Khamis, 7 November 2013

Manusia Tidak Beri Mudarat

Orang Tidak Beri Mudarat

Wahai orang-orang yang beriman, perhatikan baik-baik jawapan Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani a.s kepada soalan yang diajukan kepadanya berkenaan orang-orang yang tergelincir (murtad) dari landasan dakwah selepas mereka menerimanya dan penentangan mereka terhadap dakwah.

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وال محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya berharap kamu membaca Al Quran dan memikirkannya habis-habis, adakah mereka mengkhianati sunnah orang-orang yang terdahulu?


وَقَالَت طَّآٮِٕفَةٌ۬ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ ءَامِنُواْ بِٱلَّذِىٓ أُنزِلَ عَلَى ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَجۡهَ ٱلنَّهَارِ وَٱكۡفُرُوٓاْ ءَاخِرَهُ ۥ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ

Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: Pada sebelah pagi dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula. (Aali Imran: 72)

Beramallah dan semoga Allah mengurniakan taufiq kepada kamu serta meluruskan kamu pada apa yang diredhaiNya, dan janganlah kamu mempedulikan orang yang telah dituliskan kesesatan ke atasnya. Amalan-amalan mereka hari ini akan dibalasi esok hari (hari pembalasan). Beramallah dan keluarnya mereka yang telah murtad daripada jalan kebenaran tidak sekali-kali memudharatkan kamu. Mereka dibalasi hari ini dengan dosa kejahatan yang telah mereka lakukan semalam dengan tidak menjadikan mereka layak untuk berada di kedudukan suci di kalangan Ansar para Anbiya dan Awsiya (a.s):

قَالَ يَـٰنُوحُ إِنَّهُ ۥ لَيۡسَ مِنۡ أَهۡلِكَ‌ۖ إِنَّهُ ۥ عَمَلٌ غَيۡرُ صَـٰلِحٍ۬‌ۖ فَلَا تَسۡـَٔلۡنِ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ‌ۖ إِنِّىٓ أَعِظُكَ أَن تَكُونَ مِنَ ٱلۡجَـٰهِلِينَ

Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil. (Surah Hud: 46)

Dan simpati buat kamu di dalam firman Alah Taala: 


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ عَلَيۡكُمۡ أَنفُسَكُمۡ‌ۖ لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا ٱهۡتَدَيۡتُمۡ‌ۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعً۬ا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Al-Maidah 105)

Semoga Allah membalasi kamu dengan sebaik-baik pembalasan wahai orang-orang yang berbuat kebaikan dan mengurniakan taufik pada apa yang diredhaiNya, serta semoga Allah membantu kamu ke atas orang-orang yang tidak mampu memahami kata-kata.

Ahmad Al Hassan
Ramadhan 1429 H

Teks asal di dalam Bahasa Arab
ج/ بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وال محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ارجو منك قراءة القرآن والتمعن فيه فهل غادر هؤلاء سنة الاولين (وَقَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمِنُوا بِالَّذِي أُنْزِلَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُوا آخِرَهُ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ) (آل عمران:72(
اعمل وفقك الله وسددك لما يرضيه ولاتهتم لمن كتبت عليه الضلالة فهم باعمالهم يجازون اليوم وغدا، اعمل ولايضرك ارتداد من يرتد عن دين الحق فهم يجازون اليوم بما ارتكبوا من شر بالامس لايجعلهم مؤهلين لان يكونوا في مصافي انصار الانبياء والاوصياء (ع) (.. يَا نُوحُ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ إِنَّهُ عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ فَلا تَسْأَلْنِ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنِّي أَعِظُكَ أَنْ تَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ) (هود:46) ولك عزاء في قوله تعالى : (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ لا يَضُرُّكُمْ مَنْ ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ) (المائدة:105(

وجزاك الله خير جزاء المحسنين ووفقك لما يرضيه
واعانك الله على هؤلاء القوم الذين لايكادون يفقهون حديثا


احمد الحسن
رمضان 1429هـ.ق

Tiada ulasan: