Ahad, 10 November 2013

Soalan 87: Adakah terdapat sebab bagi kelahiran Ali (as) di Ka’bah?

Soalan 87: Adakah terdapat sebab bagi kelahiran Ali (as) di Ka’bah?

Jawapan: Ka’bah, atau Bait Allah Al-Haram (Rumah Allah Yang Mulia) adalah tajalli (penampakan) dan zuhur (kemunculan) bagi Bait Al-Ma’mur yang terletak di langit untuk para malaikat bertawaf, dan memohon ampun kerana membahas (menegur) Allah SWT dalam urusan menjadikan Adam(as) sebagai KhalifahNya. Setelah Adam (as) melampaui batas terhadap Pohon Ilmu Aali Muhammad (as) dan Pohon Wilayah
﴿وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْماً﴾
[tidak Kami dapati padanya keazaman yang kuat.] [153], iaitu, untuk memikul Al-Wilayah Aali Muhammad (as) [154), dimana dia diturunkan ke bumi dan diperintahkan untuk melakukan tawaf pada Ka’bah dan memohon ampun kepada Allah atas kelemahannya (kekurangannya).

Kemudian Allah mensyariatkan haji ke Bait Al-Haram (Ka’bah) untuk memperkenalkan manusia kepada Hujah Allah di zaman mereka dan wilayah mereka dan mengakui kelemahan (kekurangan) dan memohon ampun atas kekurangan mereka dalam menunaikan hakNya [155], kerana itulah Allah memerintah umat Islam untuk menjadikan Ka’bah Kiblat mereka tidak seperti umat sebelumnya dimana Kiblat mereka adalah Bait Al-Maqdis.

Dan di dalam perkara ini, ada beberapa hal yang perlu dijelaskan:

1 - Ka’bah mempunyai hubungan yang kuat dengan makna wilayah (taat setia), sebagaimana Haji dilakukan semata-mata untuk bertemu dengan Hujjah Allah, dan menunjukkan wilayahnya kepada manusia dan memohon ampun atas kelemahan (kekurangan) pada hak-hakNya.

2 - Ka’bah adalah kiblat solat dan sujud kepada Allah SWT, walaupun sujud sebelumnya adalah sujud kepada Adam yang dilantik sebagai KhalifahNya dan HujjahNya. bahkan sujud pada Nur (Cahaya), yang terdapat di dalam sulbi Adam, dan ia adalah Nur Amir Al-Mukminin Ali (as), dan adalah Kiblat pertama para malaikat yang padanya mereka semua hadapkan dan ia adalah Ali bin Abi Talib (as), Kiblat yang sebenar bukanlah Ka’bah dan batu-batunya, tetapi Kiblat itu adalah Jauhar (permata) yang dilahirkan di dalam Ka’bah, dan ia adalah Waliy Allah dan hujjahNya yang penuh, iaitu Ali bin Abi Talib (as), dan di sinilah diletakkan Hajar Al-Aswad di sudut (penjuru) Ka’bah; kerana Kitab (Tulisan) Persetiaan yang diambil Allah atas manusia ke atas Wilayah Ali bin Abi Talib (as).

Oleh itu, orang yang menghadap ke Kaabah telah mengakui Wilayah Ali bin Abi Talib (as) dengan perbuatannya itu dalam keadaan terpaksa, walaupun dia tidak percaya dengan perkataan dan hatinya, Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعاً وَكَرْهاً﴾
[Hanya kepada Allah-lah sujud segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan kemauan sendiri ataupun terpaksa] [156], secara sukarela bagi mereka yang mengakui pada Wilayah dan  secara terpaksa kepada yang tidak mengiktiraf pada Wilayah.
Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَسْجُدُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ وَالشّمْسُ وَالْقَمَرُ وَالنُّجُومُ وَالْجِبَالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوُابُّ وَكَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ الْعَذَابُ وَمَنْ يُهِنِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ مُكْرِمٍ إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ﴾

Apakah kamu tidak mengetahui, bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki. [157].

Mereka yang sujud kepada Allah tetapi mereka akan diazab adalah kerena mereka tidak mengenali (mengakui) pada Wilayah Ali (as) samada dengan perkataan mahupun dengan hati, namun mereka terpaksa mengakuinya menerusi perbuatan mereka dan sujud ke tempat dimana Imam Ali (as) dilahirkan iaitu Ka’bah, dan Allah SWT telah menghina mereka melalui sujud yang mereka lakukan dan akan menjadikan mereka berada di dalam kerugian:
﴿وَمَنْ يُهِنِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ مُكْرِمٍ﴾
Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. [158].

Jelas bahawa Kiblat itu adalah untuk bertawajjuh (menghadap) kepada Allah dan dengannya Allah SWT dikenali, Kiblat pada hakikat adalah manusia yang sempurna (Insan Kamil), dengannya akan dikenal Allah dan dia adalah wajah Allah SWT, yang dengannya telah menghadap penciptaannya. Dan bertawajjuh (menghadap) kepadanya adalah bertawajjuh kepada Allah. Insan Kamil adalah Ali bin Abi Talib (as), penguhulu Aushiak dan Auliak, Allah telah menjadikan beliau lahir keluar dari Ka’bah adalah untuk mengatakan bahawa manusia ini adalah Kiblat dan hujjaj (Haji) kamu kepadanya, dan untuk itu Allah SWT mengatakan, Aku tidak mencipta Ka’bah melainkan untuk Ali (as) dan dilahirkan Ali (as) di dalamnya. Oleh itu, jika aku mempunyai anak, pasti anak itu akan dilahirkan di RumahKu,

﴿قُلْ إِنْ كَانَ لِلرَّحْمَنِ وَلَدٌ فَأَنَا أَوَّلُ الْعَابِدِينَ﴾

Katakanlah, jika benar Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak, maka akulah orang yang mula-mula memuliakan (anak itu). [159].

Maka, siapakah yang lebih wajar dijadikan sebagai Kiblat; batu binaan atau yang mensucikan batu-batuan binaan dengan sebab kelahirannya di dalamnya?

Berkata Isa (as) apa yang bermaksud: (kamu ulamak al-suuk yang bersumpah dengan haikal (Gereja) tidak mematuhi haknya tetapi bersumpah dengan haikal emas kamu mematuhi haknya, Hai kamu orang-orang bodoh dan orang-orang buta, apakah yang lebih penting, emas atau Rumah Tuhan yang menguduskan emas itu) [160].
         


✡✡✡✡✡


-----------------------------
[153] – Thaha 20:115.
[154] - Abi Ja'far (AS) berkata: (Allah mengambil Persetiaan ke atas para Nabi, FirmanNya, bukankah Aku Tuhanmu dan bahawa Mohammad RasulKu dan Ali Amir Al-Mukminin? Mereka menjawab: Ya. Maka disahkan nubuwah mereka. Kemudian diambil Persetiaan ke atas Uuli Al-‘Adzim, Bahawa Aku Tuhan kamu dan Mohammad RasulKu, Ali Amir Al-Mukminin, Aushiak selepasnya Wali UrusanKu dan Pemyimpan IlmuKu, dan bahawa Mahdi akan memenangkan agamaKu, dan dia menzahirkan KerajaanKu, dan membalas bela musuh-musuhKu dan mengabdi padanya secara sukarela atau terpaksa, mereka berkata, Kami berikrar -. Wahai Tuhan Kami -. dan kami berikrar. Adam (as) tidak menafikan, dan tidak juga berikrar, Maka dilaksanakan keazaman bagi mereka kelima-limanya (Uuli Al-‘Adzim) pada Mahdi (as), Adam tidak kuat keazamannya atas ikrar itu, ia adalah firman Allah Tabaraka wa Taala:
وَلَقَدْ عَهِدْنا إِلى آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْماً
[Dan sesungguhnya telah Kami ambil perjanjian pada Adam dahulu, maka ia lupa, dan tidak Kami dapati padanya keazaman yang kuat.] Bashair Darajaat: halaman 90 Hadits 2.
[155] – Dari Al-Fadhil, dari Abi Ja’far (AS), beliau berkata, melihat kepada orang ramai yang tawaf mengelilingi Ka’bah, beliau berkata: (mereka bertawaf dalam kejahilan, bahawa diperintahkan mereka tawaf padanya, Kemudian mengasingkan kita dan mengajar kita wilayah mereka dan supaya kita mengasihi mereka dan meletakkan kita supaya menolong mereka,, kemudian membaca Ayat ini:
واجعل أفئدة من الناس تهوي إليهم
[dan jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka]) Al-Kafi: Jilid 1 halaman 392 Hadits 1.
.
[156] - Al-Ra3d 13:15.
[157] - Al-Hajj 22:18.
[158] - Al-Hajj 22:18.
[159] – Al-Zukhruf 43:81.

[160] - Alkitab / Perjanjian Baru - Injil Matius 23 (Matthew 23): ((16) Celakalah kamu, hai pemimpin-pemimpin buta, yang berkata: Bersumpah demi Bait Suci (Rumah Tuhan), sumpah itu tidak sah; tetapi bersumpah demi emas Bait Suci, sumpah itu mengikat.  (17) Hai kamu orang-orang bodoh dan orang-orang buta, apakah yang lebih penting, emas atau Bait Suci yang menguduskan emas itu?.. ..).

Tiada ulasan: