Isnin, 21 Ogos 2017

11. Manusia Diuji Dan Diteliti Untuk Membezakan Yang Jahat Dari Yang Baik:


Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Al-Yamani?


11. Manusia Diuji Dan Diteliti Untuk Membezakan Yang Jahat Dari Yang Baik:


Penderitaan (kesusahan) adalah ujian Allah atas hambaNya, Allah berfirman:

﴿تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ۞ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ﴾

Maha Berkah Allah Yang di tangan-Nya-lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,* Yang menjadikan kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,([100]

Penelitian ini adalah untuk membezakan manusia, Seperti firmanNya,

﴿لِيَمِيزَ اللَّـهُ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَيَجْعَلَ الْخَبِيثَ بَعْضَهُ عَلَىٰ بَعْضٍ فَيَرْكُمَهُ جَمِيعًا فَيَجْعَلَهُ فِي جَهَنَّمَ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ﴾

Supaya Allah membezakan antara yang buruk dari yang baik dan menjadikan yang buruk itu sebahagiannya di atas sebahagian yang lain, lalu kesemuanya dikumpulkan-Nya, dan dimasukkan-Nya ke dalam neraka Jahannam. Mereka itulah orang-orang yang rugi. [101]

Diriwayatkan dari Imam Al-Baqir (as):

(إن حديثكم هذا لتشمئز منه قلوب الرجال، فانبذوه إليهم نبذا. فمن أقره به فزيدوه، ومن أنكر فذروه، إنه لابد أن تكون فتنة يسقط فيها كل بطانة ووليجة حتى يسقط من يشق الشعرة بشعرتين، حتى لا يبقى إلا نحن وشيعتنا)

(Bahawa perccakapan kamu ini akan menyakitkan hati manusia, ia melemparkan kepada mereka rasa terasing. Maka sesiapa yang mengakuinya akan membangkitkannya, dan sesiapa yang menafikan akan meninggikannya, Bahawa ia mesti menjadi fitnah yang akan memutuskan semua teman akrab yang setia. Hinggakan gugur rambut yang dicukur terputus dua, Hinggakan tiada yang tinggal melainkan kami dan syi’ah kami) [102]

Maksud Syi'ah Muhammad dan keluarga Muhammad (as) pada masa kezuhuran adalah khusus seramai (313) dan sepuluh ribu orang. Adalah diketahui bahawa kaum Syi'ah dari segala usia adalah tujuh puluh ribu orang. Dan fitnah yang tersimpan pada bilangan ini dan dibezakan antara orang awam dari kaum Syi'ah mesti menjadikan dakwah yang hanya dapat diterima oleh mereka yang telah mengambil perjanjian mereka dalam Alam Al-Zhar sebagaimana telah diriwayatkan dari mereka (as).
                                        
Telah diriwayatkan dari Abi Abdillah (as):

(أما لو كملت العدة الموصوفة ثلاثمائة وبضعة عشر كان الذي تريدون، ولكن شيعتنا من لا يعدو صوته سمعه ... إلى قوله: فقلت: فكيف أصنع بهذا الشيعة المختلفة، الذين يقولون إنهم يتشيعون؟ فقال: فيهم التمييز، وفيهم التمحيص، وفيهم التبديل)

(Seakan dilengkapi dengan persediaan yang diterangkan seramai tiga ratus dua belas orang yang kamu kehendaki, tetapi Syi’ah kami daripada tidak lebih daripada suaranya yang dapat didengar ... sehinggalah sampai kepada kata-kata: Aku bertanya: Bagaimana boleh terhasil Syiah yang berbeza ini, orang-orang yang mengatakan bahawa mereka Syiah (Al-Tasyaiyi’ - pengikut-pengikut yang setia)? Lalu dia berkata: Mereka berbeza-beza, mereka diteliti (diuji), dan mereka berubah (diganti)) [103]

Orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai Syiah akan berlaku pada mereka penelitian (penyaringan) sehingga tiada yang tinggal melainkan tapisan demi tapisan seperti yang dinyatakan oleh Abi Al-Hasan Al-Redha (as):

(والله لا يكون ما تمدون إليه أعينكم، حتى تمحصوا،  وتميزوا، وحتى لا يبقى منكم إلا الأندر فالأندر)

(Allah tidak menerima akan apa yang kamu serahkan kepadanya menurut pandangan mata kamu, sehinggalah kamu diuji, dan membezakan diri kamu, lalu tiada yang tinggal pada kamu melainkan tapisan demi tapisan) [104]


Saya katakan: Sebahagian daripada mereka percaya lalu melihat bahawa penelitian adalah apa yang berlaku kepada Syiah sejak awal Ghaibah Al-Kubra sehingga hari kezuhuran. Kenyataan ini adalah benar pada ayatnya, tetapi ia bukan disebabkan kejatuhan sebahagian besar, dan mereka keluar dari sistem Imamah, sekalipun kenyataannya menunjukkan kepada peningkatan jumlah Al-Tasyaiyi’ (orang-orang Syi'ah), tetapi ia mesti disebabkan oleh penelitian (saringan), yang merujuk kepada hadits Imam Al-Redha (as) adalah satu ucapan yang tiada taranya mengenai (Dakwah Ilahiyah) yang menjadi ujian kepada manusia.

Saya katakan: Ini mengesahkan kata-kara mereka (as):

(إن الإسلام بدأ غريبا وسيعود غريبا كما بدأ على عهد رسول الله (صلى الله عليه و له)، أي إن أعدادا قليلة تتبعه.

(Islam bermula sebagai sesuatu yang asing sebagaimana ia bermula pada zaman Rasulullah (S), iaitu, bilangan yang sangat sedikit yang mengikuti baginda.

Ketahuilah bahawa bayi yang baru lahir ini banyak hati-hati yang membencinya, tetapi apa yang saya kemukakan dan riwayat-riwayat yang memperkatakan tentang sepuluh ribu orang itu kesemuanya adalah tentera Al-Qaim, manakala orang-orang Syiah hari ini berjumlah berjuta-juta orang!


----------------
[100] Al-Mulk: 67:1-2. .
[101] Al-Anfal- 8:37
[102] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: hal 210
[103] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: hal 211.
[104] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: hal 211.


Sebelum <<✡ Kandungan ✡>> Selepas



Ahad, 20 Ogos 2017

10. Keperluan Dikaburkan Peribadi Al-Yamani:



Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Al-Yamani?


10. Keperluan Dikaburkan Peribadi Al-Yamani:


Di dalam riwayat-riwayat peribadi Al-Yamani telah dikaburkan disebabkan oleh sekurang-kurangnya dua sebab utama:

1. Untuk melindungi pemiliknya dari ramai musuhn-musuhnya pada masa kezuhuran, Sekiranya mudah dibezakan akan mudah pula ia dihancurkan sebelum sempurna persediaannya, tetapi mereka tidak mempedulikannya pada peringkat permulaannya untuk mereka menafikannya sehingga mereka menjadi lebih kuat dan mampu melindungi diri mereka sendiri
.
2. Supaya tidak mudah bagi mana-mana pendakwa palsu membuat tuntutan, dan dengan itu ia akan mengelirukan manusia.

Dari Malik Al-Jahni, beliau berkata:

(قلت لأبي جعفر (عليه السلام): إنا نصف صاحب الأمر بالصفة التي ليس بها أحد من الناس، فقال: لا والله لا يكون ذلك أبدا حتى يكون هو الذي يحتج عليكم بذلك ويدعوكم إليه)  

(Aku berkata kepada Abi Ja’far (as): Sesungguhnya kami sifatkan Pemilik Urusan (Shohib AL-Amr) dengan sifat yang tidak sepadan dengan seorang manusia pun. Lalu beliau berkata: Tidak, Demi Allah, ia tidak begitu selamanya, sehingga berlaku dia orang yang menghujjah kamu, dengan demikian dia akan menyeru kamu) [96]

Riwayat ini menerangkan dengan jelas bahawa Pemilik Urusan Ilahi menghujjah ke atas manusia dengan memperkenalkan sendiri peribafinya dan menyeru manusia kepadanya dan bukanlah suatu hujjah atas manusia hanya kerana mereka mengingkarinya.

Seseorang telah menolak dengan mengatakan: bahawa riwayat ini dikhususkan kepada Pemilik Urusan (Shohib AL-Amr) itu adalah Imam Mahdi (as), bukannya Al-Yamani?

Kami katakan: perkataan Pemilik Urusan (Shohib AL-Amr) adalah berhubungan dan berkait rapat dengan Imam Al-Mahdi (as), dan yang menggantikannya serta yang  menegakkan urusan bersamanya. Kami akan membuktikan melalui penyelidikan (perbahasan) bahawa Al-Yamani akan menggantikan Imam Mahdi (as), bahkan dia adalah Mahdi Pertama dari Mahdi-mahdi, Ada dua belas orang khalifah-khalifah selepas Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hassan (as), beliau adalah Pemilik Urusan (Shohib AL-Amr); kerana dia berdiri dengan perintah Allah dan mengambilnya dengan berhadapan langsung dari Imam Al-Mahdi (as), dan tidak mungkin Ahl Al-Bait (as) memerintahkan kita supaya menyertai Al-Yamani dan membantunya dan jika berpaling darinya adalah dari ahli neraka, melainkan akan menjadi pemilik panji-panji Ilahi dan hujah dari hujah-hujah Allah, yang akan dijelaskan nanti.

Untuk menegaskan bahawa Al-Yamani adalah seorang khalifah daripada khalifah-khalifah Allah Berikut adalah sebahafian daripada riwayat-riwayatnya:

Dibawakan dari Al-Fitan oleh Nu’aim bin Hammad:

(على يدي ذلك الخليفة اليماني وفي ولايته تفتح رومية)

(Di tangan khalifah Al-Yamani itu akan dibuka Rom sebagai wilayahnya) [97]

Riwayat ini menjelaskan bahawa Al-Yamani adalah Khalifah (pengganti) Al-Mahdi (as). Bahkan dialah orang yang membuka Rom sebagai wilayahnya, dan jelas menunjukkan bahawa kepada dialah penguasa dan khalifah daripada khalifah-khalifah Allah di bumiNya.

Seperti yang disebut oleh Abu Shaleh Al-Salaili dalam buku Al-Fitan Min Futuh Al-Mahdi (as), katanya: Diberitahu kepada kami Muhammad bin Jarir, katanya: Diberitahu kepada kami ‘Isham bin Daud bin Al-Jarrah Al-‘Asqalani, katanya: Diberitahu kepada kami Sufian bin Sa’id Al-Tsuri, katanya: Diberitahu kepada kami Al-Manshur bin Al-Mu’taz, dari Rub’ei bin Kharash, katanya, Aku mendengar Hudzaifah bin Al-Yaman berkata:

(قال رسول الله (صلى الله عليه وآله): إذا كان رأس الخمسين والثلاثمائة - وذكر كلمة - نادى منادي من السماء ألا يا أيها الناس إن الله قد قطع مدة الجبارين والمنافقين وأتباعهم ووليكم الجابر خير أمة محمد (صلى الله عليه وآله) الحقوه بمكة فإنه المهدي واسمه أحمد بن عبد الله)

(Rasulullah (S) bersabda: Apabila tiga ratus lima puluh kepala - menyebut kata-kata - Penyeru menyeru dari langit, ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya Allah telah mengurangkan tempoh penguasa-penguasa, orang-orang munafik dan pengikut mereka, dan wilayah kekuasaan kamu adalah sebaik-baik umat Muhammad (S), yang akan mentadbir Mekah, maka dia adalah Al-Mahdi, bernama Ahmad bin Abdullah) [98]

Imran bin Al-Hashin:

(صف لنا يا رسول الله هذا الرجل وما حاله، فقال النبي (صلى الله عليه وآله): إنه رجل من ولدي، كأنه من رجال بني إسرائيل، يخرج عند جهد من أمتي وبلاء، عربي اللون ابن أربعين سنة ، كأن وجهه كوكب دري يملأ الأرض عدلا كما ملئت ظلما وجورا، يملك عشرين سنة ، وهو صاحب مدائن الكفر كلها قسطنطينية ورومية، يخرج إليه الأبدال من الشام وأشباههم، كأن قلوبهم زبر الحديد، رهبان بالليل، ليوث بالنهار، وأهل اليمن حتى يأتونه فيبايعونه بين الركن والمقام، فيخرج من مكة متوجها إلى الشام، يفرح به أهل السماء والأرض والطير في الهواء والحيتان في البحر) (

(Ya Rasulullah Sifatkanlah kepada kami orang ini dan apa keadaannya, maka baginda (S) bersabda: Dia adalah seorang lelaki dari anakku, ia seperti lelaki Bani Israel, dia akan keluar berjihad bersama umatku dan bencana itu, warna kulitnya seperti kulit orang Arab, dia berusia empat puluh tahun, wajahnya seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang aakan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, dia memerintah selama dua puluh tahun, dia adalah pemilik bandar-bandar kufur seperti konstantinopel dan Rom, akan datang kepadanya Al-Abdal dari Syam dan sebagainya, hati mereka seperti kepingan besi, mereka adalah seperti rahib-rahib pada waktu malam, singa di siang hari, dan penduduk Yaman akan datang kepadanya, maka dia dibai’ah di antara rukun dan maqam, lalu keluar dari Makkah menghadap ke Syam, bergembiralah penduduk langit dan bumi serta burung-burung di udara dan ikan-ikan paus di lautan) [99]

Di dalam Kitab Al-Malahim Wa AL-Fitan oleh AL-Syed bin Thawus Al-Hassani hal 37:.

قال: أمير الغضب ليس من ذي ولا ذهو لكنهم يسمعون صوتا ما قاله إنس ولا جان بايعوا فلانا باسمه ليس من ذي ولا ذهو ولكنه خليفة يماني)

Amir Al-Ghadab bukan dari “Zhi” atau “Zhahw” Tetapi mereka mendengar suara yang tidak diucapkan oleh bangsa manusia dan jin; “Berbaiahlah kepadanya dengan namanya yang tidak dari “Zhi” atau “Zhahw”. Tetapi dia adalah khalifah Yamani.”
                                     
Di dalam Kitab Al-Malahim Wa AL-Fitan oleh AL-Syed bin Thawus Al-Hassani hal 80:.

(فيجتمعون وينظرون لمن يبايعونه فبيناهم كذلك إذا سمعوا صوتا ما قال إنس ولا جان بايعوا فلانا باسمه ليس من ذي ولا ذه ولكنه خليفة يماني)

(Maka mereka berkumpul, dan menunggu-nunggu kepada siapa yang akan dibai’ah lalu membai’ahnya, yang demikian itu apabila mereka mendengar suara yang tidak akan diucapkan oleh bangsa manusia dan jin; “Berbaiahlah kepadanya dengan namanya yang tidak dari “Zhi” atau “Zhah”. Tetapi dia adalah khalifah Yamani.”
                

Diriwayatkan Al-Syeikh Ali Al-Kurani dalam Kitab Mu’jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as) J 1, hal 299:

(ما المهدي إلا من فريش، وما الخلافة إلا فيهم غير أن له أصلا ونسبا في اليمن).
.
(Tiadalah Al-Mahdi itu melainkan dari Quraisy, dan tiadalah khalifah itu melainkan pada mereka yang asalnya dan nasabnya pada Yaman).

Dan pada ungkapan (tidak dari “Zhi” atau “Zhahw”) adalah sangat penting, yang merujuk kepada negeri Yaman, sebab penggunaan Zhi” atau “Zhah” adalat alat untuk memberitahu menggantikan perkataan tidak, oleh itu dalam riwayat ini ia menunjukkan bahawa Al-Yamani bukan (datang) dari Yaman, sebab ia dikatakan tidak dari yang itu atau tidak yang ini.


------------
[96] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: hal 220..
[97] Kitab Al-Fitan Nu’aim bin Hammad hal 201 no 1155.
[98] Kitab Al-Malahim Wa Al-Fitan – oleh Ibn Thawus
[99] Kitab Al-Malahim Wa Al-Fitan, Sunan Abu Daud: J 4 hal 106-107 h 4282; Musnad Ahmad:.. hal 622 h 3063 dan hal 710 h 4087.


Sebelum <<✡ Kandungan ✡>> Selepas



Sabtu, 19 Ogos 2017

9. Tidak Ada Pada Panji-Panji Sebagai Panji Pentunjuk Selain Panji Al-Yamani:


Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?


9. Tidak Ada Pada Panji-Panji Sebagai Panji Pentunjuk Selain Panji Al-Yamani:

Al-Yamani sesuatu yang pasti dan tidak dapat dielakkan, kerana ia termaktub dalam riwayat-riwayat, oleh itu, ia tidak akan tertinggal atau terlambat, seperti yang berlaku pada Al-Sufyani. Maknanya terdapat dua barisan yang tidak dapat tidak menghadap satu sama lain, salah satu daripadanya mewakili kezaliman, kebencian dan kerusakan, yang merupakan barisan yang mewakili Al-Sufyani dan yang satu lagi mewakili barisan pengislahan, keadilan dan kejujuran yang diwakili oleh Al-Yamani.

Diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dari Abdullah bin Mas’ud (ra) dia berkata:

(أتينا رسول الله صلى الله عليه وسلم فخرج إلينا مستبشراً يعرف السرور في وجهه ، فما سألناه ، عن شيء إلاّ أخبرنا : به ، ولا سكتنا إلاّ إبتدأنا ، حتى مر فتية من بني هاشم فيهم الحسن والحسين ، فلما رآهم التزمهم وانهملت عيناه ، فقلنا : يا رسول الله ما نزال نرى في وجهك شيئاً نكرهه ، فقال : إنا أهل بيت إختار الله : لنا الآخرة على الدنيا ، وإنه سيلقى أهل بيتي من بعدي تطريداً وتشريداً في البلاد ، حتى ترتفع رايات سود من المشرق ، فيسألون الحق فلا يعطونه ، ثم يسألونه فلا يعطونه ، ثم يسألونه فلا يعطونه ، فيقاتلون فينصرون ، فمن أدركه منكم أو من أعقابكم فليأت إمام أهل بيتي ولو حبواً على الثلج ، فإنها رايات  هدى يدفعونها إلى رجل من أهل بيتي يواطئ إسمه إسمي ، وإسم أبيه إسم أبي ، فيملك الأرض فيملؤها قسطاً وعدلاً كما ملئت جوراً وظلماً.

(Kami mendatangi Rasulullah (S) dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajah baginda. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya. Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah Al-Hasan dan Al-Husain. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.” Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, Allah telah pilihkan akhirat kami lebih dari dunia kami. Bahawa Ahlulbaitku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan. Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam dari Ahli Baitku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang memberi petunjuk. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari Ahli Baitku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kejujuran. Sebagaimana sebelumnya ianya dipenuhi dengan kezaliman dan kebencian.)

Hadits mengenai panji-panji dari Timur. Pembawa panji-panji dari Timur adalah pemilik (pembawa) yang memberi petunjuk. Panji-panji yang disebut secara sahih oleh Al-Baqir (as).

Maka telah dinyatakan dalam riwayat dari Al-Baqir (as):

(وليس في الرايات راية أهدى من راية اليماني، هي راية هدى؛ لأنه يدعو إلى صاحبكم، فإذا خرج اليماني حرم بيع السلاح على الناس وكل مسلم، وإذا خرج اليماني فانهض إليه فإن رايته راية هدى، ولا يحل لمسلم أن يلتوي عليه، فمن فعل ذلك فهو من أهل النار، لأنه يدعو إلى الحق وإلى طريق مستقيم)

(Tidak ada pada panji-panji sebagai panji pentunjuk selain panji Al-Yamani, ia adalah panji-panji petunjuk; kerana ia menyeru kepada pemilik kamu (Shohib kamu). Apabila Al-Yamani keluar diharamkan penjualan senjata kepada orang ramai dan kepada setiap muslim, dan apabila Al-Yamani keluar pergilah kepadanya kerana panjinya adalah panji-panji petunjuk. maka tidak halal bagi seorang Muslim berpaling darinya, Sesiapa yang berbuat demikian dia adalah dari ahli neraka, kerana dia menyeru kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus)

Riwayat Al-Yamani menunjukkan bahawa – ia Al-Yamani (orang kanan) - panjinya adalah panji-panji petunjuk. Ahl Al-Bait memerintahkan kita supaya menyertainya, dan juga dalam riwayat Rasulullah (S) menyeru manusia supaya menyertai seseorang dari Ahl Al-Bait baginda yang membawa panji-panji petunjuk, ia adalah panji-panji yang dikibar dari timur dan tidak ada panji yang dikibar dari timur melainkan panji-panji Al-Yamani, Kesimpulannya, kedua-dua riwayat itu bercakap tentang satu peribadi dan tidaklah ia panji petunjuk melainkan ia bersama dengan Imam maksum dan hujah daripada hujah-hujah Allah; kerana ia tidak akan mengeluarkan manusia dari kebenaran dan tidak akan membawa mereka kepada kesesatan.

Dan ungkapan: (walaupun terpaksa merangkak di atas salji) menunjukkan kepada tujuan yang sangat tepat supaya menyertai dengan melibatkan diri kepadanya tidak kira betapa sukarnya halangan itu

Diberitahu kepada kami Al-Walid, dari Yazid bin Sa’id, dari bin Abi ‘Atha’, dari Ka’ab, beliau berkata:

(فيظهر اليماني ويقتل قريش ببيت القدس وعلى يديه تكون الملاحم)

(Kemudian muncul Al-Yamani dan membunuh Quraish di Bait Al-Maqdis dan di tangannya terjadi pertempuran) [94]

Istilah Quraisy digunakan pada arah (aspek) yang bertentangan, yang penuh dengan kedengkian dan kebencian dan iri hati kepada Ahl Al-Bait (as) dan Syiah mereka, tetapi mereka (Quraisy) menunjukkan kasih mereka di hadapan manusia dan berpura-pura mengikuti jejak langkah dan pendekatan Ahl Al-Bait (as), dan Quraisy dahulunya ulamak Al-Ahnaf (agama Hanif) yang berkata kepada Rasulullah (S): Adakah engkau datangkan kepada kami untuk mengubah apa yang telah kami dapati dari nenek moyang kami sejak beribu-ribu tahun sebelumnya. Begitulah juga ulamak Quraisy hari ini, mereka mengatakan kepada Al-Qaim (Al-Yamani): Kami mengikuti jejak-jejak yang ditinggalkan oleh nenek moyang kami.

﴿وَكَذَٰلِكَ مَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ فِي قَرْيَةٍ مِّن نَّذِيرٍ إِلَّا قَالَ مُتْرَفُوهَا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَىٰ أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَىٰ آثَارِهِم مُّقْتَدُونَ﴾

Dan demikianlah, Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang pemberi peringatanpun dalam suatu negeri, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka". (
     

-----------------
[94] Kitab Al-Fitan Nu’aim bin Hammad Al-Marwazi: J 1, hal 237
[95] Al-Zukhruf 43:23


Sebelum <<✡ Kandungan ✡>> Selepas


Jumaat, 18 Ogos 2017

8. Keberanian Dari Setiap Pihak:


Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?


8eberanian. Dari Setiap Pihak:

Maksud kata-kata (setiap pihak) adalah Al-Sufyani, Al-Khurasani dan Al-Yamani, dan kemudian ditekankan kata-kata (celakalah bagi sesiapa yang menentang mereka) tanpa sebarang keraguan bagi pihaknya itu!!

Al-Yamani akan menghadapi kesulitan mencabar Al-Sufyani dan Al-Yamani berazam untuk berhadapan dengannya dan menanganinya, terutamanya Sufyani Iraq, yang mengasaskan dasat-dasar zalim di Iraq sehingga berlaku kemusnahan dan kehancuran dalam agama dan dunia. dan Sufyani Iraq pula bertindak dengan sungguh-sungguh untuk menghambat Syiah Ali (as) iaitu pengikut Al-Yamani, dan ini mendorong Al-Yamani bergerak untuk mempertahankan agama dan melindungi pengikut Ahl Al-Bait (as) yang bertindak sebagai golongan yang kecil yang berjalan dengan pendekatan Ahl Al-Bait (as), Dia mewakili Pemerintahan Allah (Hakimiyah Allah) yang telah menyaksikan kesyahidan Al-Hussein (as), dan akan berlaku kepada keduanya pertumpahan berdarah.

Dari Muhammad bin Khalaf Al-Hammad, dari Isma’il bin Aban Al-Azdi, dari Sufyan bin Ibrahim Al-Jariri bahawa dia mendengar bapanya berkata:

 (النفس الزكية غلام من آل محمد اسمه محمد بن الحسن يقتل بلا جرم ولا ذنب، فإذا قتلوه لم يبق  لهم في السماء عاذر، ولا في الأرض ناصر، فعند ذلك يبعث الله قائم آل محمد في عصبة لهم أدق في أعين الناس من الكحل، فإذا خرجوا بكى لهم الناس، لا يرون إلا أنهم يختطفون، يفتح الله لهم مشارق الأرض ومغاربها، ألا وهم المؤمنون حقا ألا إن خير الجهاد في آخر الزمان)
(Jiwa yang suci adalah seorang pemuda dari Aali Muhammad bernama Muhammad Bin Al-Hassan dia akan terbunuh tanpa sebarang dosa atau kesalahan, apabila mereka membunuhnya mereka tidak akan ada pembelaan di langit, dan tidak akan ditolong di bumi, dengan itu Allah akan mengutus Qaim Aali Muhammad dalam bentuk pasukan kepada mereka yang lebih jelas manusia dari celak di mata, Apabila mereka keluar orang-orang akan meratapi mereka. Orang ramai tidak dapat melihat kerana mereka disekat; Allah membukakan kepada mereka di seluruh dunia timur dan barat, kerana mereka benar-benar beriman dan kerana ianya jihad yang terbaik pada akhir zaman ) [87]

Jiwa yang suci adalah seorang pemuda keturunan Imam Mahdi (as) seperti nash dalam riwayat-riwayat. Dia bernama Muhammad bin Al-Hasan. Dia dibunuh oleh Banu Fulan dan dari jalur (Banu Al- Abbas) (yang telah diterangkan dalam sebahagian riwayat bahawa mereka juga adalah tentera Al-Sufyani), Apabila mereka membunuhnya Allah menampilkan kepada mereka Al-Sufyani dari barat dan Al-Khurasani dari timur. Al-Khurasani adalah salah seorang pemimpin tentera Al-Yamani yang menyertainya pada akhirnya. Dia menyertainya setelah bertaubat  kerana terlambat dan atas kelemahannya kepada Al-Yamani semasa tempoh pembukaan, dan dia juga mendapat pelajaran dari Yamani selepas menyertai panji-panji Al-Yamani dan pendekatannya. Dia mentaati perintahnya, juga menganggap ulamak yang sesat adalah berfaham Al-Sufyani, selepas mereka mengikuti pendekatan Abi Sufyan terhadap Rasulullah (S).

Dari Abi Abdillah (as) katanya:

(اليماني و السفياني كفرسي رهان)

(Al-Yamani dan Al-Sufyani  bagaikan dua kuda pacu yang saling bersaingan) [88]

Dari Al-Shadiq (as):

(خروج  السفياني والخراساني واليماني في يوم واحد ليس فيهم أهدى من اليماني لأنه يدعو إلى الحق)

(keluar Al-Sufyani dan Al-Khurasani dan Al-Yamani dalam satu hari. Tiada seorang pun dari mereka memberi petunjuk selain Al-Yamani kerana ia menyeru kepada kebenaran) [89]

Isyarat ini jelas menunjukkan bahawa ketiga-tiga bendera (panji) masing-masing mewakili Al-Sufyani, Al-Khurasani dan Al-Yamani, tiada satu pun panji-panji itu panji petunjuk melainkan panji-panji Al-Yamani, jadi akan datang Al-Khurasani bertaubat (kembali) kerana tidak menyokong Al-Yamani, sepanjang tempoh medan pertarungan antara Al-Yamani dan Al-Sufyani.

Dari Amirul Mukminin (as) dalam khabar (berita) panjang katanya:

عن أمير المؤمنين (عليه السلام) في خبر طويل قال: (... وتقبل رايات من شرقي الأرض غير معلمة، ليست بقطن ولا كتان ولا حرير، مختوم في رأس القنا بخاتم السيد الأكبر، يسوفها رجل من آل محمد (صلى الله عليه وآله) تظهر بالمشرق وتوجد بالمغرب كالمسك الأزفر يسير الرعب أمامها بشهر حتى ينزلوا الكوفة طالبين بدماء آبائهم، فبينما هم على ذلك إذ أقبلت خيل اليماني والخراساني تستبقان كأنهما فرسي رهان، شعث غبر جرد أصلاب نواطي وأقداح، إذا نظرت أحدهم برجله باطنه فيقول: لا خير في مجلسنا بعد يومنا هذا، اللهم فإنا التائبون، وهم الأبدال الذين وصفهم الله في كتابه العزيز "إن الله يحب التوابي ويحب المتطهرين")

(... dan datsng panji-panji dari sebelah timur bumi, tidak ada seorang mualim (yang berilmu) pun, ia bukannya dengan kapas, linen atau sutera. Lambang di bahagian atas lembing sebagai tanda ketua tertinggi (Al-Syed Al-Akbar), Dia pastinya seorang lelaki dari keluarga Muhammad (S) yang muncul di Timur. Terdapat angin di barat baunya seperti kasturi yang sangat harum, berjalan ketakutan selama sebulan hingga mereka sampai di Kufah, mereka menuntut darah ibu bapa mereka, sedang mereka dalam keadaan begitu tiba-tiba ia bertemu dengan kuda Al-Yamani dan Al-Khurasani. Kedua-duanya berlumba bagaikan dua kuda pacu yang saling bersaingan, Ia membuatkan diri diliputi debu oleh lubangan pijakan kaki kuda yang keras, jika seseorang melihat di bahagian dalam kakinya, nescaya akan berkata: Tidak ada kebaikan pada majlis kami selepas hari ini, Ya Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, dan mereka itu adalah Al-Abdal (pengganti) yang Allah gambarkan di dalam kitabNya Al-Aziz, "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri ") [90]

Mereka (as) berkata dalam riwayat ini: (dan mereka itu adalah Al-Abdal), iaitu, mereka itu adalah pengganti, orang-orang yang Allah sebutkan di dalam kitabNya, Firman Allah:

﴿وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم﴾

dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. [91]

Diriwayatkan dari Rasulullah (S),

إنها لما نزلت هذه الآية ضرب بيده على ظهر سلمان، فقال: (هم فوم هذا يعني عجم الفرس)

Bahawa apabila ayat ini diturunkan baginda memukul dengan tangan baginda belakang Salman, sambil berkata: (mereka adalah  kaum (bagi orang) ini yang bermakna Al-‘Ajam Al-Farsi –) [92]

Diriwayatkan dari Rasulullah (S):

عندما نزل قوله تعالى: ﴿ۚ وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم﴾. [93] فسأله أصحابه: ومن هؤلاء يا رسول الله الذين يستبدلنا الله بهم؟ وكان سلمان الفارسي (المحمدي) يجلس إلى جنب رسول الله ، فضرب رسول الله على كتف سلمان الفارسي وقال:  لو كان الإيمان في الثريا لتناوله قوم من فارس يضربونكم على الدين فيدخلونكم فيه في آخر الزمان كما تضربونهم وتدخلونهم فيه في أول الزمان).

Apabila turun Firman Allah: (dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini). [93] Lalu para sahabat baginda bertanya: Siapakah mereka, Ya Rasulullah!? Mereka yang Allah gantikan dengan kami? Pada masa itu Salman Al-Farisi (Al-Muhammadi) duduk sebelah Rasulullah, Lalu Rasulullah menepuk bahu Salman Al-Farisi, kemudian bersabda: Jika iman itu berada Al-Tsuraiya (bintang Suria) nescaya kaum Farsi ini akan mendapatkannya, yang akan menarik kamu kepada agama lalu memasukkan kamu ke dalamnya pada akhir zaman sebagaimana kamu menarik mereka dan kamu memasukkan mereka di zaman awal (Islam)).

Bukhari dan Muslim mengeluarkan di dalam Shahih-nya hadits dari Abu Hurairah, dia berkata:.

 (كنا جلوسا عند النبي صلى الله عليه وسلم فأنزلت عليه سورة الجمعة ﴿وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ﴾. قال: قلت: من هم يا رسول الله فلم يراجعه حتى سأل ثلاثا وفينا سلمان الفارسي وضع رسول الله صلى الله عليه واله وسلم يده على سلمان ثم قال: لو كان الإيمان عند الثريا لناله رجال أو رجل من هؤلاء. ورواية للترمذي: قال ناس من أصحاب رسول الله صلى الله عليه واله وسلم يا رسول الله من هؤلاء الذين ذكر الله إن تولينا استبدلوا بنا ثم لم يكونوا أمثالنا قال وكان سلمان بجنب رسول الله صلى الله عليه واله وسلم قال: فضرب رسول الله صلى الله عليه وسلم فخذ سلمان وقال: هذا وأصحابه والذي نفسي بيده لو كان الإيمان منوطا بالثريا لتناوله رجال من فارس).

(Kami sedang duduk bersama Nabi (S) lalu turun ke atas baginda Surah Al-Jumu’ah (dan kepada kaum yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka) Katanya: Aku bertanya: Siapakah mereka, wahai Rasulullah? Baginda tidak menjawabnya walaupun ditanya tiga kali, dan bersama kami ada Salman Al-Farisi. Rasulullah (S) meletakkan tangannya pada Salman dan kemudian bersabda:. Jika iman itu berada Al-Tsuraiya (bintang Suria) nescaya orang-orang atau seorang lelaki daripada mereka ini akan mendapatkannya. Diriwayatkan oleh Tarmizi: Para sahabat Rasulullah (S) bertanya, Wahai Rasulullah! Siapakah orang-orang yang disebut Allah, Bahawa jika kami berpaling niscaya Dia akan menggantikan kami dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kami? Katanya: Pada masa itu Salman berada di sebelah Rasulullah (S) Katanya lagi: Rasulullah (S) menepuk lalu memegang Salman dan baginda bersabda: Orang ini dan sahabat-sahabatnya.. Demi jiwaku di tanganNya, Jika iman itu berada Al-Tsuraiya (bintang Suria) nescaya orang-orang dari Farsi akan mendapatkannya).

Dalam hadits Ibn ‘Umar oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak katanya: Rasulullah (S) bersabda:

(«رأيت غنما كثيرة سوداء دخلت فيها غنم كثيرة بيض». قالوا: فما أولته يا رسول الله؟ قال: »العجم يشركونكم في دينكم وأنسابكم«. قالوا: العجم يا رسول الله؟ قال: »لو كان الإيمان معلقا بالثريا لناله رجال من العجم وأسعدهم به الناس. وقال الحاكم: هذا حديث صحيح على شرط البخاري ولم يخرجا). وعند أبي يعلى في مسنده من حديث قيس بن سعد: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لو كان الإيمان معلقا بالثريا لناله رجال من أبناء فارس).


(«Aku melihat banyak kambing biri-biri hitam masuk pula kambing biri-biri putih» Mereka bertanya:. Apakah takwilnya, Ya Rasulullah? Baginda bersabda: «Orang-orang Farsi bersekutu (bersama) dengan agama kamu dan bersaudara-saudara dengan kamu.» Mereka bertanya: Orang-orang Farsi, ya Rasulullah? Baginda bersabda: «Jika iman itu tergantung di Al-Tsuraiya (bintang Suria) nescaya orang-orang dari Farsi akan mendapatkannya dan akan membahagiakan manusia dengannya.» Al-Hakim berkata:. hadits ini sahih mengikut syarat Bukhari tetapi dia tidak mengeluarkannya). Dan dari Abi Ya’la dalam Musnadnya dari hadits Qais bin Sa’ad: Rasulullah (S), bersabda: (Jika iman itu tergantung di Al-Tsuraiya (bintang Suria) nescaya orang-orang dari anak-anak Farsi akan mendapatkannya).

Di negara Farsi ada khazanah-khazanah Al-Thalaqan. Ianya sebagaimana sabda Rasulullah (S) dalam menerangkan harta benda yang bukan emas dan perak, tetapi orang-orang yang hati mereka seperti kepingan-kepingan besi, sekiranya mereka bertemu gunung-gunung nescaya akan diruntuhkannya, mereka ini adalah khazanah-khazanah Al-Qaim (Al-Yamani).

---------------
[87] Bihar Al-Anwar: J 52 hal  217..
[88] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: hal317
[89] Al-Shirath Al-Mustaqim – Oleh Al-Nibathi Al-3amili: J 2, gal 250.
[90] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 272.
[91] Muhammad, 47:38
[92] Al-Jami3 Al-Bayan – Al-Thabari: J 5 hal 131.
[93] Mohammed 47:38.


Sebelum <<✡ Kandungan ✡>> Selepas



Khamis, 17 Ogos 2017

7، Keluarnya Al-Yamani dan Al-Sufyani Suatu Kepastian:


Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?

7، Keluarnya Al-Yamani dan Al-Sufyani Suatu Kepastian:

Diriwayatkan dari Ahl Al-Bait (as) sebagai berkata:

(النداء من المحتوم، و السفياني من المحتوم، واليماني من المحتوم، وقتل النفس الزكية من المحتوم، وكف يطلع من السماء من المحتوم ، قال وفزعة في شهر رمضان توقظ النائم، وتفزع اليقظان، وتخرج الفتاة من خدرها)[

(Seruan adalah suatu kepastian, Al-Sufyani, suatu kepastian, Al-Yamani, suatu kepastian, pembunuhan jiwa yang suci suatu kepastian, dan tangan yang muncul di langit adalah suatu kepastian. Katanya lagi, ketakutkan dalam bulan Ramadan yang menyedarkan orang-orang yang sedang tidur, dan yang sedang terjaga, dan keluar anak gadis dari dalam rumah) [83]

Dari Ziad Al-Qandi, dari lebih daripada salah seorang sahabatnya, dari Abi Abdillah (as), beliau berkata:


(قلنا له:  السفياني من المحتوم؟ فقال: نعم، وقتل النفس الزكية من المحتوم، والقاةم من المحتوم ، وخسف البيداء من المحتوم، وكف تطلع من السماء من المحتوم، والنداء من السماء من المحتوم. فقلت: وأي  شيء يكون النداء؟ فقال: مناد ينادي باسم القائم واسم أبيه (عليه السلام).

(Kami bertanya kepadanya: Adakah Al-Sufyani suatu kepastian? Beliau berkata: Ya, dan pembunuhan jiwa yang suci suatu kepastian, Al-Qaim suatu kepastian, penenggelaman di Al-Baida’ suatu kepastian tangan yang muncul di langit suatu kepastian, dari seruan dari langit adalah suatu kepastian. Lalu aku bertanya: Apakan yang dberlaku pada seruan itu? Beliau menjawab:: Panyeru menyeru nama Al-Qaim dan nama bapanya (as) [84]

Riwayat ini menunjukkan bahawa perkara Al-Yamani (Al-Qaim) [85] sama seperti perkara Al-Sufyani  iaitu tidak dapat dielakkan (suatu kepastian). Kita telah menelusuri pergerakan Al-Sufyani dan kita mengetahuinya dari riwayat Ahl Al-Bait (as) sifat dan bentuk pergerakan Al-Sufyani dan pengikut-pengikutnya, dan kita dapati bahawa Rasulullah (S) dan Ahl Al-Bait baginda memperkenalkan kepada kita petunjuk-petunjuk dan tanda-tanda yang menjelaskan peribadi Al-Sufyani yang mewakili pusat kegelapan supaya kita berwaspada dari jatuh ke dalam perangkapnya dan tipu daya pengikutnya, kelak jadilah kita golongan orang yang zalim, dan dengan menerima Al-Yamani sebagai suatu kepastian yang mewakili pusat cahaya, yang diarahkan oleh Ahl Al-Bait (as) supaya menyertainya, bukankah mereka telah menerangkan kepada kita perkara-perkara itu? Bagaimana untuk menjadi ahli gerakannya? Siapakah  mengikutinya? Apakah hubungannya dengan Al-Mahdi (as)?

Imam Al-Baqir (as), telah berkata:

. (خروج  السفياني واليماني والخراساني في سنة واحدة في شهر واحدة في يوم واحدة، نظام كنظام الخرز، يتبع بعضه بعضا، فيكون البأس من كل وجه ويل لمن ناواهم، وليس في الرايات راية أهدى من راية اليماني، هي راية هدى؛ لأنه يدعو إلى صاحبكم، فإذا خرج اليماني حرم بيع السلاح على الناس وكل مسلم، وإذا خرج اليماني فانهض إليه فإن رأيته راية هدى ولا يحل لمسلم أن يلتوي عليه فمن فعل ذلك فهو من أهل النار؛ لأنه يدعو إلى الحق وإلى طريق مستقيم)


(Keluarnya Al-Sufyani, Al-Yamani dan Al-Khurasani dalam satu tahun, satu bulan dan dalam satu hari yang sama, susunannya bagai susunan manik-manik (tasbih)n, yang satu diikuti oleh yang lain, maka akan menjadi kegerian-kengerian dari setiap arah, celakalah bagi sesiapa yang menentang mereka. tidakkah ia panji dari panji-panji hidayah dari panji Al-Yamani? Ia adalah panji-panji petunjuk (hidayah); kerana menyeru kepada pemilik kamu. Jika Al-Yamani telah keluar diharamkan penjualan senjata kepada orang ramai dan kepada setiap muslim, dan jika Al-Yamani keluar pergilah kepadanya, kerana sesungguhnya panjinya panji-panji petunjuk, tidak dibenarkan bagi seorang Muslim untuk berpaling darinya, maka sesiapa yang berbuat demikian dia adalah dari ahli neraka; kerana ia menyeru kepada kebenaran dan  jalan yang lurus) [86].

Riwayat ini merujuk kepada tiga panji (bendera) yang mempunyai peranan penting dalam peristiwa-peristiwa masa kezuhuran.

Tetapi panji (bendera) Al-Sufyani adalah panji-panji zalim, kebencian dan kesesatan seperti yang kita telah jelaskan, manakala dua panji-panji yang lain kedua-duanya adalah panji-panji islah (pembaikan), cuma salah satu daripadanya adalah panji-panji petunjuk Mahdawiyah yang diberkati, dan tidak didatangkan perintah menyertainya melainkan kepada panji yang satu iaitu panji hidayah, panji Al-Yamani.

Panji Al-Khurasani akan menyeru kepada Aimmah Al-Hadi (Imam petunjuk (as)) dan menyebarkan syiar Al-Tasyaiyu’ (Syiah), cuma ianya dilihat sebagai dakwah (seruan) untuk dirinya sendiri yang layak mendapatkan cita-cita tinggi ini, Panji Al-Khurasani menyeru kepada Ahl Al-Bait (as) dengan jalan dakwahnya (seruan) sendiri, manakala bendera yang satu lagi adalah panji-panji Al-Yamani, yang akan menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada pemilik kamu - Al-Imam Al-Mahdi (as) - tanpa sebarang campuraduk dalam seruan ini, oleh itu seruan para imam Ahl Al-Bait (as) supaya mengikutnya dan menyokongnya, bahkan melarang dari membiarkannya jatuh.

Panji-panji Al-Yamani adalah panji-panji petunjuk, kerana ia (menyeru kepada pemilik kamu), kenyataan ini memberikan penampilan yang sangat penting kepada Al-Yamani, di samping menjadi panduan kepada kebenaran, maka ia membina persediaan kepada Imam Mahdi (as) persediaan yang sebenar dan membawa kepada kenyataan .. dan ciri-ciri yang tersendiri ini menunjukkan bahawa semua panji-panji pada masa yang sama pergerakannya memerlukan penampilan ini - Jika dia mendakwanya - hasilnya, menunjukkan bahawa niatnya tidak lain selain berdakwah untuk Imam Mahdi (as) bukanlah niat yang tidak baik atau yang dicemari oleh kekotoran.

Ini menerangkan kepada kita bahawa ia akan membuat persediaan untuk Imam Mahdi (as), bukannya membuat persediaan secara lisan atau sceara memimpin sahaja, tetapi pertempuran yang semuanya berlaku pada tangannya dan ia dikembalikan langsung dari Imam Mahdi (as), dan tugas penting ini memberi keistimewaani padanya dari orang lain yang telah menyeru sebagai permulaan zaman kezuhuran .

Riwayat ini merujuk kepada urusan penting, ia adalah menyertai panji-panji Al-Yamani dan bahawa ia adalah panji-panji petunjuk dan yang berpaling darinya adalah dari ahli neraka!!!

Di sini kita dibenarkan bertanya:

Jika panji-panji ini begitu penting sehingga mereka yang jelas berpaling akan dimasukkan ke dalam neraka dan adalah jelas diajukan kepadanya, mengapa tidak diberikan jawapan yang terperinci? Kami tidak kenal Al-Yamani, mahupun namanya, sifatnya, tempat penampilannya dan perkara-perkara lain, tetapi apabila kami berpusing-pusing (terbelit) untuk mengenainya kami akan dimasukkan ke dalam neraka, manakala perbadi-perbadi lain pula masa kezuhuran mempunyai banyak penjelasannya, bukankah ini adalah kitab yang menceritakan tentang Imam Mahdi (as) yang terdapat pula banyak penjelasan-penjelasan yang penting mengenai perbadi-perbadi masa kezuhuran melainkan perbadi Al-Yamani, ia samar-samar pada hal ia yang paling penting!!! Tidakkah ini menyembunyikan peribadi tersebut?

Kami akan mula menghuraikan riwayat dan kemudian pergi ke peribadi Al-Yamani, kita katakan:

Riwayat di mana terdapat beberapa perkara yang perlu ditunda (berhenti dahulu) dan kemudian menghuraikannya dengan tepat supaya kita dapat mengenal pasti beberapa ketentuan atau pengenalan penting dalam gerakan Al-Yamani:

Sebelum mula menjelaskan butiran riwayat mestilah diberi perhatian kepada perkara penting, iaitu perbezaan antara keluar (


------------------
[83] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: hal 262
[84] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: hal 265..
[85] telah diduktikan oleh terbitan ansar Imam Mahdi (as) dan satu-satunya peribadi Al-Yaman dan Al-Qaim (as), sila r
[86] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: hal 264.



Sebelum <<✡ Kandungan ✡>> Selepas