamat, kasyaf) yang disaksikan oleh orang yang beriman dan orang lain, yang saya tidak akan utarakan atau membincangkannya, saudara boleh merujuk kepada buku yang [ditulis] oleh saudara-saudara Ansar Imam Al-Mahdi (as), Semoga Allah memelihara mereka dan berikan kepada mereka kejayaan bagi yang baik di dunia dan yang baik di akhirat.

Tetapi saya akan membincangkan hanya sebahagian Mukjizat, yang dengannya menyokong Nabi-Nabi, kerana kepentingannya dan kecuaian manusia padanya, dan adalah masalah kekeliruan dalam mukjizat dan tujuannya.

Masyarakat manusia mengetahui bahawa Mukjizat Musa (as) adalah tongkat yang berubah menjadi ular dan ia adalah semasa ajaran sihir telah meluas. Dan Mukjizat Isa (as) ialah menyembuhkan yang sakit semasa amalan perubatan begitu meluas. Dan Mukjizat Muhammad (S) adalah Al-Quran semasa kefasihan berbicara (Al-Balaghah) begitu meluas. Dan di sini mereka yang jahil tentang kebenaran mewajarkan sebab mengapa mukjizat itu seiringan dengan meluasnya keadaan pada masa itu, ianya seperti untuk mengatasi ahli sihir, pakar-pakar perubatan, ungkap-ungkapan perbicaraan (kefasihan berbicara), dan dengan itu Ketulinan [mukjizat] boleh memberikan bukti.

Tetapi hakikat yang tersembunyi pada manusia walaupun ia disebut dalam al-Quran, bahawa mukjizat kebendaan menyebabkan kekeliruan kepada mereka yang tidak tahu melainkan ukuran kebendaan, kerana Allah SWT tidak menerima (tidak redha) iman pada ukuran kebendaan, sebaliknya ia mestilah beriman kepada yang ghaib:

﴿الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ﴾

(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. [99]

﴿إِنَّمَا تُنْذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كرِيمٍ﴾

Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mahu mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatnya. Maka berilah mereka khabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.[100]

﴿مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُنِيبٍ﴾

(Yaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (ghaib) dan dia datang dengan hati yang bertaubat,[101]

﴿لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيـزٌ﴾

Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.[102]

Oleh itu, beriman kepada yang ghaib adalah yang dituntut dan yang dikehendaki oleh Allah SWT, dan Mukjizat yang dikirim oleh Allah SWT, mesti ada sesuatu untuk mempertahankan iman kepada yang ghaib. Untuk ini, di dalamnya mengandungi sesuatu yang menyebabkan kekeliruan, dan untuk ini, dalam banyak hal, ia adalah sama dengan apa yang tersebar luas pada masa ia dihantar:

وَلَوْ جَعَلْنَاهُ مَلَكًا لَّجَعَلْنَاهُ رَجُلًا وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِم مَّا يَلْبِسُونَ

Dan kalau Kami jadikan rasul itu malaikat, tentulah Kami jadikan dia seorang laki-laki dan (kalau Kami jadikan ia seorang laki-laki), tentulah Kami meragu-ragukan atas mereka apa yang mereka ragu-ragukan atas diri mereka sendiri.[103]

Dan untuk itu, orang-orang yang hanya melihat yang nyata [mata benda - kebendaan]  tidak akan kenal (tahu) kecuali kebendaan dan akan menemui kekeliruan sebagai satu alasan kepada kesilapan mereka:


﴿فَلَمَّا جَاءَهُمُ الْحَقُّ مِنْ عِنْدِنَا قَالُوا لَوْلا أُوتِيَ مِثْلَ مَا أُوتِيَ مُوسَى أَوَلَمْ يَكْفُرُوا بِمَا أُوتِيَ مُوسَى مِنْ قَبْلُ قَالُوا سِحْرَانِ تَظَاهَرَا وَقَالُوا إِنَّا بِكُلٍّ كَافِرُونَ﴾

Maka tatkala datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, mereka berkata: "Mengapakah tidak diberikan kepadanya seperti yang telah diberikan kepada Musa dahulu?". Dan bukankah mereka itu telah ingkar (juga) kepada apa yang telah diberikan kepada Musa dahulu?; mereka dahulu telah berkata: "(Musa dan Harun adalah) dua ahli sihir yang bantu membantu". Dan mereka (juga) berkata: "Sesungguhnya kedua-dua mereka adalah orang-orang kafir".[104]

Oleh itu, kekeliruan di antara mereka telah menjadi satu alasan untuk mereka berkata: {"[Tetapi mereka] dua ahli sihir yang bantu membantu". Dan mereka (juga) berkata: "Sesungguhnya kedua-dua mereka adalah orang-orang kafir."}.

Dan Amiral-Mukminin (as), berkata ketika beliau menghuraikan salah seorang orang munafik:

"... dia menjadikan syak wasangka sebagai alasan untuk kesilapannya " [105]

Tetapi jika Mukjizat itu menarik dan tiada sesuatu pun yang serupa dengannya, maka tidak ada yang kekal untuk beriman kepada yang ghaib, dan perkara itu menjadi paksaan dan penaklukan iman. Ini bukan iman juga bukan Islam (penyerahan), sebaliknya ia adalah menyerah kalah, dan ia tidak diredhai dan bukan yang dikehendaki oleh Allah dan tidak akan diterima oleh-Nya:

﴿وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرائيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْياً وَعَدْواً حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنْتُ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرائيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ﴾

Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". [106]

Kerana sesungguhnya Firaun beriman dan menyerah [kepada Allah], atau katanya menyerah diri, dan ini adalah sebelum kematiannya, bagaimanapun, Allah tidak redha serta tidak menerima iman [jenis] ini dan Islam [jenis] ini, dan Allah SWT membidas beliau [Firaun] dengan jawapan ini:

﴿آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ ﴾

Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. [107]

Dan ini adalah kerana imannya datang [hanya] kerana Mukjizat yang hebat, dan mustahil bagi mereka tidak mengtahuinya, kecuali oleh dunia kebendaan ini ditafsir, atau dikelirukan kepada yang beriman dengannya, maka tidak ada ruang yang tinggal untuk yang ghaib, yang dikehendaki Allah beriman padaNya dan melaluinya, dengan itu, beriman pada ketika itu tidak diterima, kerana ia dipaksakan dan ditakluk dan ia bukan iman sejati:

﴿هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ تَأْتِيَهُمُ الْمَلائِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ أَوْ يَأْتِيَ بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لا يَنْفَعُ نَفْساً إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْراً قُلِ انْتَظِـرُوا إِنَّا مُنْتَظِـرُونَ﴾

Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka) atau kedatangan (siksa) Tuhanmu atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu. Pada hari datangnya ayat dari Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: "Tunggulah olehmu sesungguhnya Kamipun menunggu (pula)". [109]

﴿قُلْ يَوْمَ الْفَتْحِ لا يَنْفَعُ الَّذِينَ كَفَرُوا إِيمَانُهُمْ وَلا هُمْ يُنْظَرُونَ﴾

{Katakanlah: "Pada hari kemenangan (pembukaan) itu tidak berguna bagi orang-orang kafir, iman mereka dan tidak pula mereka diberi tangguh."} [109]

Dan jikalah Allah mahu memaksa dan menakluk manusia tentang keimanan mereka [Dia akan] mengutus Nabi-Nya dengan mukjizat yang menarik (hebat), yang tiada ruang padanya untuk manusia berkata:

﴿سِحْرَانِ تَظَاهَرَا﴾
{"[Tetapi mereka] dua ahli sihir yang bantu membantu,

atau

﴿أَضْغَاثُ أَحْلامٍ بَلِ افْتَرَاهُ بَلْ هُوَ شَاعِرٌ فَلْيَأْتِنَا بِآيَةٍ كَمَا أُرْسِلَ الْأَوَّلُونَ﴾

{Bahkan mereka berkata (pula): "(Al Quran itu adalah) mimpi-mimpi yang kalut, malah diada-adakannya, bahkan dia sendiri seorang penyair, maka hendaknya ia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, sebagai-mana rasul-rasul yang telah lalu di-utus"} [110]

Yang Maha Kuasa berfirman:

﴿وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَنْ فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعاً أَفَأَنْتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّى يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ﴾

{Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya? } [111]

dan Yang Maha Berkuasa berfirman:

﴿وَإِنْ كَانَ كَبُرَ عَلَيْكَ إِعْرَاضُهُمْ فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَبْتَغِيَ نَفَقاً فِي الْأَرْضِ أَوْ سُلَّماً فِي السَّمَاءِ فَتَأْتِيَهُمْ بِآيَةٍ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَمَعَهُمْ عَلَى الْهُدَى فَلا تَكُونَنَّ مِنَ الْجَاهِلِينَ﴾

{Dan jika mereka berpaling (darimu) terasa amat berat bagimu, maka jika kamu dapat membuat lobang di bumi atau tangga ke langit lalu kamu dapat mendatangkan mukjizat kepada mereka (maka buatlah). Kalau Allah menghendaki, tentu saja Allah menjadikan mereka semua dalam petunjuk sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang jahil.} [112].

Jadi Segala puji bagi Allah, Dia yang redha dengan iman kepada yang ghaib, dan Dia menjadikan iman kepada yang ghaib dan melalui yang ghaib dan Dia yang tidak redha dengan iman kepada kebendaan, dan tidak menjadikan kebendaan dengan melalui kebendaan, agar mereka yang mempunyai hati yang hidup dan penglihatan dibezakan dengan mereka yang buta penglihatan (mata hati) dan hati ditutup rapat.

Dan kebenaran itu meskipun masih ada banyak yang harus dibahaskan mengenainya, saya akan membataskannya sedikit yang akan membuka pintu-pintu, dan akan meninggalkan selebihnya untuk orang-orang beriman memperluaskannya, dan akan kembali kepada tajuk asal. Oleh itu, saya akan mengatakan: Penerangan di atas menunjukkan bahawa Jihad dengan Khalifah Allah di bumi-Nya dan dengan PerintahNya adalah kebenaran, dan selain daripadanya hanyalah perhiasan palsu.

Diriwayatkan daripada Aban bin Taghalab, yang berkata ;

"Abu Abdillah (as), setiap kali dia menyebut orang yang berperang di Al-Thaghur [tempat di Qalqilya] beliau berkata:"Celakalah mereka, dengan apa yang mereka lakukan! Mereka bersegera untuk membunuh di dunia dan membunuh di akhirat, Demi Allah, tidak ada Syahid kecuali Syiah (pengikut) kami, walaupun mereka mati di atas katil mereka). " [30]


✡✡✡✡✡


____________________
[84] Al-Quran Surah Al-Baqarah 2:30
[85] Nahj Al-Balaghah, dengan Syarah Muhammad Anduh Jilid 1, halaman 30. Al-Khutbah Al-Syaqsyaqiyah.
[86] Al-Quran Surah Al-Baqarah 2:31
[87] Al-Quran Surah Al-Hijr 15:29
[88] Al-Quran Surah Aali 3imraan 3:26
[89] Al-Quran Surah Al-Fath 48:4
[90] Abu Sufyan berkata: "Wahai Anak-anak Ummaiyah, rebutlah ia seperti yang kamu merebut bola, Maka bersumpah Abu Sufyan, tiada azab dan tiada hisab, tiada syurga dan tiada neraka, tidak bangkit [orang mati] dan tiada Kiamat " - Syarah Nahj Al-Balaghah oleh Ibn Abi Al-Hadid Jilid 9, halaman 53
[91] Al-Quran Surah Al-An3aam 6:116
[92] Al-Quran Surah Hud 11:17
[93] Al-Quran Surah Yusuf 12:103
[94] Al-Quran Surah Aş-Şāffāt 37:71
[95] Al-Quran Surah Ad-Dukhan 44:39
[96] Al-Quran Surah Luqman 31:25
[97] Al-Quran Surah Al-3ankabūt 29:63
[98] Al-Quran Surah Al-Qashash 28:57
[99] Al-Quran Surah Al-Baqarah 2:3
[100] Al-Quran Surah Ya-Sin 36:11
[101] Al-Quran Surah Qaaf 50:33
[102] Al-Quran Surah Al-Hadid 57:25
[103] Al-Quran Surah Al-An3aam 6:9
[104] Al-Quran Surah Al-Qashash 28:48
[105] Amir Al-Mukminin (as), berkata kepada Ammar bin Yasir- dan dia telah mendengar perkataan Mughirah bin Syu'bah keluar kembali -"Biarkan dia wahai Ammar, kerana dia tidak mengambil sesuatu dari agama kecuali yang membuatkan dia lebih dekat dengan dunia ini, dan sengaja dia kelirukan dirinya untuk membuat syak wasangka sebagai alasan kesilapannya "-Nahjul Balagha, dengan Syarah Muhammad Abduh, jilid 4, halaman 95.
[106] Al-Quran Surah Yunus 10:90
[107] Al-Quran Surah Yunus 10:91
[108] Al-Quran Surah Al-An3aam 6:158
[109] Al-Quran Surah As-Sajdah 32:29
[110] Al-Quran Surah Al-Anbyāk 21:5
[111] Al-Quran Surah Yunus 10: 99
[112] Al-Quran Surah Al-An3aam 6:35
[113] Al-Mahasin jilid 1 halaman 164, Tafsiran penerangan Ats-Tsaqalain (dua perkara penting) jilid 5, halaman 245.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan