Dikirim oleh Muhammad Eshraq
BUAT ORANG YANG TIDAK DAPAT
BERSABAR DENGAN KELUH-KESAH MUKMIN LAINNYA!
Salah seorang saudara mukmin tidak kelihatan ketika melakukan kerja di lapangan dakwah kebenaran, lalu Sayid Ahmad al-Hassan (as) mencarinya dan bertanya tentangnya pada suatu hari. Maka dijawab kepada beliau bahawa saudara tersebut telah memberitahu kepadanya sebab dia menghilangkan diri (dari lapangan dakwah).
Dia menghilangkan diri disebabkan salah seorang saudara mukmin telah menasihatinya dan barangkali nasihatnya itu amat berat buatnya atau seumpamanya, terus dia berazam untuk tidak menghadirkan diri dan tidak kelihatan selepas itu.
Lantas beliau (as) berkata ketikamana mengetahui perkara itu:
[Saya harap kamu dapat menghabarkan kepadanya supaya tidak menghilangkan diri dan bersabar dengan saudara-saudaranya. Menerima nasihat-nasihat mereka dan tidak menjadi orang yang takbur. Imam Hussein (as) telah merelakan dadanya untuk dipijak oleh haiwan-haiwan dan kamu pula tidak dapat bersabar dengan keluh-kesah orang mukmin. Barangsiapa yang tawadhuk kepada Allah, nescaya dia akan diangkat naik oleh Allah.
Katakanlah kepadanya agar memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan dan tidak menghilangkan diri daripada kerja-kerja dakwah. Bersabarlah dengan keluh-kesah orang mukmin yang menggelisahkannya atau nasihat orang yang menasihatinya].
_________________________________________
CARA-CARA BERMUAMALAH DENGAN ORANG-ORANG YANG MENCURIGAKAN:
Sesetengah saudara ansar menghadapi kemusykilan, secara ringkasnya: sesetengah mereka yang mendakwa beriman dengan dakwah kebenaran telah melahirkan perlakuan-perlakuan yang menjadi pendorong atau motif kepada syak dan keraguan. Khususnya apabila sebahagian mukmin yang beriman dengan dakwah kebenaran al-Yamani telah bertemu dengan orang yang tidak sepatutnya ditemui. Apa yang disampaikan mereka mungkin menjadi keuzuran untuk meragui mereka.
Pada suatu hari, saya telah bertanya kepada beliau (as) tentang cara untuk bermuamalah dengan kumpulan-kumpulan seperti ini yang tidak dapat dibezakan mana yang benar-benar jujur dan yang mempunyai motif tertentu. Barangkali sesetengah mereka menyumbang kepada penangkapan dan soal- siasat saudara-saudara mukmin.
Maka beliau (as) menjawab dengan berkata:
[Saya sentiasa berkata kepada ansar: setiap orang yang berkata aku adalah mukmin, maka hendaklah kamu bermuamalah dengannya sebagai seorang mukmin. Baginya hak-hak seorang mukmin, tetapi di dalam masa yang sama hendaklah kamu berhati-hati].
Imam Ahmad Al Hassan (as), Kitab ma’al A’bdus Soleh, jilid kedua, ms 88-89

Tiada ulasan:
Catat Ulasan